Kelenjar limfa bengkak di ketiak

KELENJAR LIMFA BENGKAK DI KETIAK

 

axilla

“Salam. Saya mahu tanya, 2 bulan lepas saya demam panas selama seminggu dan ketiak kanan saya telah membengkak agak besar jugaklah. Bila demam saya sudah baik, ketiak saya masih bengkak cuma saiznya sudah kecik sikit. Doktor sudah memeriksa payudara saya dan memberitahu ia normal . Tapi tiada apa-apa  yang tidak kena, sama ada denggi, TB, nanah atau darah. Cuma saya rasa ada rasa ada biji kecil dan bengkak sedikit pada ketiak kanan sy. Macam mana, ya doktor. Mohon pencerahan.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Tubuh kita mempunyai kira-kira 20 hingga 40 kelenjar limfa (lymph node) pada sebelah ketiak. Kelenjar limfa ini bertanggungjawab dalam mengawal pengaliran cecair limfa (yang terdiri daripada sel-sel darah putih dan cecair serum) yang bergerak di kawasan sekitar ketiak, iaitu bahagian leher, bahagian atas lengan,  dan payudara yang berdekatan kawasan ketiak itu sendiri.

 

Saiz kelenjar ini yang normal berukuran  1cm dan bengkakan yang lebih besar dari 1cm, dianggap sebagai sesuatu yang agak signifikan.

 

Puan mengalami demam bersama dengan bengkakan kelenjar di ketiak. Selepas rawatan, demam puan sudah kebah dan saiz kelenjar di ketiak telah mengecil.

 

Ini bermakna puan telah sembuh dari jangkitan kuman yang berasal dari bahagian sekitar ketiak. Adakalanya kelenjar limfa di ketiak tidak kembali ke saiz asal, namun ia bukanlah tanda bahaya kecuali saiznya melebihi 1 cm. Dalam kes itu (kelenjar lebih besar dari 1 cm), doctor akan mengeluarkan kelenjar limfa itu untuk dihantar ke makmal untuk melihat punca sebenar masalh puan.

 

Jadi jangan risau dengan bengkakan kecil kelenjar di ketiak puan. Saya nasihatkan puan buat pemeriksaan doctor jika kelenjar limfa itu membesar semula.

 

Wallahu a’lam.

 

[IKLAN]

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!