“Salam doctor, saya nak bertanya doc. Saya baru sahaja hamil anak pertama dan usia kehamilan dalam 5minggu. Pagi tadi ada berlaku pendarahan berwarna coklat. Doktor ada beri ubat untuk kuatkan rahim. Kenapa ya jadi macam tu dan apa perlu saya perlu buat. Adakah bahaya utk baby saya. Terima kasih? “
WA ALAIKUM MUS SALAM
Tahniah atas kehamilan puan. Usia kehamilan 5 minggu masih lagi dikategorikan sebagai peringkat awal kehamilan, dan ia sangat mudah untuk mengalami keguguran.
Puan mengalami pendarahan berwarna coklat. Lendiran yang bercampur dengan darah, selalunya berwarna coklat ketika awal kehamilan disebut “spotting”. Ia adalah pendarahan yang serius apabila berlaku ketika hamil kerana meninggikan risiko untuk keguguran.
Pendarahan ketika di awal kehamilan boleh jadi berwarna merah terang seperti darah dari luka, atau menjadi warna coklat bercampur dengan lendiran faraj.
Ramai wanita hamil yang agak keliru, kerana warna lendiran itu seperti darah haid, cuma datang hanya beberapa hari. Sebab itu ramai yang menyangka mereka sedang haid walaupun disahkan hamil.
Wanita yang hamil tidak mengalami haid. Pendarahan ketika hamil, mungkin tanda awal kegugruan.
Cara terbaik untuk puan ialah pastikan mendapat rehat yang cukup. Selalunya pendarahan ini akan hilang selepas beberapa hari dan janin dalam rahem berada dalam keadaan selamat.
Ubat kuat rahem sebenarnya tidak membantu, kecuali puan mengalami masalah kekurangan hormone progesterone, sedangkan kebanyakan keguguran disebabkan masalah kualiti gentik janin dalam rahem yang rendah. Namun tiada halangan untuk menggunakan ubat tersebut.
Jika pendarahan sudah berlangsung selama seminggu, puan boleh lakukan pemeriksaan air kencing, UPT di rumah.
Jika keputusan UPT positif, janin berada dalam keadaan yang selamat, dan tidak perlu dirisaukan.
Jika keputusan UPT negatif, bermakna mungkin bayi dalam rahem telah meninggal dunia, dan harus berjumpa dengan doktor untuk melakukan ultrasound memastikan sama ada janin itu masih berada di dalam rahem atau telah keluar tanpa disedari.
Jika rahem telah kosong, bermakna keguguran berlaku dengan sempurnan. Tidak perlu lakukan apa-apa.
Jika rahem masih ada janin yang tiada lagi degupan jantung, maka tunggu dulu 2-4 minggu sebelum ambil keputusan untuk lakukan D&C.
Wallahu a’lam.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz