KEHAMILAN DAN UBAT JERAWAT
“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Saya telah hamil 9 minggu dan mengalami jerawat di muka. Boleh ke saya pakai ubat jerawat kat muka ? Ubat jerawat tersebut saya beli di klinik pakar kulit. Bahaya tak untuk kandungan? Terima kaseh.”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Jerawat yang berlaku semasa hamil bukanlah sesuatu yang luar biasa, ia hanya disebabkan oleh tahap hormon puan yang tinggi. Bagi mereka yang hamil, perlu lebih berhati-hati menggunakan ubat merawat jerawat.
Antara ubat jerawat yang harus dielakkan adalah:
- Kream Accutane: mengandungi bahan isotretinoin.
- Kream Retinoid: mengandungi bahan adapalene, tazarotene dan tretinoin.
- Ubat pil antibiotic tetracyclines seperti doxycycline, minocycline, tetracycline.
- Kream yang mengandungi asid salisilik (salicylic acid)
- Produk yang mengandungi asid alpha-hydroxy, tidak digalakkan kerana kesan mudaratnya masih belum diketahui.
Walau bagaimanapun produk yang mengandungi benzoyl peroksida adalah selamat untuk wanita hamil.
Jika puan mahu menggunakan ubat yang dibeli dari klinik atau farmasi (tanpa berjumap doctor), pastikan puan berbincang dengan orang yang mahir dengan soal ubat.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
