Suntikan perancang haid tidak datang lebih 6 bulan

KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA

as salam dr.. saya nak tanya.. saya ada bayi sekarang berumur 13 bulan.. masih breastfeed walau pun x sepenuhnya.. selepas 2 bulan melahirkan, saya ada mengambil suntikan depo sebanyak 2 kali bagi tempoh 2 bulan sekali. selepas itu saya sudah menghentikan pengambilan suntikan depo.. masalahnya, hingga ke hari ini saya masih x period…adakah itu normal dr ?
saya sudah 6 bulan stop injeksion depo tu dr..”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Antara kesan sampingan injeksion perancang tersebut adalah kitaran haid yang tidak menentu. Kesan ini selalunya bersifat sementara, dan paling lama ia berlangsung selama enam bulan.

Saya mencadangkan tidak perlu mkn ubat turun darah. Ini kerana selepas mengambil ubat “turun darah”, darah haid akan turun selepas menghabiskan ubat itu. Namun selalunya kitaran haid menjadi tidak menentu dan darah haid menjadi “kering semula”. Ini menyebabkan masalah puan akan berulang dan bergantung pada ubat “turun darah”.

Saya mencadangkan juga jika masih tiada haid, elok cek hormon. Mungkin masalah kitaran haid disebabkan oleh masalah kekurangan hormone yang serius.

Boleh ambil vitamin C dan E. Pastikan minum air secukupnya.

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!