IBU JARI KAKI MAHU DIPOTONG Lama saya tidak bertemu dengan rakan saya. Pagi-pagi lagi dia telefon kerana mahu berjumpa saya di klinik. Ada hal mustahak katanya. Saya kata, “datanglah”. Lagi pun saya sudah lama tidak berjumpa dia untuk mengetahui perkembangan dirinya. Lapan bulan lepas dia mengunjungi saya kerana risau jari kakinya mula membusuk. Hujung ibu jari kakinya kemerah-merahan. Membengkak. Dalam keradangan. Tidak sakit. Rasa kebas. Saya percaya tisu-tisu di hujung jarinya sedang mengalami keadaan kekurangan oksigen dan nutrisi, sebab salur darah yang membekalkan keperluan di situ mengalami ‘sumbatan’ dan ‘penyempitan’ Saya minta dia teruskan ubat yang diberikan oleh doktor di …
Read More »Tag Archives: hamil
Kesalahan minta sijil cuti sakit
KESALAHAN MINTA SIJIL CUTI SAKIT “Assalammualikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pertolongan doctor untuk saya membeli ‘back dated MC’. Sebenarnya pada hari Sabtu lepas saya mengalami sembelit sehingga menyebabkan menyebabkan buasir. Saya rasa sakit sangat sehingga tidak mampu bergerak, dan tidak dapat ke klinik kerana tiada orang yang membantu menghantar saya. Ini kerana saya tinggal bersendirian di rumah sewa saya. Pada keesokan harinya, saya cuba mencari klinik namun tiada klinik yang buka pada hari Ahad. Saya tidak tahu buat macam mana sebab saya beritahu pada syarikat saya yang saya cuti sakit pada hari Sabtu tersebut. Kebetulan pula saya mengalami …
Read More »MASALAH MATA ANAK BERAIR SEPERTI MENANGIS
Pada keluaran kali ini, saya ingi berkongsi jawaban pada pertanyaan yang ditanyakan oleh seorang ibu yang risau terhadap keadaan mata nakanya yang berumur lapan bulan. Pertanyaan beliau seperti berikut: “Assalamu’alaikum. Dr. maaf saya mengganggu. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan ini. Saya merupakan seorang ibu pada seorang anak perempuan. Alhamdulillah sekarang umur anak saya hampir mencecah 8 bulan. Saya ada satu soalan yang ingin ditanya kepada doktor. Sudilah sekiranya doktor berkongsi pengetahuan bagi soalan saya. Untuk pengetahuan doktor, mata anak saya sering mengeluarkan cecair seperti (menangis). Ia berlaku sejak dari kecil iaitu …
Read More »BANYAK AIR DALAM OTAK
APA YANG MENYEBABKAN BANYAK CECAIR DALAM OTAK ORANG DEWASA? Hydrocephalus atau air pada otak, boleh berlaku di kalangan bayi dan juga orang dewasa. Apabila pesakit mengalami keadaan hydrocephalus, cecair dalam otak (yang disebut cerebrospinal fluid, CSF) bertambah banyak dan memberikan tekanan kepada otak. Ia seperti satu belon yang terus ditambah air, sehingga belon itu membesar. Dalam kepala, tengkorak tidak akan membesar bila isipadu cecair bertambah, kerana tengkorak adalah tulang yang keras dan tidak boleh membesar. Jadi ia akan menekan pada otak yang bersifat lembut. Jadi apabila cecair dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak …
Read More »CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN
Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “. Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu: 1) Diam 2) Berfikir Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan …
Read More »Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?
BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI? ” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair). Ubat …
Read More »Kencing tidak lawas
KENCING TIDAK LAWAS “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih” WALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas. Saya mencadangkan, jika dia tidak …
Read More »PCOS DAN RAHEM TERBALIK
“Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap …
Read More »ketika ujub menyelimuti hati
KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI Assalamualaikum, Sekadar perkongsian bersama sebelum solat terawih….. Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya; “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.” “Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan.” “Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.” “Jika Allah mudahkan pintu rezeki …
Read More »Demam tonsillitis tidak surut, adakah diphtheria?
DEMAM TONSILLITIS TIDAK SURUT, ADAKAH DIPHTHERIA ? “Assalamualaikum doktor . Saya hendak bertanya , anak saya berusia 3 tahun dan disahkan oleh doctor menghadapi penyakit tonsillitis. Dengan kemunculan wabak diphtheria, saya sangat bimbang. Sya sudah bawa ke kilinik kerajaan tetapi doctor hanya berikan ubat antibiotic dan ubat demam. Demamnya sekarang ‘on and off’, kurang selera makan dan kurang minum susu. Sesekali ada muntah. Adakah saya perlu bawakannya ke hospital? Sudah sebulan tekaknya membengkak seperti tonsillitis. Boleh saya dapat pendapat pendapat doktor ? Terima kasih banyak atas pendapat doctor. Saya amat saya hargai. “ WA ALAIKUM MUS SALAM …
Read More »Maklumat Tidak Tepat Punca Segelintir Ibu Bapa Menolak Vaksin
MAKLUMAT TIDAK TEPAT PUNCA SEGELINTIR IBUBAPA MENOLAK VAKSIN Salah faham masyarakat dalam mendapatkan maklumat tidak sahih daripada sumber terbuka seperti laman web dan media sosial menjadi punca segelintir ibu bapa menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka. Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata banyak artikel berkaitan dengan anti-vaksin yang mempunyai ciri yang sama seperti sumber yang diambil bukan daripada orang yang pakar. “Didapati juga blog atau web mendakwa mereka adalah daripada pertubuhan atau orang yang boleh dipercayai, namun mereka sebenarnya tidak amanah dalam menjaga kesejahteraan masyarakat. “Selain itu, penyebar maklumat adalah …
Read More »Telah vaksin tapi masih dijangkiti kuman
ADAKAH KANAK-KANAK YANG TELAH DISUNTIK VAKSIN MASIH BOLEH DIJANGKITI VAKSIN? “Salam doctor, saya ini penjelasan berkenaan jangkitan diphtheria. Adakah kanak-kanak yang menerima vaksin berpotensi mendapat jangkitan difteria daripada pesakit lain? Apakah cara rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak yang bervaksin sekiranya mendapat jangkitan itu? Adakah kanak-kanak yang bervaksin akan mengalami sakit yang lama sehingga boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan difteria?. Sekian, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, kanak-kanak yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti semula dengan kuman diphtheria dari pesakit lain. Ini berlaku pada sebahagian kecil kanak-kanak yang diberikan suntikan vaksin, kerana: …
Read More »Tidak Obese Tetapi Haid Tidak Menentu
TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU “Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan kitaran haid yg normal. Adakah saya perlu menjalani sebarang check up utk mengenalpasti masalah yg saya hadapi ni. Mohon pencerahan. Terima Kasih Dr.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Masalah kitaran haid yang tidak menentu sering berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun adakalanya ia juga boleh …
Read More »Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria
IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B. “Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. “Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila …
Read More »Kulit kering dan Bergaris halus tanda penuaan
KULIT KERING DAN BERGARIS HALUS DISEBABKAN OLEH PENUAAN Berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an. Antara simptom penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik hendak tidur dan mudah sangat tidur. Perubahan pada wajah juga agak ketara. Pada peringkat awal terdapat garis-garis halus pada kulit muka, sebelum ia menjadi lebih teruk apabila berlakunya kulit muka yang berkedut dan tidak lagi menegang. Berada lama di bawah matahari, merokok, diet, …
Read More »Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik
BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada …
Read More »Manfaat buah delima dalam SAKANJABEEN
MANFAAT BUAH DELIMA DALAM SAKANJABEEN Buah delima atau dalam bahasa Inggeris ‘pomegranate’ mempunyai nama botani “Punica granatum”. Perahan buah delima dalam bentuk jus mempunyai rasa masam manis. Rasa manis adalah disebabkan kandungan fruktosa, sementara rasa masam disebabkan oleh bahan tannins. Sementara warna merah buah delima mengandungi banyak bahan anthocyanin yang banyak manfaatnya. Molekul tannin dalam beberapa kajian makmal menunjukkan penurunan mutagenic akitiviti yang menyebabkan berlakunya kansel pada sel. Ini kerana tannins adalah antioksida yang baik, yang melindungi sel dari aktiviti kerosakan oksidatif. Tannin juga menghalang pembiakan kuman, termasuk fungus, yis, bakteria dan virus. Ini berlaku apabila terdapat proses hidrolisis …
Read More »Omega 3 dan Minyak Kelapa Elak Nyanyuk
OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas. Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas. Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom …
Read More »Khasiat sakanjabeen yang mengandungi cuka kurma
KHASIAT SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI CUKA KURMA Salah satu bahan yang terdapat pada SAKANJABEEN adalah cuka kurma. Cuka kurma adalah diperbuat daripada proses penapaian buah kurma sehingga menghasilkan bahan asid acetik dan beberapa nutrisi yang lain. Antaranya ialah: Vitamin C Vitamin E Vitamin B1 Vitamin B6 Beta-karotena Bioflavonoid Potassium Serat Cuka kurma sudah berkurun digunakan sebagai satu makanan dan perubatan di Timur Tengah. Berikut adalah beberapa khasiat cuku kurma adalah di bawah: 1. Menurunkan Berat Badan Dengan mengamalkan SAKANJABEEN yang mengandungi cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan mencepatkan anda berasa kenyang. . Dengan itu, mengurangkan pengambilan makanan, secara …
Read More »BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK
Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), …
Read More »Puasa sebagai bonus untuk kesihatan
Kebanyakan pakar bukan beragama Islam mencadangkan orang lain agar berpuasa kerana mendapati puasa menyumbang pelbagai manfaat kepada kesihatan. Sebab itulah terdapat pelbagai jenis puasa untuk kesihatan seperti makan malam awal dan tidak mengambil sarapan atau berpuasa tetapi dibenarkan mengambil jus tertentu. Puasa yang mereka cadangkan ialah antara 14-16 jam sehari dan paling lewat hingga mencecah 36 jam. Kajian dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa Ramadan yang dilakukan setiap hari didapati membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi penghidap diabetes. Dengan berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya merendahkan …
Read More »Mencari ubat hati
MENCARI UBAT HATI Hari ini untuk pertama kalinya aku pergi ke klinik untuk melakukan medical check up “kerohanian”. Ternyata aku mengidap beberapa jenis penyakit yang serius.. Berikut ialah keputusan check up nya: Ketika tekanan darah diukur, ternyata aku memiliki kelembutan hati yang rendah. Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan aku hampir mencapai 40 celsius. Ketika jantung ku diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam. Aku juga diberitahu bahawa tulang-tulang banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan aku tidak dapat berjalan di sisi saudara saudaraku dengan rasa …
Read More »Mufti: Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang
MUFTI: ISLAM HARUSKAN GUNA VAKSIN BAHAN TERLARANG Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan. “Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program wacana pendidikan fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah …
Read More »BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT
“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi …
Read More »Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?
BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM? “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat. Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F). Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu …
Read More »Penyakit Tibi berjangkit?
PENYAKIT TB BOLEH BERJANGKIT DENGAN SENTUHAN? “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai penyakit tibi. Minggu lepas kakak saya disahkan menghidap penyakit tibi dan dikuanrintin kan selama seminggu di hospital. Sekrang sudah kluar dan telah dibawa ke kg untuk mak saya jaga…jadi slma dia berada dgn kami perlukah ahli keluarga yg lain menjalani ujian darah untuk semakan samada kami skluarga turut berjangkit atau tidak. Dan satu lagi adakah dengan bersalam/bersentuhan dan dekati dia dgn rapat akan ada keberangkalian penyakit tibi tu merebak ke kita walaupun dia pakai mask. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit …
Read More »KITARAN UMUR
Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. …
Read More »Perlukah makan ubat cirit-birit?
PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT? “Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar ? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita …
Read More »Keletihan yang melampau
KELETIHAN YANG MELAMPAU “Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah …
Read More »Kesan sampingan ubat theophylline
THEOPHYLLINE UNTUK ASMA “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “ Wa alaikum mus salam. Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik). Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan …
Read More »Punca sumbatan pada saluran fallopian
SUMBATAN PADA SALURAN FALLOPIAN Kira-kira 20 % wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil berpunca dari masalah saluran fallopian yang tersumbat. Antara puncanya ialah: 1. Jangkitan kuman yg bermula dari faraj , masuk kedalam rahim dan akhirnya menjangkiti saluran fallopian. Jangkitan kuman ini menyebbakan keradangan, lekatan dan parut yang akhirnya menyebabkan sumbatan. Jangkitan kuman sering berlaku tanpa disedari. Ia boleh berlaku lepas bersalin, keguguran, atau selepas prosedur pakai iucd. Jangkitan kuman ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya setakat keputihan saja. Ia munkin berlaku sejak remaja dan berterusan sehingga selepas berkahwin. 2. Penyakit-penyakit seperti endometrioisis, fibroids, ovarian …
Read More »Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetes
APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES? Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan …
Read More »Saya perlu minuman manis untuk tenaga
RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN” Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka …
Read More »Sukar buang air kecil setelah melahirkan anak
SUKAR MEMBUANG AIR KECIL SETELAH MELAHIRKAN ANAK Pada keluaran kali ini, saya menjawab soalan rakan di facebook saya. Semoga ia membantu wanita yang mengalami masalah yang sama. “Assalamualaikum doktor. Saya telah melahirkan anak pada hujung tahun 2015 dan mengalami masalah sukar kencing. Doctor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengalami “urine tertention”, dan disarankan menggunakan catheter. Saya menggunakan catheter selama 9 hari. Selain itu saya juga mengalami hemorroid selepas melahirkan. Soalan saya, adakah hemorroid tersebut yg menyebabkan “retention urine” dan adakah masalah tersebut akan berlaku lagi sekiranya saya melahirkan anak pada masa akan datang? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS …
Read More »Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin
MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal. Saya tidak …
Read More »CoQ10 Meningkatkan Tenaga
SUPLEMEN CoQ10 MENINGKATKAN TENAGA Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna …
Read More »