KULIT KERING DAN BERGARIS HALUS DISEBABKAN OLEH PENUAAN
Berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an. Antara simptom penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik hendak tidur dan mudah sangat tidur.
Perubahan pada wajah juga agak ketara. Pada peringkat awal terdapat garis-garis halus pada kulit muka, sebelum ia menjadi lebih teruk apabila berlakunya kulit muka yang berkedut dan tidak lagi menegang.
Berada lama di bawah matahari, merokok, diet, kegemukan, gravitasi, tekanan hidup dan genetik merupakan faktor yang boleh mempengaruhi kesihatan kulit Dengan peningkatan umur, proses pengggantian sel kulit yang baru akan memperlahan, menyebabkan kulit menjadi lebih kering dan kurang elastik.
Lapan tip untuk kulit kekal muda
1 Menjauhi asap rokok. Berdasarkan selidik kaji pakar, rokok akan menyebabkan penuaan awal seperti garis halu pada kulit muka. Rokok mengandungi bahan kimia yang membatasi jumlah oksigen yang sampai ke kulit dan menggangu penyerapan vitamin C yang diperlukan oleh kulit untuk memperbaiki diri. Jadi walaupun tidak merokok, jauhkan diri dari asap rokok.
2 Jangan berada lama di bawah cahaya matahari terutama pada pukul jam 10 pagi hingga 3 petang kerana sinar matahari pada masa itu adalah sangat kuat. Sinar matahari adalah penyebab utama bagi masalah kulit seperti garis-garis halus, bintik-bintik coklat dan perubahan warna kulit. Pakaikan topi, lengan baju yang panjang, seluar panjang dan cermin mata gelap jika berada di luar rumah.
3 Menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau sunscreen. Mengunakan produk SPF30 atau lebih dengan pelindungan UVB dan UVA setiap hari. Cahaya matahari akan menyebabkan kejadian kedutan dan warna kulit yang tidak seimbang. Sunscreen juga mengurangkan risiko kanser kulit.
4 Gunakan pelembap bagi kulit kering. Pakai pelembap udara dan losyen. Pelembap melembabkan kulit dengan cara mengikat air pada lapisan kulit terluar. Cari pelembap yang berasas minyak.
5 Diet sihat dan minum air yang mencukupi. Pemakanan yang baik adalah penting untuk kulit. Pastikan anda mengikuti diet sihat yang diperkaya dengan vitamin A, B, C, E dan K yang terdapat dalam makanan seperti bayam, kekacangan, biji-bijian, lemon, limau, jus anggur dan buah-buahan. Air adalah penting untuk hidrasi mendalam. Dasar yang baik adalah 6 hingga 8 gelas dalam satu hari. Minum air juga menghilangkan racun berbahaya dari tubuh.
6 Produk anti-penuaan. Bahan pentapeptida yang terdapat dalam kebanyakan produk yang baru, membantu dalam mempercepatkan sel kulit untuk menghasilkan kolagen yang penting untuk menegangkan kulit. Krim retinoid yang mengandungi vitamin A adalah sangat efektif dalam mengurangi keriput, mencerahkan warna kulit dan meningkatkan pergantian sel kulit. Anda juga harus mencari tambahan bahan seperti antioksida untuk membuat kulit berisi dan cerah.
7 Perawatan kulit. Suntikan Botox, pengupasan kulit, pengisi kedutan dapat menghilangkan kesan kedutan dan melicinkan kulit muka. Rawatan laser dapat menambahbaikan kulit, menghilangkan parut dan kedutan dan masalah kulit yang lain.
8 Tidur yang mencukupi. Dapatkan rehat yang secukupnya untuk melihat perubahan pada wajah anda; Lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat, dan mata bengkak adalah simpton yang kerap. Mendapatkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam akan menjaga tubuh dan kulit anda. Ia penting bagaimana anda tidur juga – kalau anda merehatkan muka anda di atas bantal, anda akan mendapat kedutan kulit, jika anda meniarap diatas perut, lingkaran hitam di bawah mata anda akan muncul. Solusinya senang – tidur di atas perut anda!
Saya mencadangkan penggunaan Face Ampule Doclab untuk menegangkan kulit secara natural. Boleh hubungi Dr Norleza 013 7610576 untuk produk.