Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetes

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES?

 

Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik.

Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya.

Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang.

Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan ketegangan dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah ini.

Jangan membeli ubat kuat sebarangan kerana ia merosakkan diri dan mempercepatkan mendapat mati pucuk.

 
 
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!