UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan. IKLAN Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …
Read More »Tag Archives: ezerex
Kuku jari berlekuk
KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …
Read More »Adakah saya hamil dan bagaimana mengira hari subur?
ADAKAH SAYA HAMIL DAN BAGAIMANA MENGIRA HARI SUBUR? “Salam doktor. Saya ingin bertanyakan hal yang berkaitan dgn kehamilan. Saya sudah berkahwin selama 6 bulan, kami suami isteri memang hendak zuriat secepat mungkin tetapi belum lagi ada rezeki dari Allah. Tetapi kami tetap mencuba. Saya ingatkan bulan ini saya akan hamil tetapi tidak. Saya kecewa doktor. Sebelum ini saya memang makan asid folic tetapi lepas sudah mencuba tetapi tiada apa-apa, saya berhenti dari makan asid folic. Sebelum haid yang lepas saya ada rasa macam tanda-tanda hamil kerana selera makan pun bertambah tetapi saya telah datang haid sehari …
Read More »UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL
“Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal. Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami …
Read More »Clomid ubat penyubur
CLOMID UBAT PENYUBUR “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. …
Read More »BOLEHKAH BAGI PESAKIT JANTUNG GUGUR DUA KALI, HAMIL SEMULA?
“Salam doktor. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin selama 3 tahun. Masalah saya ialah saya adalah pesakit jantung berlubang, malangnya saya telah keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan itu. Menurut doctor, keguguran kali pertama keguguran disebabkan saya terlalu lemah untuk meneruskan kehamilan, sementara keguguran kedua berlaku dengan sendiri kerana saya jatuh di bilik air. Saya ingin sangat untuk mendapatkan zuriat. Adakah saya tidak lagi berpeluang untuk hamil semula? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya bersimpati dengan puan dan saya percaya apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Namun kita juga digalakkan …
Read More »Pendarahan Selepas Hubungan Intim
PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Jawapan: Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. https://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. https://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea …
Read More »Kitaran Haid Tidak Menentu Selepas Menukar IUCD Baru
KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS MENUKARKAN IUCD BARU “Saya baru membuka IUCD dan telah menukarkannya dengan yang baru. Sebelum ini kitaran saya teratur, tetapi sekarang saya mengalami haid hanya sehari saja selepas memasang IUCD yang baru. Adakah ini kesan daripada IUCD yang menghalang pengeluaran darah haid? Saya risau darah kotor berkumpul dan muncul pula penyakit lain. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM IUCD adalah alat pencegah kehamilan, berbentu seperti “T” yang dimasukkan ke dalam rongga rahem. Ia boleh bertahan kira-kira 3 tahun dan IUCD baru akan dipasang pada hari yang sama selepas IUD yang …
Read More »Tidak datang haid 2 tahun
TIDAK DATANG HAIDS 2 TAHUN “Salam doctor. Saya berusia 20 tahun, belum berkahwin, berat saya 75kg dan ketinggian saya 155cm. Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. Kali terakhir haid saya pada awal 2012. Saya pernah ke klinik kerajaan dan doctor hanyamemberitahu bahawa hormon saya tidak stabil dan dia tidak berikan sebarang ubat. Apa yang perlu saya lakukan? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak mengalami darah haid selama dua tahun, bukanlah suatu yang normal bagi seorang gadis. Saya berpendapat bahawa masalah ini adalah berpunca dari masalah ketidakseimbangan hormone yang yang dihasilkan …
Read More »KERAP KEGUGURAN
“Salam doctor. Saya berumur 35 tahun dan sudah sepuluh tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil beberapa kali, malangnya setiap kali hamil, saya keguguran di awal kehamilan. Kali terakhir saya hamil dan keguguran ialah pada akhir tahun lepas. Sehingga kini, saya sudah lima kali keguguran. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun saya percaya setiap yang berlaku ini tentu ada kebaikannya. Saya doakan ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik di akhirat nanti. Keguguran di aal kehamilan adalah suatu yang normal. Namun jika ia melebihi …
Read More »Saiz zakar kecil sebelum berkahwin
SAIZ ZAKAR KECIL SEBELUM BERKAHWIN “Salam doctor, benarkah zakar lelaki yang sudah berkahwin lebih besar berbandingkan dengan lelaki yang belum berkahwin. Saya masih risau mengenai saiz zakar saya kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Zakar seorang lelaki tidak sama jika dibandingkan dengan seorang lelaki lain. Saiz dan bentuk zakar bergantung kepada baka keturunan dan umur. Saiz dan bentuk zakar seorang yang sudah berkahwin selalunya lebih besar berbandingkan ketika dia masih bujang mungkin disebabkan kerap melakukan hubungan seks dengan isteri menyebabkan otot-otot zakar lebih mudah mengembang dan membesar. Jadi tidak perlu risaukan …
Read More »Mudahkah Untuk Hamil?
MUDAHKAH UNTUK HAMIL? “Salam doctor. Saya berumur 28 tahun dan sudah 3 tahun berkahwin. Masalah saya ialah saya belum lagi mempunyai zuriat. Saya juga perhatikan bahawa beberapa orang rakan saya juga mempunyai masalah yang sama walaupun telah berkahwin beberapa tahun. Adakah pada masa sekarang seorang wanita memang sukar untuk hamil? Mohon penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa pada masa sekarang ramai pasangan yang mempunyai masalah kesuburan. Dalam erti kata yang lain, mereka mengalami masalah untuk mendapat zuriat. Ramai wanita muda yang baru berkahwin menyangka bahawa mereka akan hamil sebaik saja bernikah …
Read More »Benarkah Masalah Kesuburan Berpunca dari Wanita?
BENARKAH MASALAH KESUBURAN BERPUNCA DARI WANITA? “Salam doctor. Saya berumur 32 tahun dan telah berkahwin selama 3 tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Apabila balik beraya, saya sangat tertekan kerana saya selalu ditanya tentang anak. Mertua saya menuduh saya mandul dan tidak subur, sedangkan anaknya yang kuat merokok, tidak pula dipersalahkan. Saya mohon pandangan doctor, Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila sepasangan suami isteri masih tidak mempunyai zuriat, selalunya isteri yang dipersalahkan. Seolah-olah di pihak suami tiada masalah langsung. Fakta sebenar menunjukkan bahawa dakwaan ini tidak benar. Yang sebenarnya, lelaki juga menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pasangan ini. …
Read More »KEGUGURAN TANPA DISEDARI AKIBAT KEHAMILAN KIMIA
“Salam doctor, saya baru berkahwin. Beberapa minggu yang lepas, saya tidak datang haid seperti biasa. Saya beli alat UPT dan hasilnya positif. Tidak lama kemudian, saya buat semula pemeriksaan UPT dan saya mendapati negative pula. Kemudian saya mengalami darah haid seperti biasa. Apakah saya keguguran kerana saya tidak perasaan ada tisu janin yang keluar. Mohon penjelasan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya berpendapat pada mulanya puan telah hamil dan pemeriksaan UPT menunjukkan keputusan positif. Ini berlaku selepas telur perempuan (ovum) telah disenyawakan oleh benih lelaki (sperma) di fallopian tiub, dan bergerak ke rahem dan akhirnya tertanam pada dinding rahem. …
Read More »Tanda luka pembedahan Caesarean mengalami masalah
TANDA LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN MENGALAMI MASALAH “Salam. Saya telah menjalani pembedahan Caesarean dua minggu lepas. Saya mendapati ada cecair jernih yang keluar dari luka tersebut. Adakah ia tanda bahaya doctor. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cecair yang keluar dari luka Caesarean adalah perkara yang normal, terutama terutama bagi wanita yang berbadan besar. Namun terdapat banyak cecair itu, ia akan mengganggu penyembuhan kerana luka pembedahan seharusnya kering dan bersih bagi mengelakkan jangkitan kuman. Secara ringkasnya, saya berikan beberapa tanda yang menunjukkan luka Caesarean mengalami jangkitan kuman dan perlu dirawat segera. 1. Demam berterusan. 2. Sakit pada luka 3. …
Read More »Penjagaan Luka Pembedahan Cesarean
PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN CESAREAN “Salam doctor. Isteri saya baru melahirkan anak melalui pembedahan Cesarean. Bolehkah saya mengamalkan petua-petua yang sama bagi wanita yang melahirkan anak secara normal? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Luka selepas pembedahan Cesarean ketika melahirkan anak, memerlukan penjagaan yang lebih teliti kerana luka yang dijahit itu lebih besar dan dalam berbanding luka episiotomy di faraj. Bagi wanita yang dibenarkan pulang ke rumah, saya mencadangkan agar melakukan pergerakan lebih awal iaitu berjalan secara perlahan-lahan di sekeliling katil. Jangan risau dengan luka tersebut akan terbuka atau sebagainya, kerana banyak kajian menunjukkan melakukan pergerakan selepas pembedahan …
Read More »PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL
“Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke …
Read More »Jenis-jenis pendarahan yang tidak normal di kalangan wanita
JENIS-JENIS PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL DI KALANGAN WANITA “Salam doctor. Selain dari pendarahan haid, bolehkan doctor menerangkan pendarahan yang tidak normal pada waniat. Sekian, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita mengalami masalah pendarahan yang tidak normal, iaitu pendarahan yang tidak menentu atau berlaku di luar waktu haid yang sepatutnya, berkemungkinan beliau mengalami masalah yang besar. Oleh itu pemeriksaan perlu dijalankan kerana pendarahan sebegitu bermungkinan berlaku disebabkan masalah ketidak-seimbangan hormon, fibroid, PCOS atau masalah lain. Wanita yang hamil juga boleh mengalami masalah pendarahan di luar waktu haid yang sepatutnya. Oleh itu jangan terperanjat jika doktor juga melakukan ujian …
Read More »Pendarahan tidak berhenti-henti
PENDARAHAN TIDAK BERHENTI-HENTI “Salam, saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang anak. Selepas melahirkan anak pada Ogos 2013 saya dinasihatkan untuk mengambil pil perancang. Saya berhenti makan pil perancang tidak sampai setahun. Selepas itu, saya mengalami pendarahan haid yang banyak. Apabila dirujuk kepada pihak hospital, saya mempunyai fibroid dalam rahim sebesar diameter 3 cm. Dalam tempoh 6 bulan, fibroid saya menghilang tapi saya mengalami masalah pendarahan yang banyak ketika haid. Menurut doktor ia adalah DUB (Dysfunctional Uterine Bleeding). Setiap bulan, darah yang keluar sangat banyak dan berketul-ketul dan banyak sehingga badan lemah dan pitam. Doktor membekalkan ubat …
Read More »DARAH KELUAR DARI DUBUR
“Salam Dr, saya hendak bertanya, kalau keluar darah dari dubur kita, adakah ia buasir? Tapi masa buang air besar tidak rasa sakit pun. Darah pun keluar bukan pada masa buang air besar. Darah hanya keluar hanya sesekali. Mohon pencerahan doktor, terima kasih doktor atas masa diluangkan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya banyak punca pendarahan dari dubur. Ada yang berbahaya dan ada yang tidak berbahaya. Antaranya luka di lubang dubur, buasir (haemoroid) ketumbuhan tidak berbahaya seperti polyps dan yang ketumbuhan yang berbahya ialah kanser rectum. Jangan ambil mudah. Saya banyak pengalaman di mana pesakit yang mulanya didiagnosa sebagai buasir, (kebetulan memang …
Read More »MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS
“Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahil. Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah: 1. KETAHUI WAKTU SUBUR Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana …
Read More »Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?
BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID? “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan. Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit. Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil …
Read More »PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL
“Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah. Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada ketumbuhan polyp yang bertangkai. Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri dan bayi …
Read More »Kesan Onani Pada Perkahwinan
KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN “Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh isteri saya nanti. Mohon penjelasan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya simpati dengan masalah saudara. Bukan senang seorang yang ketagihan untuk meninggalkan tabiatnya. Ramai yang mencuba, tetapi tidak ramai yang mampu meninggalkannya terus. Kebanyakan mereka hanya dapat mengurangkan tabiat ini. Untuk meninggalkan tabiat ini, langkah pertama saudara kena faham …
Read More »Lelaki berusia masih bertenaga?
LELAKI BERUSIA MASIH BERTENAGA? “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun. Saya telah dirisik oleh seorang lelaki berumur 62 tahun. Jika saya bersetuju, ini kali kedua perkahwinan saya dan saya harap ia memberikan kebahagian pada saya. Soalan saya, adakah lelaki yang berumur 60an masih mempunyai tenaga di kala saya memerlukan? Mohon penjelasan Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya ucapkan tahniah kerana puan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sudah tentu banyak harapan yang puan impinkan dari perkahwinan ini. Namun begitu saya minta puan jangan terlalu banyak mengharap, kerana perkahwinan puan tidak boleh disamakan dengan perkahwinan pasangan muda. Rumah tangga …
Read More »Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung
“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …
Read More »Punca Sakit Belakang Ketika Hamil
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …
Read More »AIR KETUBAN YANG BANYAK
“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin …
Read More »Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa
“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea. Gabungan ini menjadikan yang diberikan menjadi sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed. Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …
Read More »Rasa Jantung Berdebar-debar..
“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
“Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti. Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …
Read More »Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang
Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg. Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik. Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan. Inilah tanda kebesaran ALLAH. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …
Read More »Pelembap penting untuk kulit eczema
“Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema. Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya. Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …
Read More »MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
