“Salam doktor. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin selama 3 tahun. Masalah saya ialah saya adalah pesakit jantung berlubang, malangnya saya telah keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan itu. Menurut doctor, keguguran kali pertama keguguran disebabkan saya terlalu lemah untuk meneruskan kehamilan, sementara keguguran kedua berlaku dengan sendiri kerana saya jatuh di bilik air. Saya ingin sangat untuk mendapatkan zuriat. Adakah saya tidak lagi berpeluang untuk hamil semula? Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM.
Saya bersimpati dengan puan dan saya percaya apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita.
Namun kita juga digalakkan untuk terus berusaha dan berdoa untuk mendapat apa yang kita hajatkan. Selalulah beroda semoga ALLAH menggantikan apa yang kita hilang itu dengan ssuatu yang lebih baik.
Saya percaya puan masih boleh hamil kerana penyakit jantung yang puan alami tidak mengganggu kesuburan puan.
Walaupun puan telah keguguran, ini bermakna puan adalah seorang yang subur. Secara amnya puan masih boleh lagi boleh hamil tanpa masalah.
Cuma yang menjadi persoalannya adakah penyakit jantung puan membenarkan puan meneruskan kehamilan.
Saya tidak dapat menjawab persoalan ini kerana puan tidak memberitahu saya nama atau jenis masalah penyakit jantung puan dan bagaimanakah status kesihatan jantung puan sekarang.
Di awal kehamilan, seorang ibu yang menghidap penyakit jantung dinasihatkan untuk tidak meneruskan kehamilannya apabila terdapat tanda-tanda jantungnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jika meneruskan kehamilan ini, berkemungkinan besar, nyawa ibu akan terancam dan jantung boleh berhenti dari berfungsi.
Antara tanda-tanda itu ialah:
- Sukar bernafas
- Menarik nafas dengan bunyi (wheezing) dan adakalanya diikuti dengan batuk.
- Tidak dapat melakukan kerja-kerja seharian kerana terlalu letih atau sukar bernafas
- Degupan jantung yang kencang
Saya mencadangkan agar puan berbincang dengan doctor sebelum merancang untuk hamil semula. Doktor akan memeriksa keadaan jantung puan, sama ada puan benar-benar sihat untuk hamil semula dan meneruskan kehamilan.
Tidak ada gunanya jika puan hamil, kemudian kehamilan puan terpaksa digugurkan kerana puan terlalu lemah untuk meneruskannya.
Selain itu kehamilan puan juga mudah untuk gugur dengan sendiri apabila puan berada dalam keadaan tidak sihat.
Apabila doktor membenarkan puan hamil, satu pasukan doktor yang terdiri dari doctor sakit puan dan perbidan akan berkerjasama dengan doktor pakar jantung bagi memastikan puan dapat meneruskan kehamilan dengan selamat.
Insya ALLAH dengan teknologi moden, dan izin dari ALLAH, saya percaya puan boleh hamil dengan selamat.
Banyakkan berdoa, solat hajat dan bersedekah. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.
Saya juga mencadangkan untuk wanita yang normal agar mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, untuk mempercepatkan kesembuhan selepas melahirkan anak.
Wallahu a’lam.