Artikel Terkini

DIABETES DAN AIR BUNGA TELANG

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Pagi tadi saya buat pemeriksaan gula dalam darah di farmasi dan mendapati bacaan gula saya 11.0 mmol/L. Kakak ipar saya mencadangkan minum Air Bunga Telang. Adakah ia membantu? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam. Bacaan gula darah 11.0 mmol/L adalah tinggi dan mungkin menunjukkan bahawa puan telah mengalami diabetes, terutamanya jika bacaan ini diambil secara rawak (tidak berpuasa) atau selepas makan. Untuk mengesahkan diagnosis diabetes, biasanya ujian tambahan seperti ujian toleransi glukosa oral (OGTT) atau ujian hemoglobin A1c diperlukan. Saya sarankan puan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan nasihat perubatan yang tepat. Mengenai nasihat kakak ipar mengenai …

Read More »

KEMATIAN REMAJA LELAKI DI PADANG BOLA

Hari ini 9 September 2024, kita dikejutkan dengan berita seorang budak lelaki berusia 14 tahun di Kajang, Selangor, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak. Autopsi mendapati budak tersebut mengalami komplikasi jantung dan asma. Jadi saya menasihatkan ibu bapa, atau penjaga atau guru agar tidak memaksa anak-anak yang tidak sihat untuk bermain secara agresif di padang dalam masa yang lama. Terutama ketika musim panas yang mana kanak-kanak dan remaja mudah mengalami dehidrasi akibat kurang minum air. Mereka yang sedia ada penyakit jantung dan paru-paru agar lebih berhati-hati. Bawa segera untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengadu tidak sihat. Bagi mereka …

Read More »

PEMAKANAN DAN GAYA HIDUP UNTUK PESAKIT FIBROID

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada masalah fibroid. Setakat ini tiada rawatan yang diberikan. Doktor hanya memberitahu untuk “tunggu dan lihat”. Ada cadangan suplemen yang perlu saya ambil ? Bagaimana pula dengan pemakanan? Terima kasih”.   ***********************   Waalaikumussalam   Untuk merawat fibroid, ada beberapa pendekatan yang dapat membantu mengurangkan gejala dan mengecilkan fibroid.   Berikut adalah beberapa cadangan produk dan perubahan gaya hidup yang mungkin bermanfaat:   1. DIET DAN PEMAKANAN Sayuran Hijau: Brokoli, kubis, kembang kol, dan bayam dapat membantu mengurangkan estrogen dalam tubuh. Buah-buahan: Buah delima, anggur merah, dan buah sitrus seperti lemon dan limau nipis. Makanan Fermentasi: …

Read More »
error: Content is protected !!