Artikel Terkini

Mengapa Bulu Mata Selalu Gugur?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang pesakit wanita mengenai bulu matanya yang sering gugur. Walaupun kehilangan bulu mata tidak begitu jelas, namun saya memahami perasaan seorang wanita. Kehilangan sehelai bulu mata sudah cukup membuatkannya aneh dan runsing. Mungkin sebagai lelaki, saya menganggap keguguran itu remeh, tetapi amat dirasakan oleh seorang wanita. Kecantikan adalah senjata utama bagi memikat hati suami. Bulu mata (eyelashes) adalah sebahagian dari bulu yang tumbuh pada badan seseorang. Ia berfungsi sebagai struktur yang menghalang habuk daripada memasuki mata di samping menambahkan kecantikan seseorang. Seperti rambut, bulu mata akan gugur setiap hari. Ia adalah perkara yang normal. Tidak …

Read More »

Kimia Toksik dalam Permainan dan Peralatan Bayi

Tanpa kita sedari banyak pencemaran toksik merbahaya berada di dalam rumah kita. Paling membimbangkan ialah bayi-bayi kita terdedah secara langsung kepada pencemaran ini. Sebelum ini saya ada menulis tentang bahaya pencemaran sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai BPA yang terdapat pada botol susu plastik. Kini saya cuba membawa beberapa kerisauan badan-badan bukan kerajaan tentang beberapa bahan-bahan kimia merbahaya lain yang ‘dekat’ dengan bayi kita. Belum banyak kajian saintifik mengenai kesan buruk pencemaran bahan kimia ini jika terdedah pada jangkamasa yang panjang. Malah bahan-bahan kimia ini menyebabkan banyak ‘penyakit-penyakit misteri’, telah dikategorikan sebagai “penyakit yang tidak diketahui sebabnya” atau unknown caused …

Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh …

Read More »
error: Content is protected !!