“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, selepas didiagnosis, saya diberitahu hati saya mengalami masalah ‘hati keras’ (kemungkinan fibrosis atau cirrhosis). Apakah suplemen yang sesuai untuk membantu memulihkan keadaan ini? Terima kasih.”
Waalaikumussalam.
Masalah “hati keras” biasanya merujuk kepada fibrosis hati (parut pada hati) atau cirrhosis yang berlaku akibat keradangan atau kerosakan hati berpanjangan.
PUNCA
Keadaan ini perlu dikenal pasti puncanya terlebih dahulu seperti:
.
1. Jangkitan virus (contoh Hepatitis B atau C)
2. Pengambilan alkohol
3. Pengumpulan lemak berlebihan pada hati (non-alcoholic fatty liver disease) akibat pemakanan
4. Pengambilan ubat atau toksin tertentu
5. Penyakit autoimun hati
RAWATAN
Prinsip rawatan utama:
1. Rawat punca – contohnya ubati hepatitis, hentikan alkohol, kawal gula dan berat badan.
2. Pantau fungsi hati – melalui ujian darah dan imbasan.
3. Elak faktor yang memburukkan – ubat yang toksik kepada hati, makanan tinggi lemak trans, minuman bergula berlebihan.
SUPLEMEN
Suplemen sokongan yang boleh membantu kesihatan hati:
1. TOCOTRIENOL SOFTGEL (vitamin E) – antioksidan yang membantu lindungi sel hati.
2. CUCURMIN – antioksida kurangkan keradangan hati.
3. OMEGA-3 (minyak ikan) – bantu kawal lemak dalam darah dan hati.
4. N-ACETYLCYSTEINE (NAC) – sokong detoks hati dan penghasilan glutathione.
5. OLIVE OIL EXTRA VIRGIN (OLIVIE 30 PLUS)– lemak sihat untuk anti-inflamasi.
PENTING
Suplemen adalah sokongan, bukan pengganti rawatan doktor.
Perlu pemeriksaan berkala kerana fibrosis atau cirrhosis tidak pulih sepenuhnya, tetapi boleh dikawal daripada menjadi lebih teruk.
Semoga bermanfaat.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness
Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30x di :

Boleh dapatkan TOCOTRIENOL SOFTGEL OLIVE HOUSE di :

Boleh dapatkan MINYAK IKAN NV di :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
