Artikel Terkini

Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

“Assalamualaikum. Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih. Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya. Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.” Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?

Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk. Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pills – OCP) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan saiz pada payudara, peha dan punggung mereka. Ramai wanita yang mengamalkan OCP kerana masalah kesihatan mereka bertanyakan perkara yang sama kepada saya. Jika berat mereka bertambah tentu tidak baik untuk kesihatan dan dikhuatiri bakal berdepan masalah perubatan yang lain pula. Kesan ini tidak dirasakan oleh …

Read More »
error: Content is protected !!