“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.
Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara:
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut.
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan.
3. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman.
Semoga bermanfaat.
[IKLAN]
Jika berminat membeli KETO KOKO OLEVAGREEN (DARK CHOCOLATE ATAU COKLAT GELAP), boleh klik link di bawah :
Ingin mencari pemanis yang natural dan original tanpa menaikkan gula dalam darah (zero kalori), boleh ambil OLEVASTEVIA. Boleh dapatkan di link :
https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/oleva-stevia-12ml