Koleksi Artikel

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI

MAKANAN YANG MENINGKATKAN DAYA TAHAN DIRI     Dalam kita mengalami wabak jangkitan virus, terutama virus corona COVID-19, banyak langkah pencegahan yang disarankan. Antaranya penjarakan fizikal, memakai penutup hidung dan mulut, mencuci tangan dengan sabun dan menggunakan cecair pembersih (sanitizer) jika tiada sumber air yang berdekatan. Namun kaedah ini dinamakan pencegahan luaran. Selain itu, saya mencadangkan aspek pencegahan dalaman iaitu meningkatkan sistem daya tahan (imuniti tubuh).    Banyak cara kita meningkatkan sistem daya tahan tubuh. Selalunya saya rangkumkan dalam konsep gaya hidup yang saya sebutkan sebagai Gaya Hidup A’Afiyat. Ia merangkumi soal pemakanan (diet), pengambilan air yang mencukupi, tidur yang …

Read More »

BAHAYA MAKAN NASI?

BAHAYA MAKAN NASI?     Ramai orang keliru tentang nasi yang menjadi makanan ruji orang Asia Tenggara. . 1. Nasi tidak bahaya kerana ia adalah makanan sumber karbohidrat yang memberikan tenaga. . 2. Jumlah yang diperlukan bergantung pada keperluan kita. Jika kita bekerja menggunakan banyak tenaga, ambillah nasi secukupnya. Jika kita bekerja di ofis, hadkan pengambilan nasi dan banyakkan sayur, buah dan ulam. . 3. Ada yang kata, kalau tak makan nasi, kita tak bertenaga. Rasa letih. Jangan risau. Selain dari nasi, karbohidrat (sumber tenaga yang cepat) juga didapati dari sayur, buah, protein sihat dan lemak sihat yang kita makan. …

Read More »

BAHAYAKAH POLIP?

Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser.   Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar.   Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa.   Kebanyakan polip …

Read More »

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB

MASALAH YANG MUNGKIN BERLAKU KETIKA MENGURUSKAN PEMAKANAN MELALUI TIUB Bagi ibubapa yang mengalami stroke yang besar, mereka tidak mampu menguruskan diri sendiri. Malah mereka mungkin tidak mampu menelan. Mereka memerlukan bantuan tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mendapat bekalan makanan. Makanan yang dicadangkan adalah susu khas yang penuh dengan nutrien. Antara masalah yang sering timbul adalah: 1. Tiub makanan tersumbat. Ini disebabkan tiub makanan tidak dibersihkan. Cara membersihkan tiub ini adalah dengan mengalirkan 20-30 ml air kosong sebelum dan selepas pemberian susu atau ubat. Hancurkan ubat sehingga lumat dan cairkan dalam air sebelum diberi melalui tiub. Ubat …

Read More »

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini. Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang. Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak. Penggunaan teknik tambah semasa …

Read More »

TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR

TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR     “Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali” tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House.   Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi.   Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya.   “Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?” …

Read More »

MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI

MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI Ada rakan doktor yang bertanya saya, kenapa saya mengambil minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Padahal mengambil minyak dalam makanan adalah sesuatu yang kontroversial dalam ilmu perubatan moden. Rakan saya seorang doktor berusia 50an. Mempunyai penyakit diabetes dan kolestrol yang tinggi. Satu saluran darah koronari pada jantung telah tersumbat. “Kau fikir bagaimana?” tanya saya semula. Biasalah rakan baik, kami ber-kau dan aku saja. “Entahlah. Sungguh pun kita ni doktor tapi kita juga diuji dengan penyakit. Sudah lama makan ubat tapi belum mencapai tahap kesihatan yang bagus” jawab beliau. “Jadi kau nak tahu …

Read More »

SETIAP PENYAKIT ADA UBAT DAN PENAWARNYA

Selama ini kita lupa bahawa setiap manusia akan diuji. Ujian diberikan bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk mengingatkan kita dan memberikan pahala untuk kita (di samping meningkatkan derajat kerohanian kita). Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah SWT tidak akan terlepas daripada terkena ujian. Antara ujian yang diberikan adalah ujian dengan datangnya penyakit. Dengan datang penyakit, kita akan berasa sakit dan akhirnya kita menemui kematian. Allah SWT mengingatkan kita dalam surah al Mulk ayat ke 2. الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلً Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu …

Read More »

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN       Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah.   Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut?   Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg …

Read More »

BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN

BERSEDEKAH SEBAGAI USAHA PENGUBATAN     Dalam masyarakat kita,terdapat ramai yang memelukan bantuan kewangan. Selain daripada membayar zakat yang wajib bagi kita, Nabi SAW juga menggalakkan kita banyak bersedekah.  Ikhtiar untuk mendapatkan kesembuhan dari penyakit juga dengan cara perbanyakkan sedekah.   Nabi SAW bersabda: “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (HR. Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi, dihasankan oleh Syaikh Al-AlBani dalam Shahihul Jami’).   Ketika mengulas hadis ini, Syaikh Abdullah Al-Jibrin rahimahullah berkata, “Maknanya bahwa sedekah adalah cara pengubatan yang bermanfaat dan berguna untuk menyembuhkan orang yang sakit serta meringankan rasa sakit (yang dialami), hal …

Read More »

KADAR METABOLISME RENDAH MENYEBABKAN KITA SUKAR KURUS DAN TIDAK SIHAT

Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5kg atau 10kg dari berat asal. Apa sebenarnya yang terjadi? Saya menjawab “Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.” Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi …

Read More »

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak …

Read More »

RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI

Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu. Sakit ada hilang dan kemudian datang balik. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. …

Read More »

BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?

          BENARKAH BAYI YANG DILAHIRKAN SECARA CAESAREAN LEBIH MUDAH MENDAPAT ASMA?       Banyak pendapat pakar perubatan sekarang yang bersetuju bahawa bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean mempunyai perbezaan berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal.     Walaupun isu ni masih lagi dalam perbahasan, tetapi banyak kutipan data yang menunjukkan bayi yang dilahirkan secara normal tidak mudah mendapat asma dan jangkitan usus berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara pembedahan Cesarean.     Antara kajian itu adalah kajian yang dilakukan oleh sekumpulan saintis di Wellcome Sanger Insitute, University of Birmingham.     Mereka mengatakan bahawa …

Read More »

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

    Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit.     Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam.     Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik.     Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita …

Read More »

Jangan Pandang Remeh Rasa Pening, Kebas dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

JANGAN PANDANG REMEH RASA PENING, KEBAS DAN TIDAK MAMPU MENGIMBANGKAN BADAN 4 MEI 2019   Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis (MS)?   Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf. Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat, tetapi deria rasa pegangan tangannya sangat lemah.   Bila memegang barang dia akan terlepas sebab dia tidak merasa apa yang dia pegang. Tetapi apabila disuruh menggenggam, beliau dapat menggenggam dengan kuat.   MS adalah masalah autoimmune yang kronik yang menyebabkan keradangan pada sistem saraf utama (otak). Sistem pertahanan tubuh menyerang tubuh terutama pada sarung saraf (myelin sheath) menyebabkan keradangan …

Read More »

KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL

“Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih”       WALAIKUMUSALAM     Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan intim yang berbeza.     Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu.     …

Read More »

SETIAP PESAKIT ADA HAK TAHU NAMA GENERIK UBAT

Setiap pesakit ada hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diberikan.  Nama generik ubat adalah nama sebatian kimia (atau bahan aktif) yang ada ubat tersebut. Sebagai contoh, ‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama jenama mungkin berbeza-beza berbanding bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar. Parecetamol mungkin dijual sebagai “Umol”. Jadi bertanyalah kepada farmasi atau doktor yang memberikan ubat tersebut akan nama generik ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat.

Read More »

PERATURAN PENGAMBILAN UBAT

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan farmasi haruslah diambil dengan cara yang betul. Hal ini mungkin mudah jika ubat yang diberikan hanya satu atau dua jenis. Tetapi ia mungkin mengelirukan jika ubat yang diberikan melebihi tiga jenis. Jadi perlu betul-betul faham cara pengambilan ubat selebum meninggalkan klinik atau farmasi. Dengar arahan yang diberikan dan fahamkan arahan yang ditulis pada sampul plastik ubat. Ini memastikan ubat-ubat itu memberikan kesan yang terbaik dan mengelakkan dari menerima kesan sampingan akibat berlebihan dos. Selalunya ubat dimabil mengikut arahan di bawah: 1. DENGAN PERUT KOSONG(SEBELUM MAKAN) Bermakna makan dengan perut kosong bagi mengelakkan interaksi antara …

Read More »

PERNAFASAN BERBAU BUSUK

    “Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas die berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor”     Walaikumusalam.     Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur.       Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di …

Read More »

NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK

  Nephrotic Syndrome adalah satu keadaan di mana ginjal pesakit membenarkan tubuh kehilangan protein melalui air kencing. Ini akan menyebabkan tahap protein dalam darah menjadi rendah, seterusnya menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, dan pergelangan kaki.     Punca penyakit ini tidak diketahui dengan jelas, berkemungkinan akibat tindakbalas autoimmune.     Rawatan yang diberikan oleh pakar nefrologi ialah prednisolone. Penggunaan ubat ini harus dipantau kerana ia memberikan beberapa kesan sampingan.     Antaranya:   1, Peningkatan selera makan.   2. Pengumpulan lemak di bahagian perut dan muka (menjadi bulat).   Kesan sampingan jangka panjang pula seperti:   1. selaput pada kanta mata …

Read More »

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK

Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.     Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang.     Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus.     Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahi individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.     Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. …

Read More »

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?             Salam doc. Saya mahu bertanya. Multivitamin di farmasi halalkah untuk di konsumsi bagi muslim? Terima kasih.     Walaikumusalam.     Oleh kerana kebanyakan vitamin adalah berbentuk kapsul, ia menjadi sesuatu yang meragukan kerana kapsul dibuat dari gelatin yang bersumberkan dari tulang haiwan.       Persoalannya adalah haiwan itu adalah haiwan yang halal dimakan? Kedua adalah haiwan itu disembelih dengan betul?       Saya mencadangkanlihat pada botol dan cari tanda HALAL yang diiktiraf.       Jika buatan luar negeri, ada beberapa badan berautoriti yang mengawal tanda …

Read More »

6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI

Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak. Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai minyak urut. Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur,  memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka. VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang. Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi …

Read More »

bayi kuat menangis akibat makhluk halus

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?               Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.       Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?       Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.     Mungkin benar ada gangguan seperti …

Read More »

bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala

BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA     Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM     Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.     Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan …

Read More »

PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR 

  Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia.         Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.       Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.       Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa …

Read More »

panduan memberikan susu formula pada bayi

PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI     Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan  segera memberikan susu formula.   Saya mencadangkan :   1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.   2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.   3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh …

Read More »

buah naga untuk bayi

BUAH NAGA UNTUK BAYI     “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.     Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.     Buah naga dapat boleh diberikan pada …

Read More »

cara menghilang bau faraj secara natural

CARA MENGHILANG BAU FARAJ SECARA NATURAL GAMBAR HIASAN Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita muda ialah masalah bau yang dikeluarkan dari faraj. Ini akan membuatkan seorang wanita itu akan rasa rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan. Bau yang dikeluarkan dari faraj biasa tidak dapat dielakkan walaupun ia telah dicuci dengan sama ada dengan air bersih atau dengan pembersih (sabun) khas. Ini kerana faraj yang dibersihkan akan mengeluarkan lendiran yang akan menghasilkan bau semula setelah beberapa jam dibersihkan. Bau yang dikeluarkan sebenarnya adalah kombinasi dari lendiran dari dalam vagina, lendiran dari kelenjar peluh apocrine dan accrine, dan …

Read More »

anak masuk wad hospital akibat jangkitan paru-paru

Assalamualaikum doktor. Saya nak bertanya doktor tentang ubat montelukast. Anak saya dalam tahun ini dah dua kali dimasukkan wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Adakah montelukast dapat menguatkan paru2 untuk mencegah dari terkena jangkitan lagi? Terima kasih, doktor.     WALAIKUMUSALAM     Montelukast adalah ubat sintetik dalam kelas “leukotriene receptor antagonists” (LTRAs) yang bertindak dengan menghalang berlakunya serangan asthma atau masalah selsema (allergic rhinitis).     Jadi montelukast selalu digunakan untuk mencegah masalah yang berkaitan dengan paru-paru seperti pernafasan berbunyi (wheezing), sukar bernafas atau batuk akibat serangan asthma.     Ini kerana montelukast digunakan untuk tujuan menghalang pengecutan otot …

Read More »

bagaimana cara mengurangkan gula dalam darah

BAGAIMANA CARA MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya nak bertanya dan sekali gus mohon doktor bagi tips sekali. Suami saya umur 34tahun, dia penghidap diabetes type 2. Sebelum ini berat badan suami 68kg tetapi bulan september 2018,berat badannya menurun. Beliau kerap sgt kencing walaupun selera makan tetap ada. Bacaan gula rekod tertinggi 28.2. Lepas itu saya bawa ke klinik, dan doktor klinik tu bagi ubat kencing manis (inventia/ PROGLUTROL G2-500mg). Lepas itu dalam masa yg sama saya berikan suami makan peria katak (dijadikan sbg ulam) dan kekadang saya kisar peria itu dan airnya diminum suami. Selepas tu bacaan …

Read More »

Kita Tidak Mati Bila Kita Rasa Lapar

KITA TIDAK MATI BILA KITA LAPAR 16 OCT 2018     Berlapar bermakna kita tidak makan atau minum minuman yang berkalori sehingga menyebabkan tubuh kita mengalami penurunan gula. Penurunan gula ini (walaupun dalam tahap yang normal), akan memberikan isyarat pada otak agar segera mencari makanan atau minuman untuk meningkatkan gula.   Ia berlaku apabila tidak tidak makan/minum selama 6 jam. Jika kita rasa lapar kurang dari enam jam, berkemungkinan kita sebenarnya tidak lapar. Ia bukanlah ‘lapar sebenarnya’. Saya mengistilahkan sebagai ‘pseudo-hungry sensation’   Rasa lapar dan isyarat yang dikeluarkan oleh otak hanya ‘peringatan ringan’. Ia bukanlah tanda berbahaya. Jika kita …

Read More »

ANAK MENYUSU IBU TETAPI SEMBELIT

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada pertanyaan. Anak saya sepenuhnya breast feeding. Masa baru lahir buang air besar normal, tetapi beberapa minggu kemudian, beliau tidak buang air besar selama 16 hari ketika usia 37 hari. Namun tidak ada tanda-tanda yang membimbangkan. Dia kentut seperti biasa. Tidur lena. Perut tidak keras, buang kencing pun ok. Saya terpaksa bawa beliau ke   hospital kerana bimbang dan doktor berikan ubat cecair. Selepas itu baru dia buang air besar. Tetapi lepas itu dia kembali tidak buang air besar kini sudah masuk 6 hari. Apa perlu saya lakukan? Adakah normal baby fully breastfeeding begini? Adakah saya masih …

Read More »

KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN

KESAN TERUNG PADA KEHAMILAN Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin tanya apakah kesan sampingn pengambilan sayur terung untuk ibu yang hamil. Saya ada terbaca dalam internet bahawa pengambilan terus yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran. Betulkah doctor? Mohon penjelasan, terima kasih. Walaikumusalam. Terung adalah makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat bermanfaat untuk wanita yang hamil. Pertama, terung adalah sumber folates yang sangat penting diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan folate menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Ia juga menggalakkan pembentukan sel darah merah. Kedua, terung adalah seumber vitamin C, niacin, B complex, vitamin A, dan vitamin E. …

Read More »

TIPS MEMBERIKAN ANAK UBAT

Banyak tips yang ingin saya kongsikan untuk memudahkan para ibubapa memberikan ubat pada anak-anak mereka. Ada kalanya ibubapa terpaksa “berperang” dengan anak mereka. Antara tips yang hendak saya kongsikan ialah: Jangan memaksa anak. Jika dipaksa dalam keadaan anak tidak bersedia, ia menyebabkan anak akan meronta, memuntahkan semula atau berlari sekelilig rumah. Pujuk, beritahu kenapa mereka harus mengambil ubat tertentu dan berikan dengan penuh kasih sayang. Berikan ubat yang perlu saja. Sebagai contoh jika anak agak sukar mengambil ubat, cuba minta nasihat doktor agar memberikan dua kesan sekali gus. Contoh ubat demam yang dapat mengurangkan rasa sakit. Ubat batuk yang dapat …

Read More »
error: Content is protected !!