drzubaidi

AIR KETUBAN BANYAK

“Assalamualaikum Dr. Saya sedang hamil 30 minggu. Baru-baru ini doktor memberitahu yang air ketuban saya banyak. Saya sangat terkejut. Apakah kesan sampingan kepada bayi dan ibu sekiranya air ketuban banyak dan adakah cara lain untuk mengurangkan air ketuban ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Puan jangan terlalu risau dan banyakkan berdoa. Kandungan air ketuban dalam rahem sukar diketahui dengan tepat walaupun dengan melakukan pemeriksaan ultrasound. Pengiraan kasar ini mungkin tidak tepat. Puan kena faham bahawa jumlah air ketuban maksimum pada usia kehamilan kira-kira 32 minggu. Oleh itu, air ketuban puan nampak banyak, padahal ia adalah normal. Ada …

Read More »

KANSER PAYUDARA DAN VITAMIN E

Kanser payudara adalah masalah kesihatan yang besar di Amerika, dianggarkan melibatkan satu pertiga dari jumlah kematian wanita yang berkaitan dengan kanser. Antara langkah yang dicadangkan untuk mengelak kanser payudara adalah melalui mengubah cara pemakanan (dietary modification) yang banyak dibuktikan melalui kajian klinikal dan epidemiologi. Pengambilan vitamin E juga dicadangkan bagi merendahkan risiko mendapat kanser payudara. Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menunjukkan vitamin E merendahkan kebarangkalian mendapat kanser pada tisu mammary (payudara) haiwan tersebut. Oleh kerana dalam kajian lain, kesan pengambilan vitamin E terhadap kanser payudara tidak memberikan keputusan yang tetap, maka fokus penyelidikan sepatutnya difokuskan kepada interaksi vitamin …

Read More »

BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?

    BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?   Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes. Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat. Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes. …

Read More »

MINUM SUSU BOLEH MEREDAKAN GASTRITIS

MINUM SUSU BOLEH MEREDAKAN GASTRITIS     Masalah pedih ulu hati (gastritis) sangat merunsing pesakit yang mengalaminya. Ia adalah keradangan pada lapisan dalam perut dan menandakan pesakit mengalami masalah penghadaman yang memerlukan pemeriksaan doctor. Ini kerana jika masalah ini berulang dan berpanjangan, berkemungkinan ia adalah masalah yang lebih serius seperti luka dalam perut (gastric ulcer) atau mungkin kanser perut (gastric cancer).   Ada pesakit mengalami masalah reflux iaitu asid dalam perut naik ke kerongkong sehingga menyebabkan dada dan kerongkong rasa terbakar. Pesakit mengalami batuk dan menyangka adalah masalah batuk biasa yang disebabkan oleh keradangang tekak. Ubat batuk tidak berkesan. (Nama …

Read More »

SUAMI PERLU BANTU ISTERI KETIKA RASA SAKIT MELAHIRKAN ANAK

    Sebagai suami, kita tidak akan faham penderitaan isteri yang melahirkan anak kita. Tidak kira lahir secara normal atau pembedahan caesarean. Kedua-duanya sama sakit.     Kita orang lelaki bila rasa sakit perut, sudah tak tahan dan mengamuk. Ada yang menjerit-jerit macam dicucuk pisau. Apatah lagi sakit melahirkan anak. Suatu yang tidak boleh dibayangkan. Sedang isteri kita mengalami rasa sakit antara 3-12 jam.     Saya belum pernah dengar seorang ibu yang sedang menjalani proses melahirkan anak, bermaki hamun menahan kesakitan. Mereka bersabar, mengucapkan zikir dan bercakap yang baik-baik.     Jadi kita patut berterima kasih kepada isteri kita …

Read More »

LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

Diabetes adalah penyakit kronik, iaitu ia bersifat progresif. Ini bermakna pesakit boleh menjadi lebih teruk dan menjadi lebih baik. Terdapat beberapa jenis komplikasi yang boleh menyebabkan pesakit diabetes menjadi teruk, antaranya serangan penyakit jantung, serangan stroke, masalah kerosakan mata, masalah luka yang lambat baik sehingga menyebabkan kaki membusuk dan terpaksa dipotong, masalah fungsi ginjal dan kerosakan saraf. Oleh itu bagi mengelakkan komplikasi dan mendapat bacaan gula yang baik, perlu perhatikan lima perkara. 1. Memiliki pengetahuan asas tentang penyakit diabetes. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah tanda-tanda tahap gula terlalu berlebihan dan tahap gula yang rendah dalam tubuh. Cara melakukan pemeriksaan …

Read More »

Jangan Pandang Remeh Rasa Pening, Kebas dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan

JANGAN PANDANG REMEH RASA PENING, KEBAS DAN TIDAK MAMPU MENGIMBANGKAN BADAN 4 MEI 2019   Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis (MS)?   Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf. Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat, tetapi deria rasa pegangan tangannya sangat lemah.   Bila memegang barang dia akan terlepas sebab dia tidak merasa apa yang dia pegang. Tetapi apabila disuruh menggenggam, beliau dapat menggenggam dengan kuat.   MS adalah masalah autoimmune yang kronik yang menyebabkan keradangan pada sistem saraf utama (otak). Sistem pertahanan tubuh menyerang tubuh terutama pada sarung saraf (myelin sheath) menyebabkan keradangan …

Read More »

Jangan gabungkan minum air bersoda dengan makanan segera

JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA. 3 MEI 2019   Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda.     Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya.     Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang.  Ini kerana kandungan gula dan kalori …

Read More »

RASA PEDIH PERUT SEMASA BERPUASA

  Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah. Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut. Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati. Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, namun ia …

Read More »

BAGAIMANA MENGURANGKAN RASA BERDEBAR-DEBAR?

“Salam doktor, boleh saya tahu bagaimana mengurangkan rasa berdebar-debar?.Terima kasih” Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound  dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan. Duduk atau di bilik yang tenang dan …

Read More »

NUTRIEN UNTUK OTAK

23 FEB 2019     Selalu kita bercakap tentang jantung sebagai organ utama tubuh. Namun otak juga sama penting seperti organ-organ lain. Ia memerlukan nutrisi yang banyak untuk berfungsi dengan secara maksima. Jika otak kita mengalami masalah, ia akan menjejaskan keseluruhan fungsi tubuh kerana fungsi organ yang lain dikawal oleh otak.     Otak kita memerlukan nutrisi dari makanan yang akan membuatkan otak ini menjadi semakin sihat. Ini adalah sebahagian dari nutrien yang diperlukan oleh otak.   1. Ikan laut berlemak Ikan laut seperti salmon, sardin, markerel dan sejenisnya mempunyai kandungan lemak sihat Omega-3 yang cukup tinggi. Ia membantu membangunkan …

Read More »

AWET MUDA DARI PEMAKANAN YANG RINGKAS

  3 FEB 2019 Ramai yang keliru apabila dikatakan mengamalkan awet muda atau selalu kita sebut sebagai “anti-aging”. Adakah bermaksud kita akan kekal muda dan tidak menjadi tua? Apakah dengan mengamalkan beberapa petua awet muda, tarikh kematian kita ditangguhkan? Jawabannya tidak.   Sebenarnya awet muda (anti-aging) lebih bermakna kita “tidak tua sebelum masanya”. Maksudnya kita tubuh kita menjadi tua selari dengan usia kita. Sebab itu saintis di barat memperkenalkan “biological age” yang menunjukkan “umur sebenar tubuh kita” berdasarkan beberapa kriteria termasuk kesihatan dan kecergasan.   Masih keliru? Pernah tak kita mendengar seorang muda yang tidak mampu menanding seorang tua dalam …

Read More »

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   …

Read More »

ORANG KITA MUDAH LUPA

    Masalah ingatan (memory problems) di kalangan orang dewasa semakin menjadi perkara yang biasa berlaku di Malaysia. Masalah ini menyebabkan kita (sebagai orang dewasa) mengalami kesukaran untuk belajar, bekerja, berhubung dan kadang kala mengganggu rutin kita seharian.   Seorang pekerja pernah mengadu kepada saya yang beliau tidak dapat pergi kerja kerana beliau tidak jumpa kunci kereta yang tersorok di celah sofa. Pada hal petang semalam, beliau yang mencampakkannya di situ. Kunci itu hanya dapat dijumpai setelah pukul 2 petang.     Masalah ingatan ini selalunya mula berlaku apabila kita semakin berumur, selalunya bermula pada usia 65 tahun ke atas. Mereka mungkin …

Read More »

RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM

RAWATAN OVARIAN CYST BERUKURAN 8 CM     “Assalamualaikum wbt, Dr Zubaidi, saya penghidap ovarian cyst, dan cyst saya sudah bersaiz 8cm. Adakah cara lain untuk kecutkan cyst selain operation?”   WALAIKUMUSALAM   Cyst adalah sejenis ketumbuhan. Ia  bukan kanser dan tidak akan merebak secara merbahaya. Secara lazimnya, ketumbuhan ini membesar secara perlahan lahan. Dalam bahasa yabg nydah, cyst adalah kelompong nipis yang mengandungi air dan boleh berada di mana-mana dalam organ tubuh. Jika ia berada dalam ovari, ia dipanggil ovarian cyst.   Kelompong ini pada asalnya adalah normal bagi wanita kerana mengandungi telur wanita/ovum. Namun, apabila matang, kelompong ini …

Read More »

KEKERAPAN HUBUNGAN INTIM YANG NORMAL

“Assalamualaikum, doktor. Saya ingin bertanya. Rasa malu kerana soalan ini agak sensitif. Saya berusia 32 tahun sudah berkahwin 5 tahun dan mempunyai seorang anak. Pertanyaan saya adakah normal bagi saya hanya mampu melakukan hubungan seksual dengan isteri sekali seminggu? Berat badan saya normal dan saya tiada masalah kesihatan. Terima kasih”       WALAIKUMUSALAM     Setiap pasangan yang berkahwin dan bahagia mempunyai kadar bilangan hubungan intim yang berbeza.     Secara amnya, bagi pasangan muda (berusia 35 tahun ke bawah) yang baru berkahwin 5 tahun ke bawah, kadar hubungan intim yang biasa dilakukan adalah dua kali seminggu.     …

Read More »

SELAMATKAH MENDAKI BUKIT BAGI WANITA HAMIL?

    “Assalamu’alaikum Dr. Saya ingin sedikit. Isteri saya sedang hamil dan telah memasuki bulan keempat. Akhir bulan ini akan masuk bulan ke lima. Isteri saya berhajat sangat untuk mendaki Gunung Thur Sina sebab sudah banyak kali mahu pergi tetapi tidak dapat melakukannya kerana hamil. Apakah persediaan untuk isteri saya agar dapat bersedia sebelum mendaki. Apa nasihat doktor buat Isteri saya.? Terima kasih”   WAALAIKUMUSALAM. Mendaki bukit boleh menjadikan tubuh kita menjadi semakin sIhat. Ia juga dapat menurunkan tahap tekanan emosi yang kita hadapi setiap hari. Namun begitu, tidak semua wanita yang hamil, boleh mendaki bukit. WAnita yang sihat dan …

Read More »

BIJI APRIKOT UNTUK PESAKIT KANSER LIMFOMA?

  “Assalamualaikum doktr, maaf ganggu, saya nak tanya betul ke appricot seed dapat mengurangkan kanser limfoma? Kawan baik saya ada kanser limfoma tahap 2. Ada tak rawatan alternatif selain dari kimo? Dia sudah buat kimo 2x. Adakah suplemen yang boleh kurangkan sel kanser. Saya harap sangat doktor boleh reply. Terima kasih sgt2.”   WALAIKUMUSALAM   Kanser Limfoma adalah sejenis kanser berkaitan dengan sejenis sel darah, iaitu sel limfosit, yang terlibat dengan sistem imunisasi manusia. Jadi pesakit akan mengalami gangguan daya tahan dan kemudaratan akibat sifat kanser yang agresif dan merosakan dilakukan oleh sel-sel kanser ini.     Sebelum itu elok …

Read More »

APA MAKNA UHT PADA KOTAK SUSU?

Jika kita melihat kotak susu, hampir kesemua susu yang dijual di pasaraya mempunyai tulisan ​“UHT”. ​ UHT merupakan singkatan dari ​Ultra-High ​T​emperature ​Processing (UHT)​ iaitu proses basmi kuman menggunakan suhu yg tinggi dalam waktu yang singkat. Ini kerana apabila susu diperah (walaupun dalam tahap basmi kuman yg maksima), masih terdapat sebilangan kuman yg ada dalam susu. Ini menyebabkan susu tidak tahan lama apabila tidak disejukkan. Jadi ia akan segera rosak. Jadi dengan menggunakan teknik UHT yang hanya memerlukan masa 3 saat, dan dipanaskan hingga 135 darjah, hampir semua kuman yang masih ada di dalam susu UHT dapat dibunuh. Walau bagaimanapun …

Read More »

SETIAP PESAKIT ADA HAK TAHU NAMA GENERIK UBAT

Setiap pesakit ada hak untuk mengetahui nama generik ubat yang diberikan.  Nama generik ubat adalah nama sebatian kimia (atau bahan aktif) yang ada ubat tersebut. Sebagai contoh, ‘Paracetamol’ adalah nama generik ubat, nama jenama mungkin berbeza-beza berbanding bergantung kepada nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar. Parecetamol mungkin dijual sebagai “Umol”. Jadi bertanyalah kepada farmasi atau doktor yang memberikan ubat tersebut akan nama generik ubat yang diberikan. Semoga bermanfaat.

Read More »

PERATURAN PENGAMBILAN UBAT

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan farmasi haruslah diambil dengan cara yang betul. Hal ini mungkin mudah jika ubat yang diberikan hanya satu atau dua jenis. Tetapi ia mungkin mengelirukan jika ubat yang diberikan melebihi tiga jenis. Jadi perlu betul-betul faham cara pengambilan ubat selebum meninggalkan klinik atau farmasi. Dengar arahan yang diberikan dan fahamkan arahan yang ditulis pada sampul plastik ubat. Ini memastikan ubat-ubat itu memberikan kesan yang terbaik dan mengelakkan dari menerima kesan sampingan akibat berlebihan dos. Selalunya ubat dimabil mengikut arahan di bawah: 1. DENGAN PERUT KOSONG(SEBELUM MAKAN) Bermakna makan dengan perut kosong bagi mengelakkan interaksi antara …

Read More »

KENALI PASTI PUNCA CEPAT TEWAS DI RANJANG

   Maaf saya berterus-terang. Masalah taboo yang semakin meningkat di kalangan para suami muda.       Hubungan kelamin adalah kunci utama bagi perhubungan suami isteri. Ini kerana di situ bermulanya suatu kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain. Selain dari kepuasan, ia juga melambang kesatuan jiwa dan tubuh.       Semakin menjadi tren biasa di kalangan suami muda berusia 20-30an yang mengalami suatu masalah besar yang menjejaskan hubungan kelamin. Mereka boleh bertahan lama di kala beronani dan berfantasi, tetapi terlalu awal tewas di kala ‘berjuang’ di medan yang sebenar bersama si isteri.       Kenapa ini berlaku? …

Read More »

PERNAFASAN BERBAU BUSUK

    “Assalamualaikum Dr, saya ada anak berumur 4 tahun, nafas die berbau. Dia tiada masalah gigi. Gigi anak saya cantik dan dia gemar menggosok gigi. Saya perasaan nafas die berbau sudah lama. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Macam mana cara untuk atasi doktor? Nanti bila sudah bersekolah mesti dia malu dgn kawan-kawannya. Terima kasih doktor”     Walaikumusalam.     Pernafasan berbau busuk boleh berpunca dari mulut atau pernafasan seseorang. Selalunya ia disebabkan aktiviti pembiakan bakteria dalam mulut dan hidung yang menghasilkan komponen asid dan sulfur.       Kebanyakan bakteria ini bersifat hiduptanpa oksigen dan hidup di …

Read More »

NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK

  Nephrotic Syndrome adalah satu keadaan di mana ginjal pesakit membenarkan tubuh kehilangan protein melalui air kencing. Ini akan menyebabkan tahap protein dalam darah menjadi rendah, seterusnya menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, dan pergelangan kaki.     Punca penyakit ini tidak diketahui dengan jelas, berkemungkinan akibat tindakbalas autoimmune.     Rawatan yang diberikan oleh pakar nefrologi ialah prednisolone. Penggunaan ubat ini harus dipantau kerana ia memberikan beberapa kesan sampingan.     Antaranya:   1, Peningkatan selera makan.   2. Pengumpulan lemak di bahagian perut dan muka (menjadi bulat).   Kesan sampingan jangka panjang pula seperti:   1. selaput pada kanta mata …

Read More »

TIPS PEMAKANAN KETIKA BERCUTI UNTUK ANAK-ANAK

Cuti sekolah sampai ke penghujungnya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah dengan membawa anak bercuti. Tidak hairanlah lebuhraya semakin banyak kendaraan terutama di hujung minggu.     Dalam pada masa yang sama cuaca pula tidak menentu. Panas di awal pagi kemudian hujan di sebelah petang.     Anak-anak akan menjadi cepat keletihan, daya tahan mereka semakin rendah dan akhirnya mudah mendapat jangkitan virus.     Terutama apabila bercampur dengan orang ramai di pusat tarikan pelancong. Kita tidak tahi individu yang pembawa virus walaupun mereka kelihatan sihat.     Sebagai ibubapa kita perlu perihatin kepada pemakanan anak-anak kita. …

Read More »

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?

HALALKAN MULTIVITAMIN YANG KITA MAKAN?             Salam doc. Saya mahu bertanya. Multivitamin di farmasi halalkah untuk di konsumsi bagi muslim? Terima kasih.     Walaikumusalam.     Oleh kerana kebanyakan vitamin adalah berbentuk kapsul, ia menjadi sesuatu yang meragukan kerana kapsul dibuat dari gelatin yang bersumberkan dari tulang haiwan.       Persoalannya adalah haiwan itu adalah haiwan yang halal dimakan? Kedua adalah haiwan itu disembelih dengan betul?       Saya mencadangkanlihat pada botol dan cari tanda HALAL yang diiktiraf.       Jika buatan luar negeri, ada beberapa badan berautoriti yang mengawal tanda …

Read More »

MAKANAN UNTUK PESAKIT GASTRIK

MAKANAN UNTUK PESAKIT GASTRIK  Bagi pesakit gastrik, selain mengambil ubat yang diberikan, saya mencadangkan beberapa makanan yang sesuai untuk mereka agar mudah sembuh. 1.KARBOHIDRAT   Karbohidrat membekalkan tenaga segera, tetapi pilihlah karbohidrat kompleks dalam bentuk sayur-sayuran dan bijiran seperti beras rebus dan beras perang. Makanan berkarhidrat ringkas seperti beras putih dan tepung putih menyebabkan keadaan bertembah teruk.   RUJUK: Mi-Kyeong Choi,Myung-Hwa Kang, and Mi-Hyun Kim. Dietary Intake Assessment and Biochemical Characteristics of Blood and Urine in Patients with Chronic Gastritis. Nutr Res. 2015 Apr; 4(2): 90–96.     2. PROTEIN   Protein terbaik adalah dari sumber tumbuh-tumbuhan. Ini kerana tumbuh-tumbuhan …

Read More »

KENCING BERDARAH

KENCING BERDARAH     “Assalammualaikum doc..sy nk buat pertanyaan mengenai penyakit ibu saya. Ibu saya semenjak hari selasa lepas dia mengalami kencing berdarah. Maksudnya apabila dia kencing ada darah seperti ketulan darah period keluar berserta dgn sakit. Bukan kencing berwarna seperti air cola yg bercampur darah. Boleh doc bagi tahu kenapa ini boleh berlaku dan ia penyakit ape? Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     1. Terdapat dua jenis kencing berdarah, iaitu pesakit berasa sakit semasa membuang air kecil dan tidak berasa apa-apa.       2. Rasa sakit setiap kali membuang air kecil mungkin disebabkan oleh PENYAKIT BARU KARANG. …

Read More »

6 MANFAAT MINYAK KELAPA DARA UNTUK BAYI

Minyak kelapa dara (VCO) sudah dikenali mempunyai pelbagai manfaat kesehatan. Ia bukan hanya bermanfaat utuk orang dewasa saja, tetapi untuk bayi dan kanak-kanak. Saya kongsikan enam manfaat VCO untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai minyak urut. Melakukan urutan pada bayi dan kanak-kanak yang sukar untuk tidur membantu mereka mendapat ketenangan untuk mudah tidur,  memperbaiki kualiti tidur mereka, dan meningkatkan kesihatan mereka. VCO diketahui dapat membuat kulit bayi menjadi lebih lembut dan sihat. Ia memiliki kekuatan regeneratif (memperbaiki kulit) apabila diserap pada jaringan kulit untuk membantu menjaga kulit agar sentiasa tegang. Sapu dan urut dengan lembut pada bahagian belakang dan bahu bayi …

Read More »

bayi kuat menangis akibat makhluk halus

BAYI KUAT MENANGIS DISEBABKAN MAKHLUK HALUS?               Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.       Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?       Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.     Mungkin benar ada gangguan seperti …

Read More »

bahayakah benjolan di kepala anak kerana kerap terhantuk kepala

BAHAYAKAH BENJOLAN DI KEPALA ANAK KERANA KERAP TERHANTUK KEPALA     Salam doktor. Anak saya berusia 2 tahun dan beberapa kali jatuh ke lantai akibat tergelincir. Apa yang saya risau, apakah ia memberikan kesan pada masa akan datang? Sekarang anak saya sihat. Adakah pada masa akan datang kesannya boleh berbahaya? Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM     Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila kepala anak terhantuk ke lantai atau ke dinding, ia menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.     Kesan bengkakan (benjolan) atau koyakan (luka) pada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak bahaya.Dengan …

Read More »

PANDUAN MELAWAT BAYI YANG BARU LAHIR 

  Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka. Bayi ini dimasukkan wad akibat jangkitan virus, terutamanya yang melibatkan saluran pernafasan seperti pneumonia.         Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.       Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.       Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa …

Read More »

panduan memberikan susu formula pada bayi

PANDUAN MEMBERIKAN SUSU FORMULA PADA BAYI     Kebanyakan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka, dan  segera memberikan susu formula.   Saya mencadangkan :   1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan diservis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.   2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.   3. Jangan simpan baki susu formula dalam botol melebih sejam. Jika susu formula tidak diminum oleh …

Read More »

buah markisa bagus untuk pesakit saraf

BUAH MARKISA BAGUS UNTUK PESAKIT SARAF   Buah Markisa atau dikenali sebagai Passion Fruit. Bahasa botaninya ‘Passiflora edulis’. Ia bukan ubat, tetapi bagus diamalkan kerana mengandungi banyak vitamin terutama mereka yang ada masalah penyakit kronik.  Ambil secara bersederhana. Jika berlebihan ia mungkin memudaratkan. Ia sangat kaya dengan vitamin vitamins A (1274 IU 43%) dan vitamin C 30 mg 50%), potassium (348 mg 7%) , dan fiber (10,40 g 27%) dan mempunyai 16 calories dalam setiap biji. Ia boleh dimakan begitu saja, atau sebagai jus atau dijadikan salad dicampur dengan sayur-syuran yang lain. Sangat baik untuk pesakit terutama yang ada mengalami …

Read More »

buah naga untuk bayi

BUAH NAGA UNTUK BAYI     “Assalamualaikum doktor. Saya perlukan pencerahan. Benarkah bayi 8bulan tidak boleh makan buah naga?Terima kasih”     WALAIKUMUSALAM     Sebagai panduan am, bayi yang sudah berusia enam buan ke atas sudah boleh diberikan makanan sampingan. Namun saya mencadangkan agar puan tidak menghentikan pemberian susu ibu. Boleh teruskan sehingga bayi puan berusia 2 tahun.     Makanan yang diberikan haruslah dimulaikan dengan makanan yang lembut, halus dan cair seperti seperti jus buah yang cair atau bubur yang ditambah sayur (sumber serat) dan daging (sumber protein) yang dikisarkan.     Buah naga dapat boleh diberikan pada …

Read More »

Ubat untuk penyakit uluran

UBAT UNTUK PENYAKIT ULURAN   Assalamualaikum..wbt. Dr. Apa kabar? Harap sihat walafiat. Saya ada satu penyakit yang saya hadapi selepas kahwin hampir 8Tahun. Penyakit Uluran atau hernia. Tidak boleh tidur, badan rasa penat, perut kembung, angin susah nak keluar. Apakah permakanan yg sesuai utk ubati penyakit ini Dr?. Terima kasih.     WALAIKUMUSALAM   Penyakit uluran juga dikenali sebagai penyakit angin. Ia adalah istilah perubatan Melayu Lama dan bukanlah istilah perubatan moden. Jadi punca dan rawatan penyakit ini berbeza dari perubatan moden.   Sepanjang pemahaman saya, penyakit ini adalah penyakit di sekitar bahagian ari-ari atau bahagian bawah pusat. Sakitnya umpama …

Read More »
error: Content is protected !!