drzubaidi

belajar berpidato

BELAJAR BERPIDATO Ketika berusia 20an, saya bukanlah orang yang petah berkata-kata dan mahir memilih kata-kata.   Masuk 30an masih belum lagi berjaya berpidato, walaupun amat teruja mendengar pidato Bung Karno atau Sdr Anwar.   Saya masih ingat lagi ketika belajar di UKM, Bangi di Fakulti Sains Hayat. Saya menyertai satu persatuan. Saya teruja dengan pidato senior saya Dato Roslan Ab Hamid di bawah pokok di Hutan Rekreasi, Ayer Keroh. Bukan pidato biasa-biasa. Beliau banyak membaca dan mampu memetik kata-kata.   Saya mahu seperti itu. Sekurang-kurangnya seperti itu. :) Jadi saya harus lakukan sesuatu. Nak cari guru pidato bukan mudah. Senior2 …

Read More »

Nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang

NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG   Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih. Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari. Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah. Jika ia berlaku dalam tempuh pantang …

Read More »

SAKIT KEPALA SELEPAS MAKAN UBAT GASTRIK PANTO

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Doc saya ingin bertanya, saya ada gastrik baru-baru ini. Saya buat scop, doc kata ada radang. Doc bagi ubat panto saya tapi tidak boleh makan kerana saya alami pening yg amat teruk. Ada kah ubat lain yang sesuai. Saya juga mempunyai penyakit hyperthyroidism dan makan ubat proponolol dengan carbimazol. Saya buntu doc sebab saya tak tahan dengan tindak balas ubat. Apa perlu saya buat? Harap doc dapat selesai masaalah saya. Terima kasih.”   WALAIKUMUSALAM   Puan ada masalah penyakit hyperthyroidism (masalah berlebihan hormone thyroid yang menyebabkan rasa berdebar, tangan menggigil, berpeluh kuat, emosi tidak menentu, cepat lapar …

Read More »

Pedih ulu hati, GERD atau gastritis?

GERD ATAU GASTRITIS?   Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pendapat dan nasihat Dr berkenaan dgn masalah perut saya meragam dan berangin.Bila waktu pagi apabila bangun tidur perut saya akan berasa pedih sangat bahagian atas antara pusat dan uluh hati. Setiap kali perut saya pedih saya akan minum air jarang tetapi jadi lagi pedih dan sejuk di perut. Setiap kali selepas saya makan saya akan berasa mulut saya pahit dan kelat. Sy cuma makan ubat Magnesium Trisilicate dan Ranitidine utk angin dan gastrik setiap hari hampir 1bulan. Boleh doc beri pendapat berkenaan dgn masalah saya. Terima kasih😊   WALAIKUMUSALAM.   …

Read More »

HFMD Boleh Membawa Maut Jika..

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) BOLEH MEMBAWA MAUT JIKA..    Inilah adalah intervieu saya dengan RADIO SALAM pada Khamis 11 Ogos 2018 730am. Alhamdulillah,  Kementerian Kesihatan Malaysia pada laporan berita 5 Ogos 2018 telah merekodkan penurunan kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Hal ini telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad. Sebanyak 770 kes jangkitan baharu dilaporkan, menurun 19.1 peratus berbanding 952 kes pada Khamis 2 Ogos 2018 yang lalu. Walaupun terdapat penurunan laporan, bukan bermakna wabak ini telah tamat. Setiap hari ada laporan jangkitan baru. Cuma kadar jangkitan semakin …

Read More »

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK SENGGUGUT Assalammualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah EPO boleh diambil oleh remaja berusia 13 tahun? Anak saya mengalami masalah senggugut yang kuat. Ada alternative tak, selain ambil ubat tahan sakit untuk hilangkan  rasa senggugut? Terima kasih. WALAIKUMUSSALAM Puan mempunyai anak gadis remaja yang mempunyai masalah senggugut yang teruk. Masalah senggugut di kalangan remaja biasa berlaku dan bukan disebabkan oleh masalah lain yang berbahaya. Selalunya doctor akan memberikan ubat tahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit. Jika berulang, elok juga dibawa untuk pemeriksaan doctor bagi memastikan ia bukan disebabkan oleh masalah yang lebih serius. Saya juga tertarik dengan …

Read More »

upt tidak jelas

UPT TIDAK JELAS   Salam Dr. Zubaidi. Maaf mengganggu. Boleh ke saya nak kepastian. (Rujuk gambar). Kalau line mcm ni.. adakah maksud saya hamil? Sbb dia agak samar tak jelas dan tak terang. Terima kasih.   WALAIKUMSALAM .   Antara punca keputusan UPT tidak terang ialah:   1. Alat UPT yang digunakan tidak sensitif pada kepekatan hCGH yang rendah.   2. Terlalu awal melakukan ujian UPT. Saya cadangkan 6 minggu dari tarikh haid sebelumnya atau 2 minggu dari tarikh sepatutnya haid.   3. Tidak hamil.   Jadi saya cadangkan:   1. Gunakan alat UPT yang lebih sensitif dan lebih baik …

Read More »

essential oil bagus memberikan ketenangan

PENGGUNAAN ESSENTIAL OIL (EO) SANGAT BAGUS UNTUK MENENANGKAN ANAK Kita tidak sedar anak kita mungkin mengalami kerisauan. Ramai di antara anak-anak yang mengalami masalah kerisauan yang kadang kala kita tidak perasaan. Pergaulan bersama dengan rakan-rakan, komunikasi dengan orang dewasa, pengaruh TV dan video, pengalaman yang dilalui ketka bermain atau dalam perjalanan ke sekolah dan banyak lagi perkara yang mereka lalui sedikit sebanyak mempengaruhi fikiran mereka. Bayangkan pagi tadi dia dimarahi oleh seorang dewasa di perkarangan sekolah, atau seorang guru memberi amaran agar menyiapkan kerja sekolah yang belum lagi disiapkan atau terbayang imej yang menakutkan di layar TV. Kita sudah pasti …

Read More »

ambil paracetamol ketika menyusukan anak

BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK? “Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan. Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama …

Read More »

durian antara sihat dan nikmat

DURIAN ANTARA SIHAT DAN NIKMAT    Berikut adalah temuramah saya dengan wartawan Harian Metro pada 30 Julai 2018    1 . Boleh Dr jelaskan bahan-bahan  nutrisi atau zat yg terdapat dalam durian dan apakah kepentingan nutrisi ini?   Durian (Durio zibethinus) adalah buah tempatan yang enak dan bernutrisi. Ramai yang memakan durian kerana rasanya yang manis dan berlemak. Oleh itu kita selalunya mengambil isi durian dalam kadar yang berlebihan, tanpa mengetahui manfaat dan keburukannya.   Secara amnya. isi durian mengandungi 65% air, 27% karbohidrat termasuk 4% adalah serat, 5% lemak dan 1% protein.   Satu cawan (250gram) isi durian mempunyai …

Read More »

KENAPA SAYA MENGANTUK WALAU MINUM KOPI SEBELUM TIDUR?

Setiap cawan kopi yg kita minum mempunyai kandungan kafein yg berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai kedan kafein yg berbeza. Ramai yg minum kopi kerana untuk mendapat rasa segar kerana merangsang otak dan menyebabkan jantung berdegup laju. Tetapi tidak semua orang mendapat kesan yg sama. Sebagai contoh ada orang yg minum secawan kecil kopi pd waktu maghrib lalu tidak dapat tidur sepanjang malam, tetapi ada juga yg tiada masalah untuk tidur fgn nyenyak. Ini kerana terdapat satu gene PDSS2 yg mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh. Mereka yg ada gene ini akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat …

Read More »

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …

Read More »

suntikan vaksin thyphoid ketika hamil

SUNTIKAN VAKSIN TYPHOID KETIKA HAMIL     Assalammualaikum Dr, saya mahu  tanya. Saya baru saja ambil suntikan Typhoid untuk berniaga kedai makan, selepas suntikan  baru saya tahu yang hamil tidak boleh terima suntikan ni.  Jadi  mcm mana ya doc. Saya bimbang kehamilan saya. Apa patut sy buat ya? Saya hamil hampir 3 bulan. Terima kasih.   Wa’alaikum mussalam   Di Malaysia suntikan vaksin thypoid diwajibkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan (PBT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tukang masak, penghidang makanan atau pencuci pinggan. Tegasnya semua pekerja yang mengendalikan makanan di restoren.   Vaksin ini juga biasa diberikan pelancong ke negara …

Read More »

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT

    Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera. Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis. Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. …

Read More »

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR

“Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini. Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid. Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6. Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa …

Read More »

KESAN PENYAKIT DIABETES PADA KESUBURAN LELAKI

Ramai yang mengetahui bahawa penyakit kencing manis atau diabetes mellitus adalah penyakit yang progresif (bermakna keadaannya akan menjadi semakin teruk jika tidak dikawal dengan baik). Ini kerana tahap gula yang tinggi akan merosakkan organ dalaman secara senyap dengan cara merosakkan saluran darah sehingga mengganggu bekalan darah ke organ penting itu. Ada dua mekanisme yang berlaku. Pertama, ia akan menyebabkan seorang lelaki itu akan mengalami mati pucuk (atau Erection Dysfunction) setelah 5-10 tahun mengalami diabetes. Kedua, banyak kajian juga menunjukkan tahap gula yang tinggi menyebabkan kerosakan DNA pada sperma. Jadi bagaimana pesakit diabetes dapat menghasilkan kualiti sperma yang baik? Sudah tentulah …

Read More »

pergerakan sperma mempengaruhi persenyawaan

PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN     Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting. Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum. Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori. Kelas A: sperma yang berenang …

Read More »

Bacaan Sel Darah Putih Tinggi

BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI         Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya.     WALAIKUMUSALAM.     1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital.     2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah …

Read More »

Ditinggal Suami Tetapi Hamil

DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL   SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih.     SALAM.   Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan.   Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil.   Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh.   Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil.   Buatlah pemeriksaan doktor.   Semoga bermanfaat.

Read More »

Makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL “Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.” WALAIKUMUSALAM 1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus. 2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan. 3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil. 4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan. 5. …

Read More »

UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya.   Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin.   Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang …

Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal …

Read More »

rasa sakit pada jahitan episiotomy

RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY       “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya  ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih”   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan.   Jangan risau jahitan akan terlerai. …

Read More »

SAKIT SENDI LUTUT YANG BERULANG AKIBAT BERSUKAN

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkenaan sakit adik lelaki saya ini. Dulu dia kerap bersukan seperti bermain bola, futsal dan takraw. Sekarang dia kerap sakit lutut sebelah kanan dan sampai tak boleh jalan. Gerak sikit je sakit dan kami sudah ke hospital, sudah lakukan pemeriksaan xray dan keputusannya  baik. Doktor bagi dia suntikan. Dan sakit itu datang lagi. Boleh agaknya doctor terangkan apa masalah yang dialami oleh adik saya? Sakit otot ke doktor”?   WALAIKUMUSALAM   Kesakitan pada lutut boleh disebabkan pelbagai punca. Antaranya adalah disebabkan kecederaan tulang pada sendi lutut, kecederaan pada otot di sekitar sendi, atau kecederaan …

Read More »

SLIPPED DISC SETELAH JATUH DARI MOTORSIKAL

“Assalamua’alaikum  Dr Zubaidi. Saya pernah jatuh motor. Pinggang saya sakit, tak boleh tunduk, bongkok, duduk atau berdiri lama. Tak boleh pusingkan badan ke kiri atau kanan. Baring pon terasa sakit. Pernah urut. Katanya tulang pinggang saya sudah lari dari kedudukan asal. Lepas urut rasa makin teruk sakitnya. Pernah pegi buat pemeriksaan dgn doktor. Dah x ray, ujian darah semua. Doktor pon cakap hal yg sama. Sy tak boleh buat kerja berat. Duduk lama pon sakit sgt pinggang sy. Adakah ini di namakan slipped disc? Terima kasih”.   WAA’LAIKUMUSALAM   Kecederaan tulang belakang adalah suatu kecederaan yang serius. Ia bukan saja …

Read More »

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?

Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Masalah …

Read More »

PENGHAWA DINGIN DAN BAYI

Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya beberapa soalan. 1.adakah bayi yang berumur setahun kebawah boleh untuk berada dalam air-conditioning yg bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas.   2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air-cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung Dan paru-paru bayi?   3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?     Sekian, terima kasih..     WALAIKUMMUSALAM .   1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius. …

Read More »

Paraben dalam Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri

PARABEN DALAM PRODUK KOSMETIK DAN PENJAGAAN DIRI Parabens adalah sebatian kimia yang banyak digunakan sebagai pengawet dalam industri penjagaan diri dan keluarga. Ia adalah dari sumber sintetik.  Ia lebih murah dan menjadikan produk itu tahan lebih lama. Paraben yang natural boleh diperolehi dari makanan terutama dari buah-buahan berry. Antara jenis-jenis parabens adalah: methylparaben ethylparaben propylparaben butylparaben isobutylparaben isopropylparaben Mengapa pengawet dimasukkan ke dalam produk-produk ini? Pengawet digunakan untuk menghalang kulat dan bakteria membiak dalam produk yang disediakan. Ia akan mengekalkan kestabilan formulasi produk tersebut. Tanpa pengawet, produk-produk ini harus diletakkan di dalam peti sejuk. Mengapa ada sesetengah produk mengandungi lebih …

Read More »

SELAMATKAH BHA DALAM PRODUK KECANTIKAN DIGUNAKAN SEMASA HAMIL?

  “Assalamualaikum doktor, Saya ingin tanya. Produk penjagaan kulit (skincare) yang mengandungi BHA adakah ia selamat digunakan oleh ibu hamil? Saya baru menggunakan produk tersebut selama  5 hari tanpa menyedari produk itu mengandungi BHA. Terima kasih.”   WALAIKUMUSALAM. Terima kasih bertanya. Beta hydroxy acid (BHA) adalah salah satu komponen dalam hydroxy acid. Satu lagi komponen hydroxy acid adalah and alpha hydroxy acid (AHA). Kedua-dua bahan ini banyak terdapat dalam produk kecantikan dan ubat kulit untuk menghilangkan masalah jerawat dan masalah ruam. Ia banyak dalam produk kecantikan seperti pembersih (cleanser), toner, dan exfoliant yang digunakan untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan. Salicylic acid …

Read More »

bell’s palsy atau stroke

BELL’S PALSY ATAU STROKE ? Gambar Hiasan Assalammualaikum w.b.t  Dr Zubaidi, Maaf menganggu doktor. Tp sy tidak tahu kepada siapa sy perlu bertanya soalan.  1. Ayah saya disahkan mengalami ‘bell palsy’ pagi  tadi apabila sejak semalam dan lemah2  dan mulut senget. 3 hari lepas, doktor ada memberi ubat berkaitan jantung kerana dikatakan jantung ayah sy bengkak. Untuk pengetahuan, ayah sy penghidap diabetes & darah tinggi. Adakah ubat jantung tu berkaitan dgn bell palsy?   2. Sebagai seorang doktor yg mengamalkan Aafiyat Olive House, apakah cara rawatan yang boleh diamalkan dan bagaimana caranya? Kerjasama dari pihak doktor amat diharapkan oleh sy sebagai anak …

Read More »

AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL

  Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas.   Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk.   Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa.   Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah …

Read More »

MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)

      MANFAAT MENGAMBIL TEMBIKAI KETIKA BERBUKA (IFTAR)   Ramai di antara kita yang berpuasa pada bulan Ramadhan mengambil tembikai ketika berbuka puasa (Iftar). Sama ada buah yang dipotong atau diambil sebagai jus tembikai. Tetapi tidak ramai yang tahu manfaat buah tembikai ini.   Ada hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah memakan buah tembikai. Ini menunjukkan buah tembikai adalah buah yang bernutrisi, selamat dan baik untuk dimakan.   Ada ulama (tidak diketahui sumber) memberitahu wanita yang hamil digalakkan untuk memakan tembikai kerana anak yang bakal dilahirkan akan baik akhlaknya dan sempurna sifatnya.   Mengikut kajian sains pula , …

Read More »

Suplemen Vitamin C dan E Membantu Pesakit Endometriosis

SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini. Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini. Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini. Selalunya, …

Read More »

MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL

“Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor”     Walaikumusalam.   Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem.     Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab.     Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.     Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi …

Read More »

Pengambilan Vitamin E dan C ketika Hamil

PENGAMBILAN VITAMIN C DAN E KETIKA HAMIL   Saya menasihati kepada wanita, sama ada wanita yang ingin hamil, sedang hamil atau baru melahirkan anak agar lebih memberikan perhatian kepada pemakanan yang mereka makan. Ini kerana setiap apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap kesuburan dan kesihatan kita. Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya banyak berkongsi tentang aspek nutrisi dalam pemakanan. Kebanyakan nutrien yang baik seperti vitamin, mineral, beberapa enzim tertentu dan sebatian lain boleh didapati dari makanan yang tidak berproses terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Bagi wanita hamil yang ingin …

Read More »

LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya yang berbau dan kalau tidak berpeluh, ia OK saja. Adakah dengan makan supplement probiotik dapat membantu masalah diatas.  Dan apakah supplement yang terbaik untuk rawat masalah saya? Terima kasih.   Walaikumussalam.   Tuan mengalami dua masalah kesihatan yang mungkin saling kait mengait atau mungkin ia berbeza antara satu sama lain. …

Read More »
error: Content is protected !!