Masalah pedih ulu hati (gastritis) sangat merunsing pesakit yang mengalaminya. Ia adalah keradangan pada lapisan dalam perut dan menandakan pesakit mengalami masalah penghadaman yang memerlukan pemeriksaan doctor. Ini kerana jika masalah ini berulang dan berpanjangan, berkemungkinan ia adalah masalah yang lebih serius seperti luka dalam perut (gastric ulcer) atau mungkin kanser perut (gastric cancer).
Ada pesakit mengalami masalah reflux iaitu asid dalam perut naik ke kerongkong sehingga menyebabkan dada dan kerongkong rasa terbakar. Pesakit mengalami batuk dan menyangka adalah masalah batuk biasa yang disebabkan oleh keradangang tekak. Ubat batuk tidak berkesan. (Nama lain bagi masalah ini adalah GastroEsophageal Reflux disease, atau GERD.) Oleh itu pentingnya pemeriksaan doctor bagi menentukan sama ada ia adalah batuk akibat keradangan tekak atau berpunca dari masalah reflux.
Salah satu minuman yang mungkin membantu mengatasi masalah gastritis ini adalah susu. Minuman yang selalu diminum oleh kanak-kanak, tetapi jarang diminum oleh orang dewasa. Ia dapat meredakan ulu hati kerana ia mengandungi kandungan kandungan kalsium dan protein yang tinggi.
Dalam kajian yang melibatkan kira-kira 11,700 orang, menunjukkan pengambilan susu dapat meredakan masalah gastritis, namun begitu ia tidak membantu pesakit yang mengalami masalah yang lebih serius seperti masalah luka dalam perut, seperti gastic ulcer atau duodenal ulcer.
Mineral kalsium dapat mengurangkan keasidan asid dalam perut dan ia adalah sebahagian rawatan apabila doctor memberikan ubat antasid yang mengandungi mineral kalsium. Kalsium juga dapat menguatkan fungsi otot esofagus bagi mengelakkan kenaikan asid dari perut ke bahagian tekak. Begitu juga kandungan protein kasein di dalam dikatakan dapat menurunkan keasidan asid dalam perut.
Namun bagitu ada kajian menunjukkan pengambilan susu tidak membantu pesakit yang mengalami masalah luka dalam perut. Jadi jika pengambilan susu menyebabkan pesakit merasa pedih ulu hati bertambah kuat, atau rasa sakit itu tidak berkurangan, buatlah pemeriksaan doctor kerana ia mungkin bukan sekadar keradangan dalam lapisan perut atau gastritis. Pesakit yang mengalami luka dalam perut, memerlukan ubat yang lebih baik untuk menghalang pengeluaran asid dalam perut.
Selain itu ada beberapa kajian menunjukkan beberapa minuman yang membantu mengurangkan rasa pedih ulu hati dan gastritis. Antaranya:
- Air Kelapa. Ia dapat membantu mengurangkan gastritis kerana mengandungi elektrolit dan mineral yang meneutralkan asid dalam perut. Cuma elakkan menambah gula dalam air kelapa.
- Teh Herbal. Teh herbal seperti teh chamomile dan daun pokok zaitun dapat mengurangkan asid dalam perut dengan cepat.
- Air Kosong. Ia juga dapat mengurangkan tahap keasidan dalam perut dengan cepat.
- Smoothies. Pilihlah buah atau sayuran yang tidak bersifat asid seperti jambu, sayuran hijau, pir, dan semangka meredakan masalah pedih ulu hati.
Pengamalan minuman ini mungkin membantu pesakit yang baru mengalami masalah pedih ulu hati. Bagi mereka yang mengalami masalah ini berulang kali dan berpanjangan, saya cadangkan lakukan pemeriksaan doctor dan skop bagi memastikan masalah ini bukan masalah perut yang lebih serius.
Semoga bermanfaat.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz