RASA SAKIT SELEPAS PEMBEDAHAN APPENDICECTOMY Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya telah menjalani pembedahan laparoscopy appendictis kira-kira 4 bulan yang lepas. Namun sehingga ke hari ini, bermula sebulan selepas pembedahan tersebut, sakit yang sama di bahagian bawah kanan perut seperti appendiks kerap berulang. Dan score sakit kekadang mencecah 7, dan range sakit 5-7. Ultra sound serta ct scan telah dibuat pada bulan lepas dan result hanya mendapati terdapat kumpulan najis di bahagian kanan usus, dan ubat telah di ambil untuk itu. Adakah normal untuk rasa sakit yang sama berulang ulang untuk tempoh yang lama dan sangat kerap. Terima kasih atas pencerahan. Walaikumussalam. …
Read More »RAWATAN SEMBELIT DI KALANGAN BAYI DAN KANAK-KANAK
Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan anak saya berusia 3 tahun, mengalami masalah najis yang keras. Mohon cara mengatasinya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Sembelit di kalangan kanak-kanak dan bayi adalah suatu yang biasa berlaku. Mereka mungkin akan membuang air besar setiap kali lepas makan, atau membuang air dua atau tiga hari sekali. Dalam kedua-dua keadaan ini, ia mungkin lagi dalam keadaan normal. Ini semua bergantung kepada apa yang mereka makan atau minum, bagaimana aktif pergerakan fizikal mereka dan bagaimana mereka dapat menghadamkan makanan mereka. Bagi kanak-kanak yang telah mula memakan makanan yang pejal (solid food) dan minum air secukupnya (buah-buahan …
Read More »PENDARAHAN PANJANG SELEPAS D&C
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya telah melakukan prosedur D&C pada 1st Ramadhan. Banyak darah yang keluar pada hari pertama dan kedua selepas itu. Kemudian ia keluar sedikit-sedikit sehingga dua minggu. Adakah ini normal? Terima kasih.“ Walaikumusalam. Prosedur D&C bukanlah prosedur yang ringkas dan mudah. Ia bertujuan untuk mengeluarkan janin yang sudah tidak bernyawa. Oleh kerana ia dilakukan tanpa panduan seperti ultrasound, ia mungkin menyebabkan komplikasi (tetapi jarang berlaku). Antara komplikasi yang biasa berlaku ialah kecederaan besar pada permukaan dalam rahem sehingga boleh menyebabkan kebocoran, janin tidak habis dikeluarkan (ada yang masih tertinggal) dan mungkin ada jangkita kuman semasa prosedur itu. Saya …
Read More »Rasa berdebar dan pening setelah ambil pil kurus
MENGHILANGKAN RASA BERDEBAR DAN PENING WALAUPUN TIDAK LAGI MENGAMALKAN UBAT KURUS “Salam, doc tumpang tanya. Saya ada makan ubat kurus, kesan yang ketara pada saya ialah tekanan darah menjadi tidak stabil, sakit kepala, jantung berdebar. Saya sudah berhenti makan pil kurus tu. Sekarang kesan ubat itu masih lagi ada. Bagaimana hendak hilangkan kesan2 yang saya rasa sekarang. Harap doktor boleh bantu. Saya tidak tahan jantung selalu berdebar. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan ubat kurus mengandungi bahan terlarang sibuteramine, yang menyebabkan seseorang yang mengambil ubat ini tidak berasa lapar. Pengambilan ubat kurus ini harus mendapat …
Read More »Kesan vaksin thyphoid pada wanita yang hamil
KESAN VAKSIN THYPOID PADA WANITA YANG HAMIL “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, apakah kesan suntikan thypoid (suntikan untuk peniaga makanan) untuk ibu yang hamil. Saya ada mengambil suntikan itu pada 8/5/2018, tanpa menyedari saya hamil. Haid terakhir saya pada 18/4/2018 dan ujian UPT saya positif hari ini. Adakah suntikan vaksin itu memberikan kesan kepada bayi saya? Terima kasih.” WAALAIKUMUSALAM Secara amnya pemberian vaksin tertentu tidak boleh diberikan kepada wanita yang hamil atau ibu yang menyusukan anak. Jika terpaksa diberikan, ia harus ditimbangkan manfaat pemberian vaksin itu mesti lebih besar dari kemudaratan yang mungkin diterima. Oleh itu …
Read More »Vitamin E Membantu Pesakit Jantung
BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PESAKIT JANTUNG? “Doktor, bagaimana vitamin E membantu pesakit jantung? Adakah ia dapat merawat pesakit seperti ini. Maksudnya adakah vitamin E dapat menggantikan ubat-ubat doktor?” Sebagai doctor (pengamal perubatan) yang banyak menghadiri seminar, konferen dan kelas-kelas berkaitan dengan pemakanan dan nutrisi, saya percaya bahawa kita mendapat manfaat dari nutrisi yang kita makan. Malah sesetengah dari kita harus mengambil suplemen nutrisi tertentu bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik. Oleh itu pengamalan diet yang diet yang betul sangat membantu. Kita perlu tahu apa makanan yang harus ditambah dan makanan mana yang harus dielakkan. Jika kita tidak …
Read More »Persekitaran kita bertoksin?
SUMBER TOKSIN DI SEKITAR KITA “Betulkah persekitaran kita sudah tidak selamat lagi? Berbahaya pada kesihatan?” Tanya seorang peserta kelas yang saya anjurkan. Saya malas hendak menjawab. Tidak mahu menyudukan informasi ke mulut beliau. Saya mahu dia berfikir. “Tuan rasa bagaimana?” “Saya rasa memanglah persekitaran kita tidak bersih. Tetapi ia masih di tahap biasa ” “Apa maksud tuan di tahap biasa?” “Kita tak jatuh sakit. Saya dan keluarga masih sihat” “Maksudnya jika tuan dan keluarga sihat, tahap persekitaran kita masih selamat dan berada di tahap biasa?” Peserta itu terdiam. Agaknya cuba memikirkan logiknya. “Kalau saya kata orang ramai sakit diakibatkan persekitaran kita …
Read More »Kesan toksin pada tubuh kita
KESAN TOKSIN PADA TUBUH KITA Perlukah kita membuang toksin? Ini adalah soalan yang biasa ditanyakan kepada saya. Ada yang benar-benar bertanya. Ada yang saja ingin menduga. Ada yang bertanya dengan nada menyindir. Terserahlah pada pengetahuan dan pengalaman yang kita ada. Jika kita kurang berpengalaman dan jarang membaca, apatah lagi menghadiri seminar dan konferens perubatan, memang jawab yang diberikan adalah “No such thing as detox!!” Saya pernah bekerja (lebih dari 10 tahun) di kawasan industri perkilangan (pembuatan barangan plastic, wayar dan kimia) di Johor Bahru dan Pasir Gudang. Saya telah memeriksa dan merawat kes-kes yang pelik. Contohnya seorang pekerja kilang yang …
Read More »BAGAIMANA NAK DETOKS?
Ramai yang bertanya saya bagaimana mahu membuang toksin atau detox tubuh dengan cara yang betul? Saya senyum kerana kebanyakan penjual suplemen mengatakan produk mereka adalah produk terbaik untuk detoks tubuh. Untuk membuang toksin dalam tubuh. Untuk menyegarkan tubuh. Menjadikan tubuh bertambah sihat. Tetapi detoks itu bukan hanya mengamalkan produk kesihatan tertentu. Ia meliputi 3 aspek, Pantang, Buang dan Ganti. Saya akan menulis mengenai tiga langkah dengan lebih mendalam. Paling pertama, ketahui apa itu TOKSIN dan kesannya terhadap tubuh. Musuh kita adalah Toksin. Kita tidak mampu berperang dan menggunakan senjata yang salah jika kita tidak tahu siapa musuh kita. Bila kita …
Read More »Pembedahan Buang Rahim Mengganggu Hubungan Suami Isteri?
PEMBEDAHAN BUANG RAHEM MENGGANGGU HUBUNGAN SUAMI ISTERI ? Assalamualaikum Doktor. Saya ada satu pertanyaan. Jika seorang wanita yang telah melakukan pembedahan buang rahim disebabkan oleh masalah fibroid, adakah ia boleh mendatangkan kesan jangka panjang, atau mnyebabkan penurunan hormone dan boleh menggangu hubungan suami isteri. Terima kasih. Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM, Melakukan prosedur pembedahan pembuang rahem ada dua jenis: membuang rahem saja (total hysterectomy) membuang rahem bersama kedua-dua saluran fallopian dan kedua-dua ovari. (Total Abdominal Hysterectomy with Bilateral Salpingo-Oophorectomy atau TAHBSO ) Pembedahan membuang rahem adalah suatu keputusan besar kerana ia membuang sebahagian tubuh badan kita. Ia perlu difikirkan …
Read More »BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH
Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat. Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur. Terima kasih. WAALAIKUMMUSSALAM Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah. Masa yang terbaik bagi pesakit untuk …
Read More »Awas Bahan Terlarang dalam Vitamin C
AWAS BAHAN TERLARANG DALAM (SUNTIKAN) VITAMIN C Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, perkara yang dibimbangi dalam suntikan vitamin C yang ada di pasaran sekarang ialah ia mungkin mengandungi campuran bahan terlarang yang mungkin berbahaya kepada kesihatan. “Jika kandungan suntikan itu adalah vitamin C tulen tanpa ada kandungan lain ia selamat digunakan. Bahan-bahan yang mungkin dimasukkan ialah bahan penstabil dan pengawet yang membolehkan cecair vitamin C ini dapat disimpan lebih lama dalam ampule kaca“. “Suntikan Vitamin C adalah tujuan kosmetik untuk mencantikkan kulit dan lebih elastik agar dapat melambatkan kesan penuaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! …
Read More »Salah Faham Terhadap Penggunaan Stevia
SALAH FAHAM TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA 1. APA ITU PEMANIS STEVIA Stevia adalah pemanis tiruan natural atau semulajadi. Ia adalah daun tumbuhan spesis Stevia rebaudiana. Bahan aktif dalam tumbuhan ini adalah steviol glycosides. Terdapat dua jenis steviol glycoside yang banyak dalam daun ini iaitu stevioside dan rebaudioside. Ia tidak mengandungi sebarang kalori. Berbanding dengan aspartame, ia adalah pemanis tiruan sintetik yang juga tiada kalori. Jadi daun stevia ini digunakan secara terus (dengan meramaskan daun tersebut dan dicampurkan ke dalam minuman) atau menjalani proses pengekstrakan bagi mendapatkan patinya dan digunakan dalam bentuk serbuk atau cecair. Rasanya 100-200 kali lebih manis dari …
Read More »BOLEHKAH WANITA HAMIL MAKAN JERUK MASAM UNTUK MENGURANGKAN LOYA?
“ASSALAMU A’LAIKUM doctor, saya sedang hamil 14 minggu. Ini kehamilan sulong saya. Masalah saya ialah saya mengalami rasa loya yang keterlaluan. Saya telah berjumpa doctor, malangnya ubat yang idberikan oleh doctor tidak dapat mengurangkan rasa loya saya. Saya dapati dengan memakan makanan ringan yang masam seperti jeruk akan mengurangkan rasa loya saya. Bolehkah saya memakan makanan seperti itu dan adakah ia berbahaya kepada bayi dalam rahem saya? Mohon pencerahan doctor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Rasa loya yang dialami oleh wanita pada awal kehamilan adalah perkara yang normal. Salah satu …
Read More »Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak
TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK. Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. “Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) …
Read More »Selamatkah melahirkan anak di rumah?
RADIO SALAM FM 17 FEB 2018, RADIO BERNAMA 22 FEB 2018 KENAPA ADA SESETENGAH KITA MAHU MELAHIRKAN ANAK DI RUMAH? Setakat interviu radio pada hari ini, belum ada dalam mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia yang menghalang kelahiran di rumah atau di tempat-tempat lain selain dari hospital. Kita belum dengar lagi ada pendakwaan terhadap ibu yang melahirkan anak di rumah, di bilik air atau di bawah pokok. Sama ada sengaja atau tidak. Ia bukan kesalahan. Jadi melahirkan anak, tidak semestinya di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan yang lain. Ia adalah pilihan wanita yang hamil itu. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan …
Read More »LIMA PERKARA YANG HARUS KITA TAHU SEBELUM MEMBERIKAN ANAK KITA SUPLEMEN
10 FEB 2018 RADIO SALAM FM DAN 15 FEB 2018 RADIO BERNAMA SECARA RINGKAS, APAKAH ITU SUPLEMEN? Ramai ibubapa di Malaysia yang memberikan sekurang-kuranganya satu suplemen kepada anak-anak mereka, sama suplemen diet (selalunya dalam bentuk vitamin) dan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan perkembangan IQ. Penjualan semua produk suplemen ini dipantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsan, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia harus didaftarkan dan mendapat kelulusan oleh biro ini. Barulah ia dibenarkan dijual kepada masyarakat. Oleh itu banyak produk suplemen yang dijual di farmasi dan toko ubat. Begitu juga yang dijual secara penjualan terus (direct selling). Ia …
Read More »Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita
BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan. Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu kita akan kencing beberapa kali dalam setiap hari, berbanding dengan kita membuang air besar. Ini bermakna jika kita tidak buang air besar atau tidak berpeluh (ketika cuaca sangat sejuk) dalam sehari, ia mungkin normal. Tetapi jika kita tidak buang air kecil (tidak kencing) langsung pada satu …
Read More »Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?
APAKAH ITU TRANSFAT? Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon. Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid). Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans fats), …
Read More »Sembelit tanda kanser usus?
SEMBELIT: ADAKAH IA TANDA KANSER USUS BESAR? RADIO BERNAMA- 16 NOV 2017 Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada pula yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit? Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini. Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau kita …
Read More »HALIA HERBA NUSANTARA YANG BERMANFAAT
Siaran Salam FM, pada 11 Nov 2017 Kita ketahui halia sebagai bahan dalam masakan dan ia juga digunakan sebagai ubat-ubatan dalam perubatan lama. Jadi apa sebenarnya halia ini? Halia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut sebagai ginger atau dalam bahasa botaninya sebagai Zingiber officinale adalah tumbuhan renek yang berbunga yang mana akarnya (atau disebut rhizome) digunakan secara meluas sebagai perencah dalam masakan dan digunakan sebagai ubat. Ia adalah tumbuhan yang tidak hidup lama, mempunyai daun hijau dan berbunga kuning. Halia adalah sebahagian ‘adik beradik” atau satu keluarga besar Zingiberaceae, termasuk kunyit (turmeric atau curcuma longa), pelage …
Read More »penyakit bawaan air banjir
PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR 9 Nov 2017 RADIO BERNAMA Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang kotor. Mereka menjadikan seperti pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan? Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan. Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar. Air banjir mungkin akan menyebabkan kematian secara langsung apabila terdapat rumah-rumah …
Read More »PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN
Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus, selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi 282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …
Read More »pengambilan pil ectasy sebagai fat burner
PENGAMBILAN PIL ECTASY SEBAGAI FAT BURNER Berikut adalah temubual saya dengan Puan Rabi’atul A’dawiyah, wartawan Harian Metro 19 October 2017 Adakah dakwaan pengamal pil ekstasi sebagai fat bunner ini benar? Secara amnya, penurunan berat badan berkait rapat dengan pengambilan makanan dan pembakaran tenaga yang kita ambil dalam makanan. Selalu kita sebut ‘calories in and calories out’. Semakin kita banyak makanan dan tidak banyak melakukan pergerakan, lebih mudah kita mengumpul lemak dan meningkatkan berat badan. Jika kita kurang makan dan banyak bergerak, maka dengan mudah kita mengurangkan berat badan. Oleh itu orang yang menjaga pemakanan (kurang …
Read More »Kesan Permainan Pass Out
KESAN PERMAINAN PASS OUT MENGAPA PASS OUT INI DIJADIKAN PERMAINAN? Pada saya permainan ini, kalau boleh dikatakan sebagai permainan tidak mendatangkan faedah dan mencabar maut. Dengan menekan dada seseorang individu lain, ia bertujuan untuk menyebabkan pengsan atau tidak sedarkan diri untuk sementara waktu. Namun apa yang terjdi apabila ia bukan hanya menyebabkan pengsan, tetapi kesan trauma pada dada, atau menyebabkan kegagalan untuk sedar semula (pengsan yang lebih lama). Dari segi psychologynya, ia mungkin dilakukan oleh para remaja bersifat “suka-suka” dan bertujuan untuk menarik perhatian. Ia dilakukan bagi tujuan “menunjuk-nunjuk” melakukan sesuatu yang remaja lain tidak dapat melakukannya. Oleh kerana ia …
Read More »asam gelugor mengurangkan berat badan
ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini. Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji. Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping. Buah ini …
Read More »UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK Kita boleh mengalami alahan terhadap mana-mana ubat, ada beberapa ubat yang dikenalpasti menyebabkan alahan pada kita berbanding ubat-ubatan lain. Antara ubat yang dikenalpasti itu ialah: 1. ANTIBIOTIK PENICILLIN atau mana-mana antibiotik dalam kumpulan penicillin. . Mereka yang alah terhadap penicillinboleh menyebabkan alahan teruk anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda. 2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai alahan kepada penicillin, mereka boleh mengalami alahan kepada antibiotik …
Read More »Anak Dilanggar Motor
ANAK DILANGGAR MOTOR (GAMBAR HIASAN) Salam doktor. Saya nk minta pendapat doc anak saya berumur 4 tahun kena langgar moto kepala mengalami bengkak kena admit wad satu hari untuk refer sama ada muntah de tak 5x . Masa admit muntah …
Read More »Merawat Luka Menggunakan Kream
KREAM MERAWAT LUKA “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “ Wa alaikum mussalam. Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka …
Read More »benarkah bahaya memakan nenas ketika hamil?
BENARKAH BAHAYA MEMAKAN NENAS KETIKA HAMIL? “Salam doktor. Baru-baru ini saya keguguran pada usia kehamilan 12 minggu selepas saya memakan seulas nenas. Benarkah nenas boleh menyebabkan keguguran? Terima kasih” WA ALAIKUM MUSSALAM Nenas merupakan buah tropika yang kaya fiber, mineral dan vitamin C. Ia juga mengandungi mineral manganese yang merupakan mineral penting untuk kesehatan tulang, otot dan saraf tubuh. Namun begitu ,wanita yang hamil harus berhati-hati ketika memakan nenas terutama wanita masih berada di awal kehamilan. Keguguran boleh berlaku hanya kerana memakan seulas buah nenas. Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini, …
Read More »Sisa Janin Masih Tertinggal Dalam Rahem Selepas Keguguran
SISA JANIN MASIH TERTINGGAL DALAM RAHEM SELEPAS KEGUGURAN ” Salam, doktor. Saya baru keguguran bulan lepas pada usia kehamilan saya 10 minggu. Selepas 30 hari masih ada rasa sakit, keluar lendiran busuk dan pendarahan. Saya pun berasa mahu demam. Dua hari lepas saya ke hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah keguguran yang tidak lengkap. Masih ada sisa janin yang gugur dalam rahem saya. Doktor mencadangkan pembedahan D&C. Rasa takut. Bolehkah saya gunakan saya lain. Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Puan disahkan mengalami masalah “keguguran yang tidak lengkap” atau “Incomplete Abortion“. Ia terjadinya apabila berlakunya …
Read More »SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL
“Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.” WA ALAIKUMMUSSALAM Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini. Tubuh wanita …
Read More »BOLEHKAH WANITA HAMIL MENGGUNAKAN LOZENGES UNTUK MENGHILANGKAN BATUK KETIKA HAMIL?
“Assalamualaikum, doktor. Saya sedang hamil dan mengalami batuk. Ia sangat mengganggu saya sehingga ada kalanya batuk tidak berhenti, bersin dan hidung saya berhinggus. Saya telah pergi buat pemeriksaan doktor dan doktor hanya mengatakan ia disebabkan oleh virus. Dia memberikan saya lozenges untuk melegakan batuk saya. Adakah ia selamat untuk saya yang sedang hamil? Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. lozenges adalah ubat tablet yang dihisap dan diberikan perasa seperti rasa oren dan strawberi. Ia yang mengandung 2 bahan aktif, yakni 2,4 dichlorobenzil alcohol dan amymetacresol. Kedua bahan aktif tersebut merupakan antiseptik lemah yang bertujuan …
Read More »Bacaan Gula Terlalu Rendah
BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati …
Read More »Tanda-tanda endometriosis
SUKAR HAMIL SEBAB ENDOMETRIOSIS “Assalamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya doktor masalah saya. Say sudah berkahwin 3 tahun tetapi belum pernah hamil. Suami saya telah membuat pemeriksaan air mani dan keputusannya normal. Doktor mengesyaki saya mengalami masalah kesuburan. Doktor kata kemungkinan endometriosis dan appointment untuk ultrasound pada minggu depan. Apa sebenarnya endometriosis itu doktor? Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUMMUSSALAM. Endometriosis berlaku apabila lapisan dalam rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari, dinding pelvis, saluran fallopian, usus, faraj dan pundi kencing. …
Read More »PERLUKAH PEMBEDAHAN OVARIAN DRILLING PADA PESAKIT PCOS
“Assalamualaikum, doktor. Saya seorang pesakit PCOS berusia 36 tahun. Sudah berkahwin 5 tahun tetapi tetapi belum lagi hamil. Saya pernah menjalani rawatan kesuburan dan baru-baru ini doktor mencadangkan saya menjalani pembedahan ‘ovarian drilling’. Perlukah saya melakukan pembedahan tersebut? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Tidak semua wanita yang mengalami masalah PCOS harus menjalani pembedahan ini. Namun saya percaya doktor sedang cuba melakukan yang terbaik untuk puan. Pembedahan ‘ovarian drilling’ ini adalah rawatan yang kedua selepas rawatan dengan pil clomid tidak berjaya bagi pesakit PCOS. Pembedahan ini dilakukan dengan memberikan bius pengsan, dan teknik pembedahan laparoskopi. …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
