NASI UNTUK PESAKIT METABOLIK Untuk pesakit metabolik terutamanya diabetes, prediabetes atau insulin resistance, nasi masih boleh diambil. Yang penting ialah jenis, kuantiti dan apa yang dimakan bersamanya. 1️⃣ Berapa banyak nasi basmati sekali makan? Sebagai titik permulaan praktikal: ▶️ 2–4 sudu besar nasi basmati yang sudah dimasak ≈ ¼–½ cawan nasi ≈ sekitar 10–25 g karbohidrat, bergantung saiz sudu dan cara nasi dimasak. ▶️ Bagi seseorang yang gula masih sukar dikawal, boleh bermula dengan 2–3 sudu besar dan lihat respons gula individu. 2️⃣ Susun pinggan begini ▶️ ½ pinggan: sayur bukan berkanji — sawi, bayam, brokoli, kobis, timun, …
Read More »Umum
MINUM AIR KELAPA KETIKA AMBIL UBAT DARAH TINGGI DAN JANTUNG
MINUM AIR KELAPA KETIKA AMBIL UBAT DARAH TINGGI DAN JANTUNG Orang yang makan ubat jantung atau darah tinggi masih boleh minum air kelapa, tetapi ada beberapa keadaan yang perlu lebih berhati-hati. Isu utamanya ialah kalium (potassium). Air kelapa mengandungi kalium. Sesetengah ubat pula boleh meningkatkan kalium dalam darah, antaranya: ▶️ ACE inhibitor seperti perindopril, ramipril, lisinopril ▶️ ARB seperti losartan, telmisartan, valsartan ▶️ Ubat tertentu untuk jantung seperti spironolactone atau eplerenone Jika seseorang mengambil ubat-ubat ini, bukan bermaksud air kelapa terus dilarang. Tetapi jangan mengambilnya secara berlebihan, terutama setiap hari dalam kuantiti banyak. Saya lebih berhati-hati jika pesakit mempunyai penyakit …
Read More »CUKA EPAL PESAKIT GERD DAN GASTRITIS
CUKA EPAL PESAKIT GERD DAN GASTRITIS Untuk orang yang ada gastrik, GERD, perut mudah berangin atau usus sensitif, saya tidak galakkan terus mengambil apple cider vinegar (ACV) dalam dos yang banyak. ACV mengandungi asid asetik. Ada bukti bahawa pengambilan cuka boleh membantu mengurangkan kenaikan gula selepas makan dan mungkin memberi sedikit manfaat terhadap kawalan gula darah. Namun ia hanyalah tambahan kepada pemakanan dan rawatan, bukan satu keperluan untuk kesihatan. Maknanya ia bukan sesuai diambil oleh semua orang. Untuk mereka yang perut sensitif, saya cadangkan: 1️⃣ Jangan minum ACV pekat. Cairkan dengan air. 2️⃣ Mulakan sangat rendah, contohnya ½–1 sudu teh …
Read More »TEH HIJAU JEPUN
TEH HIJAU JEPUN Teh hijau Jepun berasal daripada daun Camellia sinensis yang dipanaskan dengan wap selepas dipetik. Proses ini mengurangkan pengoksidaan dan mengekalkan polifenol, terutama katekin seperti EGCG. Antara jenis yang popular: 1️⃣ Sencha — teh hijau harian yang paling lazim; rasa segar dan kandungan katekin agak tinggi. 2️⃣ Matcha — daun teh dikisar menjadi serbuk dan diminum keseluruhannya; lebih pekat serta biasanya lebih tinggi kafein. 3️⃣ Gyokuro — ditanam di bawah teduhan; tinggi L-theanine dan agak tinggi kafein. 4️⃣ Genmaicha — teh hijau dicampur beras perang panggang; rasa lebih ringan. 5️⃣ Hojicha — teh hijau dipanggang; biasanya lebih rendah …
Read More »APA ITU HALLUX VALGUS?
APA ITU HALLUX VALGUS? DEFINASI Hallux valgus, yang lebih dikenali sebagai bunion, ialah keadaan di mana ibu jari kaki membengkok ke arah jari-jari lain, menyebabkan terbentuk benjolan tulang di bahagian dalam kaki, pada pangkal ibu jari. Keadaan ini sering dikaitkan dengan faktor genetik, pemakaian kasut yang sempit, dan cara kaki menampung beban ketika berjalan. Ia boleh menyebabkan sakit, bengkak, serta kesukaran berjalan. TANDA-TANDA 1️⃣ Benjolan yang jelas kelihatan – Benjolan keras dan menyakitkan di pangkal ibu jari kaki. 2️⃣ Sakit dan kemerahan – Rasa sakit, pedih, panas atau keradangan di sekitar sendi, terutama apabila memakai kasut yang sempit. 3️⃣ Jari …
Read More »5 PENANDA DARAH YANG BOLEH MERAMALKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN
5 PENANDA DARAH YANG BOLEH MERAMALKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN Ramai orang hanya melihat kolesterol total apabila membuat pemeriksaan kesihatan. Hakikatnya, kesihatan jantung lebih kompleks daripada itu. Sebagai seorang doktor, saya sering melihat ada individu yang mempunyai kolesterol tidak terlalu tinggi tetapi mengalami serangan jantung. Sebaliknya, ada juga yang mempunyai kolesterol tinggi tetapi saluran darah mereka masih baik. Sebab itu, terdapat beberapa penanda darah (blood markers) yang boleh memberi gambaran lebih mendalam tentang risiko penyakit jantung dan saluran darah. Antaranya: 1. hs-CRP (High Sensitivity C-Reactive Protein) Ini adalah penanda keradangan dalam badan. Keradangan kronik yang berterusan boleh merosakkan …
Read More »GI VS GL
GI VS GL Ramai keliru antara GI dan GL, padahal ini sangat penting untuk kawal gula & berat badan. Ringkas je: 👉 GI (Glycemic Index)= Seberapa cepat makanan naikkan gula dalam darah ✔️ GI tinggi → gula naik cepat ❌ Tak ambil kira kuantiti makan yang kita makan 👉 GL (Glycemic Load)= Jumlah karbohidrat (gula) pada 100 GM makanan yang makan kita makan Jadi kesan sebenar makanan pada gula darah kita bergantung pada ✔️ GI + GL CONTOH MUDAH: 👉 TEMBIKAI GI tinggi Tapi GL rendah 👉 Nasi putihGI sederhana/tinggiTapi GL tinggi Senang faham: 👉 GI = laju …
Read More »TEH HIJAU — Minuman Paling Banyak Dikaji Dalam Sains Kesihatan
TEH HIJAU — Minuman Paling Banyak Dikaji Dalam Sains Kesihatan Jika semua makanan dan minuman disenaraikan berdasarkan jumlah kajian saintifik yang dibuat, teh hijau hampir pasti berada di antara yang paling atas sekali. Bukti kajian mengenai teh hijau sangat banyak dan kukuh. Malah kajian pada tahun 2024 dan 2025 terus menambah lagi bukti tentang manfaatnya kepada kesihatan. APA KANDUNGAN DALAM TEH HIJAU? Daun teh hijau akan dikukus atau dipanaskan segera selepas dipetik bagi menghentikan proses pengoksidaan. Itulah sebabnya: 🔸 Daunnya kekal berwarna hijau dan tidak menjadi gelap. 🔸 Kandungan polyphenol dalam teh hijau adalah antara yang paling tinggi berbanding …
Read More »PEMAKANAN UNTUK HIPOTHYROID
Sebagai seorang doktor perubatan dan juga coach Wellness A’afiyat, saya ingin terangkan perkara ini dengan cara yang mudah difahami. Jika seseorang hanya mempunyai separuh kelenjar tiroid (contohnya selepas pembedahan thyroid), badan masih boleh menghasilkan hormon tiroid. Namun jumlah hormon mungkin tidak mencukupi, sebab itu berlaku hypothyroidism (tiroid menjadi perlahan). Diet tidak boleh “menumbuhkan semula” tiroid yang hilang, tetapi pemakanan yang betul boleh membantu sel tiroid yang tinggal bekerja dengan lebih baik, mengurangkan keradangan dan menyokong penghasilan hormon.Berikut beberapa prinsip pemakanan yang sangat penting. 1. Pastikan cukup mineral iodin (tetapi jangan berlebihan) Tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon T3 dan T4. …
Read More »TAK MINUM SUSU? WARGA EMAS MASIH BOLEH CUKUPKAN KALSIUM
TAK MINUM SUSU? WARGA EMAS MASIH BOLEH CUKUPKAN KALSIUM Ramai warga emas risau bila tak boleh minum susu—sama ada sebab kembung, gastrik, atau memang tak serasi. Berita baiknya, kalsium masih boleh dicukupkan walaupun tanpa susu. KENAPA KALSIUM PENTING? Kalsium membantu mengekalkan tulang yang kuat, mengurangkan risiko osteoporosis dan patah tulang, serta menyokong fungsi otot dan saraf—semua ini sangat penting bila usia meningkat. SARANAN UMUM: Warga emas disyorkan 2 gelas susu sehari. Jika tidak minum susu, 1 gelas susu boleh diganti dengan sumber kalsium lain yang setara (± 300 mg kalsium). ALTERNATIF PENGGANTI 1 GELAS SUSU (±300 …
Read More »KULIT MUKA ANAK MACAM TERBAKAR
KULIT MUKA ANAK MACAM TERBAKAR Terima kasih kerana berkongsi gambar. Berdasarkan apa yang kelihatan, perubahan kulit di muka anak puan lebih menyerupai kulit sensitif / eczema ringan atau reaksi iritasi, dan tidak nampak tanda jangkitan serius atau bernanah, insyaAllah. Keadaan ini selalunya berlaku pada kanak-kanak apabila kulit kering, sensitif, atau terdedah kepada sabun, tisu basah beralkohol, hand sanitizer atau produk baru. Apa yang puan boleh buat sekarang: 1️⃣ Hentikan dulu semua produk muka yang baru digunakan 2️⃣ Cuci muka anak dengan air suam sahaja atau pencuci lembut (tanpa sabun) 3️⃣ Sapukan pelembap yang ringkas dan selamat (seperti …
Read More »BERMAIN BADMINTON WAKTU MALAM BOLEH DAPAT SERANGAN JANTUNG?
BERMAIN BADMINTON WAKTU MALAM BOLEH DAPAT SERANGAN JANTUNG? Ramai yang bertanya mengenai dakwaan yang mengaitkan bermain badminton pada waktu malam dengan serangan jantung, terutamanya apabila kes kematian mengejut selepas bersukan tular di media sosial. Perlu dijelaskan bahawa badminton bukan punca langsung serangan jantung, sama ada dimainkan pada waktu siang atau malam. Isu sebenar ialah konteks fisiologi tubuh, tahap kesihatan individu dan cara aktiviti itu dilakukan. Badminton ialah sukan berintensiti sederhana hingga tinggi yang memerlukan lonjakan pantas, pergerakan mendadak dan degupan jantung yang tinggi. Bagi individu sihat, ia sangat bermanfaat, namun bagi mereka yang mempunyai masalah jantung tersembunyi, ia boleh …
Read More »KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK?
KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK? Bagus soalan ni. Ramai juga keliru bila tengok madu — terutama madu kelulut — tak membeku walaupun disimpan dalam peti sejuk. Mari saya terangkan dengan cara mudah dan saintifik. Jom dapatkan perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan, motivasi dan ubat-ubatan di page Dr Zubaidi Hj Ahmad. 1️⃣ JENIS GULA DALAM MADU KELULUT BERBEZA Madu kelulut mengandungi lebih banyak fruktosa (gula buah) berbanding glukosa. ➡️ Fruktosa tidak mudah menghablur (kristal), sebab itu madu kelulut kekal cair walaupun dalam suhu sejuk. ➡️ Madu lebah biasa pula tinggi glukosa, jadi ia lebih mudah …
Read More »ANEURISMA AORTA ABDOMEN DAN PEMBEDAHAN
ANEURISMA AORTA ABDOMEN DAN PEMBEDAHAN Pembedahan Aneurisma Aorta Abdomen (AAA) memang serius, kerana ia melibatkan salur darah utama tubuh — aorta, yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan. Saya akan jelaskan dengan terperinci supaya mudah difahami. 1. BAHAYA ANEURISMA AORTA ABDOMEN Aneurisma ialah pengembangan (bengkak) pada dinding aorta. Jika dinding itu semakin menipis dan pecah (rupture), pesakit boleh mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan maut dalam beberapa minit. Risiko paling tinggi: ✅ Jika saiz aneurisma >5.5 cm, risiko pecah meningkat. ✅ Tekanan darah tinggi, merokok, kolesterol tinggi dan umur lanjut menambah risiko. TANDA-TANDA AMARAN …
Read More »TAHAP KERADANGAN TERLALU TINGGI
Saya komen berdasarkan gambar yang dilampirkan. KEPUTUSAN UJIAN 1. ESR (Erythrocyte Sedimentation Rate): 49 mm/hr (Normal: 0–20) Jelas menunjukkan keradangan kronik atau subakut dalam badan. Tidak spesifik pada satu penyakit, tetapi menandakan ada proses keradangan berlaku. 2. CRP (C-Reactive Protein): 9.9 mg/L (Normal: <3.3) Juga tinggi. CRP lebih sensitif berbanding ESR. Kenaikan ini menandakan keradangan aktif, mungkin berpunca dari jangkitan, penyakit autoimun, keradangan sendi, atau faktor metabolik seperti obesiti & sindrom metabolik. 3. CREATINE KINASE (CK): 97 U/L (Normal: 34–145) Masih dalam julat normal. Tidak ada tanda kerosakan otot atau jantung yang ketara. 4. TROPONIN T: <40 ng/L (Normal: <50) …
Read More »SUDAH TUKAR TAHAP GULA WALAUPUN SUDAH JAGA MAKAN
“Assalamualaikum Doktor, kenapa gula dalam darah saya susah nak turun walaupun saya cuba jaga pemakanan? Terima kasih.” *********** Waalaikumussalam. Sukar untuk turunkan gula darah bukan semata-mata kerana makanan, tetapi kerana banyak faktor yang saling berkait. Antaranya: 1. RINTANGAN INSULIN – tubuh menghasilkan insulin, tetapi sel tidak “mendengar” arahan insulin untuk masukkan gula ke dalam sel. Akibatnya gula kekal tinggi dalam darah. 2. BERAT BADAN BERLEBIHAN – lemak berlebihan, terutamanya di bahagian perut, meningkatkan rintangan insulin. 3. KURANG AKTIVITI FIZIKAL – senaman membantu sel lebih sensitif kepada insulin. Bila kurang bergerak, gula lebih susah dikawal. …
Read More »SELAMATKAH COLLOIDAL SILVER SPRAY?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Apa pandangan dr kalau nak amalkan silver ion spray as supplement?” ……………………………… Terima kasih atas soalan yang baik. Ini pendapat saya berdasar pengalaman dan pengetahuan saya. Silver ion spray (ion perak) sebenarnya lebih dikenali dalam dunia perubatan sebagai colloidal silver atau semburan perak ionik. Ia pernah digunakan dahulu sebagai antiseptik luaran (untuk luka, jangkitan kulit, dan membasmi bakteria pada peralatan perubatan). Namun, penggunaannya sebagai supplement untuk diminum atau diamalkan secara dalaman sangat kontroversial dan tidak disokong oleh bukti saintifik moden. 1. KESAN POSITIF (luaran sahaja) Antibakteria & antikulat – Perak memang boleh membunuh beberapa …
Read More »KENCING BERBUIH: APA MAKNANYA?
Kencing berbuih sekali-sekala biasanya tidak berbahaya, tetapi jika ia kerap berlaku atau buihnya banyak dan tidak hilang, ia boleh menjadi tanda masalah kesihatan — terutamanya kebocoran protein dalam air kencing (proteinuria). PUNCA Punca-punca umum kencing berbuih 1. Tekanan air kencing yang kuat – contohnya bila lama menahan kencing. 2. Dehidrasi – air kencing pekat, buih lebih ketara. 3. Proteinuria – tanda awal masalah buah pinggang, seperti nefropati akibat diabetes atau hipertensi. 4. Jangkitan saluran kencing (UTI) – kadang disertai nanah atau bakteria. 5. Pengambilan ubat atau suplemen tertentu – sesetengah protein shake atau ubat boleh memberi kesan. …
Read More »PRODUK JUS DAUN LIDAH BUAYA
PRODUK JUS DAUN LIDAH BUAYA “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya nak tanya doktor, bolehkah pesakit buah pinggang tahap 2 mengambil produk jus daun lidah buaya?” Waalaikumussalam Untuk pesakit buah pinggang tahap 2, pengambilan jus lidah buaya perlu berhati-hati. PERIKSA KANDUNGAN PRODUKBeberapa perkara yang perlu diambil kira: 1. Jenis & kandungan – Pastikan jus lidah buaya adalah tulen dan tidak dicampur gula, pengawet, atau bahan kimia lain yang boleh membebankan buah pinggang. 2. Dos – Ambil dalam kuantiti kecil sahaja, kerana lidah buaya yang berlebihan boleh bertindak seperti julap (laxative), menyebabkan cirit-birit dan kehilangan elektrolit. 3. Kandungan mineral – Sesetengah produk …
Read More »AIR KENCING ADA PROTEIN, NANAH, DARAH DAN BAKTERIA. FUNGSI HATI PUN MULA TERJEJAS
“Salam Dr Dr Zubaidi Hj Ahmad.Ujian air kencing saya menunjukkan ada protein, darah, nanah, dan bakteria. Bacaan ujian darah pula: Sodium: 136Potassium: 5.3Chloride: 103Urea: 3.38Creatinine: 79.6eGFR: 110 Ujian darah fungsi hati pula: Albumin: 18.9A/G ratio: 0.8Total bilirubin: 2.8AST: 44.7Gamma GT: 63.6 Kaki saya bengkak. Mohon pendapat Dr. Ubat semasa: atorvastatin 1 biji sehari (mula Julai 2025).Sebelum ini: simvastatin ½ biji sehari (mula Januari 2024). Terima kasih.” — Waalaikumussalam. Berdasarkan keputusan: 1. Air kencing – Kehadiran protein, darah, nanah, dan bakteria menunjukkan ada jangkitan saluran kencing (urinary tract infection – UTI) dan juga kebocoran protein dari buah pinggang (proteinuria). 2. …
Read More »SEMBELIT AMBIL AIR GULA
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Kalau ambil ubat pelawas seperti air gula (Lactulose), boleh ke doktor? Sebab doktor di klinik ada beritahu ubat pelawas ini tidak bahaya dan boleh diambil setiap hari. Terima kasih.”..Jom ikuti perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan, motivasi dan ubat-ubatan di page Klinik FB Dr Zubaidi. —————- Waalaikumussalam. Lactulose adalah sejenis julap yang berfungsi menarik air ke dalam usus (osmotic laxative) untuk melembutkan najis. Ia berbeza dengan daun senna yang merangsang otot usus. ✅ Kelebihan lactulose: 1. Lebih selamat untuk penggunaan jangka panjang berbanding julap perangsang seperti senna. 2. Tidak menyebabkan usus menjadi “malas” atau …
Read More »LAGI ATHLETE MENINGGAL DUNIA DI GELANGGANG
Kenapa athlete profesional boleh mati secara tiba-tiba di gelanggang? Banyak faktor boleh menyebabkan atlet profesional kelihatan sihat tetapi tetap meninggal dunia secara tiba-tiba, terutamanya semasa atau selepas aktiviti fizikal intensif. Dalam bidang perubatan, ini biasanya dirujuk sebagai sudden cardiac death (SCD).PUNCA Antara punca utama: 1. Masalah jantung yang tidak dikesan -Cardiomyopathy (contoh: hypertrophic cardiomyopathy) – penebalan otot jantung yang boleh ganggu aliran darah dan irama jantung. -Arrhythmia (irama jantung tidak normal) – boleh berlaku walaupun struktur jantung kelihatan normal. -Coronary artery anomaly – salur darah jantung tersusun abnormal sejak lahir. -Penyumbatan arteri koronari awal – walaupun jarang, boleh …
Read More »PESAKIT HEPATITIS B DAN CIRRHOSIS
“Assalamualaikum. Saya menghidap Hepatitis B dan membuat pemeriksaan susulan secara berkala dengan doktor di HUKM. Saya mengambil ubat Tenofovir, 1 biji sehari. Hati saya telah mengalami sirosis, tetapi menurut doktor, keadaan masih di tahap A. Soalan saya: Apakah suplemen yang boleh saya amalkan untuk kesihatan hati? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Bagi pesakit Hepatitis B dengan sirosis tahap awal (Child-Pugh A), fokus utama adalah: 1. Teruskan rawatan ubat antivirus Tenofovir mengikut arahan doktor — ini sangat penting untuk mengawal pembiakan virus dan mencegah kerosakan hati yang lebih teruk. 2. Pantau kesihatan hati secara berkala melalui ujian darah, ultrasound, dan jika perlu, Fibroscan. …
Read More »SUPLEMEN UNTUK HATI KERAS
“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, selepas didiagnosis, saya diberitahu hati saya mengalami masalah ‘hati keras’ (kemungkinan fibrosis atau cirrhosis). Apakah suplemen yang sesuai untuk membantu memulihkan keadaan ini? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Masalah “hati keras” biasanya merujuk kepada fibrosis hati (parut pada hati) atau cirrhosis yang berlaku akibat keradangan atau kerosakan hati berpanjangan. PUNCAKeadaan ini perlu dikenal pasti puncanya terlebih dahulu seperti:.1. Jangkitan virus (contoh Hepatitis B atau C) 2. Pengambilan alkohol 3. Pengumpulan lemak berlebihan pada hati (non-alcoholic fatty liver disease) akibat pemakanan 4. Pengambilan ubat atau toksin tertentu 5. Penyakit autoimun hati RAWATAN Prinsip rawatan utama: 1. …
Read More »SUPLEMEN UNTUK PESAKIT INJAP JANTUNG LONGGAR
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Jika injap jantung longgar, apakah punca-puncanya dan suplemen apa yang sesuai diambil?”. Waalaikumussalam. Injap jantung longgar biasanya merujuk kepada keadaan injap jantung yang tidak menutup rapat (regurgitasi) atau injap yang mengendur seperti pada kes mitral valve prolapse. PUNCA Punca-punca injap jantung longgar: 1. Kongenital – kecacatan sejak lahir dengan bentuk injap yang tidak normal. 2. Keradangan atau jangkitan – contohnya rheumatic heart disease atau infective endocarditis. 3. Degeneratif / penuaan – tisu injap menjadi lemah dan tidak anjal. 4. Penyakit lain – seperti darah tinggi kronik, serangan jantung, atau pembesaran otot jantung. 5. Kecederaan – trauma dada …
Read More »TROPONIN SAYA TINGGI. APA YANG PERLU DIBUAT?
TROPONIN SAYA TINGGI. APA YANG PERLU DIBUAT? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Mohon lihat keputusan darah saya. Adakah ia tinggi, dan apakah yang perlu lakukan. Terima kasih.” Walaikumusalam. Saya akan jelaskan maksud bacaan ini dan tindakan yang biasanya disarankan bila Troponin I tinggi seperti dalam rekod tu (3.8). Sebelum itu, APAKAH TROPONIN I?Troponin I adalah protein dalam otot jantung yang akan masuk ke dalam darah bila otot jantung rosak. Bacaan normal: biasanya < 0.04 ng/mL (bergantung makmal). Bacaan dalam laporan ini adalah 3.8 ng/mL = sangat tinggi, biasanya menunjukkan kerosakan otot jantung yang signifikan. PUNCA BIASA …
Read More »MENGAPA BILIRUBIN SAYA TINGGI?
MENGAPA BILIRUBIN SAYA TINGGI? “Assalamualaikum Tuan,Saya ingin bertanya, kenapa bacaan total bilirubin saya semakin meningkat?Enam bulan yang lalu bacaan saya 18 µmol/L, dan kini naik lagi. Saya pernah mengambil ubat Nexium (esomeprazole) selama 3 bulan, tetapi telah berhenti atas nasihat doktor. Saya juga mengambil suplemen probiotik Infinity. Selain itu, saya mengamalkan minyak zaitun organik dan minyak kelapa dara selama 3 bulan kebelakangan ini. Terima kasih.” Jom ikuti perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan di Dr Zubaidi Hj Ahmad Waalaikumussalam. Berdasarkan info yang diberikan, terdapat peningkatan sedikit dalam bacaan Total Bilirubin iaitu 24 (bacaan normal …
Read More »BOLEHKAH UBAT STATIN MENYEBABKAN BENGKAK PADA PERGELANGAN KAKI
BOLEHKAH UBAT STATIN MENYEBABKAN BENGKAK PADA PERGELANGAN KAKI Ya, statin boleh menyebabkan pergelangan kaki bengkak, tetapi ia bukan kesan sampingan yang biasa. Bengkak pada pergelangan kaki (edema periferal) lebih lazim dikaitkan dengan ubat lain seperti: 1. Amlodipine dan ubat tekanan darah jenis calcium channel blockers (CCB) 2. NSAIDs (ubat tahan sakit seperti diclofenac, ibuprofen) 3. Steroid 4. Ubat diabetes tertentu (seperti pioglitazone) Namun begitu, ada kes terpencil di mana statin boleh menyebabkan kesan sampingan otot atau sistemik, seperti: KESAN BERKAITAN STATIN YANG MUNGKIN MENYEBABKAN BENGKAK 1. Myopathy atau Rhabdomyolysis Statin boleh menyebabkan kerosakan otot yang …
Read More »JENIS-JENIS MAGNESIUM DAN KEGUNAANNYA
JENIS-JENIS MAGNESIUM DAN KEGUNAANNYA ✅ MAGNESIUM CITRATE Kegunaan: Mengatasi sembelit (laxative ringan) Dos biasa: 200–400 mg sehari Nota: Lebih mudah diserap (bioavailable) dan boleh menyebabkan najis lembut ✅ MAGNESIUM GLYCINATE Kegunaan: Insomnia, migrain, dan kekejangan otot Dos biasa: 200–400 mg sehari ✅ MAGNESIUM OXIDE Kegunaan: Sembelit kronik dan masalah gastrik ringan Dos biasa: 250–500 mg sehari ✅ MAGNESIUM MALATE Kegunaan: Keletihan kronik (CFS), fibromyalgia Dos biasa: 200–400 mg sehari ✅ MAGNESIUM TAURATE Kegunaan: Sebagai anti-radang dan anti-oksida untuk kesihatan jantung dan tekanan darah Dos biasa: 200–400 mg sehari ✅ MAGNESIUM THREONATE Kegunaan : …
Read More »TOCOTRIENOL UNTUK WANITA HAMIL
Tocotrienol ialah bentuk semula jadi vitamin E yang lebih aktif berbanding alpha-tocopherol biasa. Ia ditemui secara semula jadi dalam minyak sawit merah, beras perang, annatto dan gandum. Dalam dunia kesihatan fungsi dan nutrisi semula jadi, tocotrienol semakin mendapat perhatian kerana kuasa antioksidan dan anti-radangnya yang luar biasa. Namun, ramai ibu hamil masih tertanya-tanya: Adakah ia selamat untuk saya? TOCOTRIENOL secara umumnya selamat untuk wanita hamil, jika diambil dalam dos yang sederhana dan dimulakan selepas trimester pertama.Semasa trimester pertama (0–12 minggu), janin sedang membentuk organ penting, dan sebarang gangguan luar — walaupun daripada suplemen semula jadi — perlu dielakkan kecuali …
Read More »KEBAIKAN MAGNESIUM GLYCINATE
KEBAIKAN MAGNESIUM GLYCINATE Magnesium glycinate ialah gabungan antara magnesium dengan asid amino glycine. Ia adalah bentuk magnesium yang paling mudah diserap oleh tubuh, dan sangat lembut pada sistem penghadaman — sebab itu ia sering disarankan untuk mereka yang ada masalah usus sensitif, anxiety atau tidur. Antara manfaat utama Magnesium Glycinate : 1. Menenangkan sistem saraf & kurangkan keresahan Glycine membantu menenangkan otak, bantu kurangkan simptom anxiety, stress dan irritability Sesuai untuk individu yang selalu rasa gelisah, susah tidur atau letih mental 2. Meningkatkan kualiti tidur Membantu tidur lebih nyenyak dan lena Kajian menunjukkan magnesium bantu regulasi melatonin …
Read More »UBAT DARAH TINGGI DAN BATUK
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Seminggu ni saya dapat flu dan sedikit batu . Macam mana saya nak hilangkan? Saya pengamal minyak Zaiton Olivie 30 plusVitamin CMinyak ikan NV Saya ada masalah tekanan darah tinggi. Makan ubat Hovasch 10. Adakah ubat ini menyebabkan saya batuk? Terima kasih.” ******** Waalaikumussalam. Terima kasih kerana berkongsi. Untuk flu dan batuk ringan, teruskan: ✅ Rehat secukupnya✅ Minum air suam yang banyak✅ Teruskan minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS (1 sudu pagi)✅ Teruskan Vitamin C & minyak ikan NV✅ Boleh tambah minuman halia panas, madu dan lemon untuk bantu kurangkan kahak dan keradangan. …
Read More »5 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI
5 SEBAB KENAPA ANDA MESTI MINUM TEH HIJAU SETIAP HARI oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad Assalamualaikum semua! Hari ini anda minum apa? Air manis? Minuman bergas? Atau… teh hijau yang menyegarkan dan menyembuhkan? Jom ikuti perkongsian bermanfaat https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad?mibextid=ZbWKwL Saya sendiri amalkan teh hijau setiap hari. Ini minuman yang kaya dengan manfaat kesihatan — dan hari ini saya nak kongsi 5 sebab utama kenapa anda juga perlu mula hari ini: 1. Kaya Antioksidan, Awet Muda Teh hijau penuh dengan catechin dan EGCG, iaitu antioksidan kuat yang membantu melindungi sel tubuh, melambatkan penuaan dan mencegah kerosakan oleh radikal …
Read More »BACAAN UJIAN DARAH
“Assalamualaikum Dr, Bacaan ANA 1:320 homogeneous. ESR 20mm/hr, RF 8.5IU/mL, Anti-dsDNA 13 IU/mL, LE cell demonstration not seen. Okay ke? Ada test lain lagi ke saya kena buat?“ Waalaikumussalam Puan, Terima kasih atas perkongsian bacaan ujian darah. Berikut ialah penerangan ringkas berdasarkan keputusan yang diberikan: — 📋 1. Bacaan ANA 1:320 (Homogeneous Pattern) Interpretasi: Bacaan 1:320 adalah positif dan signifikan secara klinikal. Corak homogeneous sering dikaitkan dengan Systemic Lupus Erythematosus (SLE), tetapi juga boleh ditemui dalam penyakit autoimun lain atau dalam individu sihat, terutamanya wanita. Nota: Bacaan ini memerlukan perhatian lanjut jika disertai simptom seperti ruam, keletihan melampau, sakit …
Read More »APA YANG NAFAS ANDA DEDAHKAN TENTANG KESIHATAN ANDA?
APA YANG NAFAS ANDA DEDAHKAN TENTANG KESIHATAN ANDA? Nafas kita boleh membongkar banyak perkara mengejutkan tentang kesihatan. Ia jauh lebih dari sekadar “nafas berbau” yang memerlukan ubat kumur...Kisah Nyata Pertama: Seorang lelaki berusia 49 tahun datang ke bilik kecemasan – wajah pucat, berpeluh-peluh, sesak nafas, dan mengadu sakit dada. Saya terus mengesyaki serangan jantung. Tetapi apabila saya mendekati untuk mendengar bunyi jantungnya, saya terhidu bau masam yang sangat kuat – membuat saya menukar pendapat. Selepas beberapa soalan ringkas, saya mengesahkan beliau sebenarnya mengalami pedih ulu hati (GERD) yang teruk. Saya tetap melakukan ujian jantung penuh untuk memastikan ia bukan serangan. …
Read More »TINGGI POTASSIUM DALAM AIR KENCING
TINGGI POTASSIUM DALAM AIR KENCING “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya — jika keputusan ujian menunjukkan paras kalium (potassium) tinggi dalam air kencing, adakah masih selamat untuk mengambil kurma Ajwa?Mohon penjelasan, terima kasih.” Waalaikumussalam. Kurma Ajwa — termasuk semua jenis kurma — mengandungi kalium yang tinggi, dan TIDAK sesuai diambil secara berlebihan jika seseorang itu mengalami masalah potasium tinggi. Kenapa Perlu Berhati-hati? 1. Kurma Ajwa = Buah tinggi potassium. ➤ 100g kurma boleh mengandungi ~650mg potassium. ➤ 3–4 biji kurma = hampir 300mg potassium. 2. Kalium tinggi (Hyperkalemia) boleh berlaku jika: ➤ Fungsi buah …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
