
MENGAPA BILIRUBIN SAYA TINGGI?
“Assalamualaikum Tuan,
Saya ingin bertanya, kenapa bacaan total bilirubin saya semakin meningkat?
Enam bulan yang lalu bacaan saya 18 µmol/L, dan kini naik lagi.
Saya pernah mengambil ubat Nexium (esomeprazole) selama 3 bulan, tetapi telah berhenti atas nasihat doktor.
Saya juga mengambil suplemen probiotik Infinity.
Selain itu, saya mengamalkan minyak zaitun organik dan minyak kelapa dara selama 3 bulan kebelakangan ini.
Terima kasih.”
Jom ikuti perkongsian bermanfaat berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan di Dr Zubaidi Hj Ahmad
Waalaikumussalam.
Berdasarkan info yang diberikan, terdapat peningkatan sedikit dalam bacaan Total Bilirubin iaitu 24 (bacaan normal antara 5 – 17).
PUNCA
Ia boleh berlaku secara fisiologi, terutamanya jika:
1. Dehidrasi
2. Puasa atau waktu tidak makan lama
3. Hemolisis ringan (pecahan sel darah merah)
4. Gilbert’s Syndrome – gangguan genetik ringan & tidak berbahaya
5. Masalah penukaran bilirubin di hati (enzim UGT rendah)
Jika fungsi hati lain normal, dan tiada gejala (sakit perut, mata kuning, air kencing gelap), kenaikan ini biasanya tidak membimbangkan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, fungsi hati adalah normal. Tahap bilirubin sedikit tinggi, tetapi tidak signifikan tanpa gejala.
CADANGAN
1. Teruskan amalan minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS dan minyak kelapa dara Olive House, tapi elakkan berlebihan (1 sudu besar sehari sudah cukup).
2. Minum air secukupnya, untuk elakkan dehidrasi yang boleh ganggu bacaan bilirubin.
3. Senaman berkala (brisk walk 30 minit, 4x seminggu) bantu naikkan memperbaiki perjalanan darah dan menyahkan bilirubin dari hati.
4. Ambil makanan tinggi serat larut – chia seed, oat, sayuran hijau.
5. Pantau semula bacaan bilirubin dan HDL dalam 3–6 bulan.
6. Jika bacaan bilirubin kekal tinggi >30, mungkin perlu siasatan fungsi hati lebih lanjut (GGT, conjugated bilirubin, ultrasound hati).
7. Pengambilan vitamin E membantu meningkatkan fungsi sel hati dan melindungi sel perut.
Semoga bermanfaat.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT.
Boleh dapatkan Minyak Zaitun OLIVIE PLUS 30X di sini :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
