“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Jika injap jantung longgar, apakah punca-puncanya dan suplemen apa yang sesuai diambil?”.
Waalaikumussalam.
Injap jantung longgar biasanya merujuk kepada keadaan injap jantung yang tidak menutup rapat (regurgitasi) atau injap yang mengendur seperti pada kes mitral valve prolapse.
PUNCA
Punca-punca injap jantung longgar:
1. Kongenital – kecacatan sejak lahir dengan bentuk injap yang tidak normal.
2. Keradangan atau jangkitan – contohnya rheumatic heart disease atau infective endocarditis.
3. Degeneratif / penuaan – tisu injap menjadi lemah dan tidak anjal.
4. Penyakit lain – seperti darah tinggi kronik, serangan jantung, atau pembesaran otot jantung.
5. Kecederaan – trauma dada yang menjejaskan struktur injap.
RAWATAN
Rawatan utama adalah melalui pemantauan doktor dan ubat yang sesuai untuk kawal simptom & komplikasi.
Suplemen hanya berperanan sebagai sokongan kesihatan, bukan pengganti rawatan.
Suplemen sokongan yang boleh dipertimbangkan:
1. Co-enzyme Q10 – menyokong tenaga otot jantung.
2. Omega-3 (minyak ikan) – membantu kurangkan keradangan dan sokong kesihatan saluran darah.
3. Magnesium – membantu kestabilan degupan jantung.
4. Vitamin C & E – antioksidan untuk kurangkan tekanan oksidatif pada tisu jantung.
5. Olive oil extra virgin – menyokong kesihatan kardiovaskular secara umum.
NOTA PENTING
1. Elakkan suplemen yang lain tanpa nasihat doktor kerana sesetengahnya boleh mengganggu ubat jantung.
2. Teruskan pemeriksaan echocardiogram secara berkala untuk pantau tahap kerosakan injap.
Semoga bermanfaat.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Doktor. Motivator Islamik. Coach Wellness A’aFIYAT
Boleh dapatkan PAKEJ ANTI AGING.
Mengandungi OLIVIE PLUS 30X, VIT E NATRIEO, COQ10, dan MINYAK IKAN NV

Boleh dapatkan VITAMIN C NUTRIFORTE di :

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
