KOPI VS MATCHA: MANA SATU LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN ANDA? Ketika populariti matcha meningkat, anda mungkin tertanya-tanya adakah lebih baik menggantikan kopi dengan matcha sebagai minuman berkafein harian. Matcha ialah minuman berasaskan serbuk teh hijau berkualiti tinggi yang dibancuh dalam air panas atau susu. Ia mempunyai rasa unik dan kaya dengan antioksidan dan asid amino yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan seperti mencegah kanser dan meningkatkan fungsi otak. Kopi juga kaya dengan antioksidan. Di AS, separuh daripada populasi dewasa menikmatinya setiap hari untuk mengurangkan keletihan. Kajian menunjukkan bahawa kopi boleh membantu mencegah keradangan, diabetes jenis 2 dan kemurungan. Jadi, …
Read More »Umum
MRI OTAK : KANSER ATAU BENIGN
MRI OTAK : KANSER ATAU BENIGN “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Saya ingin memohon sedikit pencerahan. Saya telah menjalani MRI otak dan keputusannya menunjukkan ada ketumbuhan pada bahagian kiri otak. Saya buat MRI kerana saya sering mengalami sawan dan hilang kesedaran. Doktor di hospital memaklumkan bahawa untuk mengetahui sama ada ketumbuhan ini adalah kanser atau bukan, perlu dilakukan biopsi. Buat masa ini saya memilih untuk tidak melakukannya kerana risikonya. Sekarang saya sedang mengamalkan rawatan homeopati dan beberapa suplemen seperti PHS, minyak zaitun, minyak kelapa dara dan lain-lain. Soalan saya: berdasarkan laporan MRI ini, adakah ketumbuhan ini kelihatan seperti kanser, atau ia …
Read More »SUSU KAMBING: SESUAI ATAU TIDAK UNTUK GERD & BATU HEMPEDU?
SUSU KAMBING: SESUAI ATAU TIDAK UNTUK GERD & BATU HEMPEDU? Susu kambing boleh diminum dalam keadaan tertentu bagi pesakit yang mengalami GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) atau batu hempedu. Tetapi ia bukanlah rawatan utama bagi pesakit GERD dan batu hempedu. 1. SUSU KAMBING UNTUK GERD 👉Boleh membantu, tetapi perlu dipilih jenis yang betul. 👉Kebaikan: ✅Alkalin semula jadi – membantu meneutralkan asid perut. ✅Mudah dihadam – berbanding susu lembu kerana saiz globul lemak lebih kecil. ✅Mengandungi anti-radang semula jadi. 👉Risiko: ✅Elakkan susu kambing penuh lemak jika ia menyebabkan rasa sebu atau perut penuh. ✅Susu kambing segar panas suam lebih baik dari …
Read More »MASALAH SUKAR TIDUR
“Saya dah 60 tahun, tapi setiap malam gelisah. Susah tidur. Bangun pagi pun rasa penat. Kadang menangis tanpa sebab.” Ini luahan seorang wanita yang pernah saya temui dalam sesi konsultasi. Masalah sukar tidur bukan sekadar letih fizikal. Ia boleh mencetuskan keresahan emosi, serangan panik ringan, dan rasa tertekan sepanjang hari. Apabila seseorang wanita masuk usia 60 tahun, tahap hormon melatonin dan estrogen menurun, menjadikan kualiti tidur merosot. Tidur jadi pendek, kerap terjaga tengah malam, atau sukar lena semula. Lebih membimbangkan, tidur yang tidak mencukupi mengganggu kestabilan hormon stres (kortisol), menyebabkan : ✅ Emosi mudah terganggu ✅ …
Read More »SMARTWATCH ADAKAH BERKESAN UNTUK PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH?
Smartwatch yang mengukur blood pressure (BP) dan heart rate semakin popular dan ada manfaatnya — tetapi perlu difahami batasan dan ketepatannya. Kelebihan smatch watch : 1. Mudah & pantas: Sesuai untuk pemantauan harian dan gaya hidup aktif. 2. Mengesan corak awal: Boleh beri amaran awal jika ada trend tidak normal (contohnya heart rate terlalu tinggi semasa rehat). 3. Motivasi untuk membantu pengguna lebih peka dengan kesihatan jantung mereka. Namun terdapat kekurangan smart watch: 1. Ketepatan BP tidak setanding alat klinikal: Bacaan BP dari jam pintar hanya anggaran dan tidak boleh dijadikan asas untuk diagnosis atau penyesuaian ubat. …
Read More »BAHAYA MINUMAN 3-IN-1
BAHAYA MINUMAN 3-IN-1 Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan, selain digembar-gemburkan mampu memberi tenaga. . Kajian mendapati minuman ini mengandungi krimer bukan tenusu yang tinggi kandungan lemak tepu dan boleh membahayakan kesihatan jika diambil secara berterusan. . Krimer bukan tenusu yang digunakan dalam minuman 3-in-1 tersebut bukanlah daripada sumber susu, tetapi daripada minyak kelapa sawit yang telah melalui proses hidrogenasi separa – proses yang menjadikannya lemak trans. . Lemak trans ini boleh menyebabkan saluran arteri menjadi sempit, seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. . Selain …
Read More »PLATELET TINGGI UNTUK PESAKIT DIABETES
PLATELET TINGGI UNTUK PESAKIT DIABETES Platelet tinggi bermaksud jumlah sel pembeku darah meningkat, biasanya melebihi 400 x10⁹/L. Ini boleh berlaku secara: 🖍️ Primer (masalah berpunca dalam sumsum tulang – contohnya Essential Thrombocythemia) 🖍️ Sekunder / reaktif – yang lebih biasa dan berpunca dari: 1. Keradangan kronik (contohnya: diabetes tidak terkawal) 2. Jangkitan 3. Kecederaan atau trauma 4. Anemia kekurangan zat besi 5. Pengambilan ubat tertentu Pesakit diabetes (terutama jika tidak terkawal) sering berada dalam keadaan radang kronik, yang boleh mencetuskan penghasilan platelet secara berlebihan (thrombocytosis reaktif).Kajian menunjukkan HbA1c tinggi dan insulin resistance boleh mengaktifkan sistem imun dan hemostasis, termasuk kenaikan …
Read More »APA ITU CA 19-9?
Ada pertanyaan dari follower saya mengenai laporan pemeriksaan darah. Berdasarkan keputusan ujian darah ini, yang paling menonjol adalah: CA 19-9 = 76.7 U/mL (tinggi; julat normal <37.0 U/mL) Apa itu CA 19-9? CA 19-9 (Carbohydrate Antigen 19-9) ialah penanda tumor yang sering dikaitkan dengan: 🖍️ Kanser pankreas (paling biasa) ✅Kanser saluran hempedu ✅Kanser usus atau gastrik 🖍️ Kadangkala meningkat dalam keadaan tidak berkanser seperti: ✅pankreatitis kronik ✅sirosis hati ✅batu hempedu ✅penyakit radang usus Saya meneliti keputusan darah yang lain: CA 125, CA 15.3, AFP, CEA: Semua dalam julat normal. Free T4, RF, VDRL, Hepatitis B Screen: Normal …
Read More »SUPLEMEN PESAKIT CKD DAN IHD
SUPLEMEN PESAKIT CKD DAN IHD Terima kasih Puan yang bertanya mengenai kesihatan suami. Saya simpulkan dahulu ringkasan kesihatan suami: ✅Umur: 49 tahun ✅Creatinine (Cr): 159 µmol/L (tinggi – menunjukkan fungsi buah pinggang terjejas) ✅Urea: 7.4 mmol/L (atas julat normal – berpotensi menunjukkan penurunan fungsi ginjal) ✅Sejarah perubatan: Darah tinggi & Ischemic Heart Disease (IHD) Secara ringkas, 1. Creatinine 159 µmol/L menunjukkan fungsi buah pinggang telah mengalami penurunan kepada sekitar CKD tahap 2–3a, bergantung pada nilai eGFR (yang biasanya dikira dari creatinine + umur + jantina). 2. Urea 7.4 mmol/L berada di sempadan atas normal. 3. Gabungan hipertensi dan IHD …
Read More »KANSER PANKREAS – PEMBUNUH SENYAP DENGAN KADAR MAUT PALING TINGGI!
KANSER PANKREAS – PEMBUNUH SENYAP DENGAN KADAR MAUT PALING TINGGI!Tahukah anda, kanser pankreas adalah antara kanser paling berbahaya di dunia?Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya 2–9% pesakit kanser pankreas mampu hidup melebihi 5 tahun selepas diagnosis. Ini bermakna, 91–98% pesakit akan meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun.Apa yang lebih membimbangkan, kanser ini sangat sukar dikesan di peringkat awal kerana:1. Tiada simptom yang jelas 2. Simptom datang dan pergi 3. Kadang-kadang langsung tiada simptom Oleh itu, kesedaran dan saringan awal sangat penting, terutamanya bagi mereka yang mempunyai faktor risiko berikut: ✅ Diabetes✅ Obesiti✅ Kronik pankreatitis✅ Merokok✅ Sejarah keluarga dengan kanser Jangan …
Read More »DISERANG GOUT WALAUPUN SUDAH JAGA MAKAN
“Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya XXX dari Kuala Lumpur ingin bertanya berkenaan masalah gout. Sebelum ini, suami saya (berumur 70 tahun) tidak pernah mengalami serangan gout. Namun, sejak bulan Mac tahun ini, beliau telah diserang sebanyak dua kali dalam sebulan. Bacaan asid uriknya adalah 550 µmol/L. Doktor telah memberinya ubat Colchicine dan Allopurinol. Berat badannya sekitar 72 kg. Beliau kerap berpuasa sunat, tidak merokok, dan memang sangat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Untuk makluman doktor, suami saya juga mengambil ubat darah tinggi Exforge HCT 160/25 mg.Persoalan saya, adakah ubat darah tinggi tersebut boleh menjadi salah satu punca kepada serangan …
Read More »PRO-EZ: PENJAGAAN USUS MENYELURUH UNTUK HIDUP LEBIH SIHAT
Usus kita bukan sekadar tempat hadam makanan — ia pusat sistem imun, hormon dan emosi. Bila usus terjaga, barulah tenaga stabil, kulit berseri, fikiran tenang, dan badan lebih sihat secara menyeluruh. Sebab itu saya sarankan PRO-EZ, suplemen lengkap untuk kesihatan usus yang menggabungkan probiotik, prebiotik dan enzim pencernaan dalam satu sachet mudah larut. — Siapa Patut Ambil PRO-EZ? 1. Masalah penghadaman: Sembelit, cirit-birit, perut kembung, atau sindrom usus bocor. 2. Lepas makan antibiotik: Untuk pulihkan semula bakteria baik dalam usus. 3. Warga emas & kanak-kanak: Tingkatkan imun dan kesihatan usus secara semula jadi. 4. Kulit bermasalah: Ekzema, jerawat, dan …
Read More »BENARKAH SUPLEMEN MENYEBABKAN MASALAH FATTY LIVER?
BENARKAH SUPLEMEN MENYEBABKAN MASALAH FATTY LIVER? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Daripada keputusan ujian darah minggu lalu, saya telah disahkan mengalami masalah hati. Doktor mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh pengambilan suplemen. Adakah benar, atau mungkinkah ia berpunca daripada pengambilan gula dan karbohidrat ringkas? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Saya telah semak keputusan darah yang puan tunjukkan.. Untuk ujian fungsi hati ( Liver Function Test (LFT) 👉 Total Protein 81 g/L (tinggi sedikit daripada normal 64–85) 👉 Globulin 46 g/L (tinggi, normal 20–39) 👉 Alkaline Phosphatase (ALP) 90 U/L (masih dalam julat normal 38–124) 👉 Aspartate Transaminase (AST) 92 U/L …
Read More »PERLUKAH AMBIL UBAT STATIN?
PERLUKAH AMBIL UBAT STATIN? “Assalamualaikum. Boleh doktor komen dan beri cadangan keputusan darah saya. Perlukah saya ambil ubat statin untuk menurunkan tahap kolesterol saya. Saya berusia 46 tahun. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Saya telah semak laporan terbaru yang puan hantar. 1. Fasting/Serum Lipids (Profil Lemak Puasa): ✅ Total Cholesterol: 6.1 mmol/L (Tinggi, rujukan <5.2) ✅ Triglyceride: 0.7 mmol/L (Normal, rujukan <2.3) ✅ HDL-Cholesterol : 1.6 mmol/L (Normal, rujukan >1.1) ✅ LDL-Cholesterol (“kolesterol jahat”): 4.2 mmol/L (Tinggi, rujukan <3.4) ✅ Non-HDL Cholesterol: 4.5 mmol/L (Tinggi, rujukan <3.4) Jadi masalahnya adalah puan mengalami tahap tinggi pada LDL dan total cholesterol. …
Read More »MENURUNKAN TEKANAN DARAH TANPA UBAT SINTETIK
“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, ayah saya berumur 74 tahun dan tidak pernah mengambil sebarang ubat darah tinggi atau ubat-ubatan lain. Apakah suplemen yang sesuai untuk membantu menurunkan tekanan darahnya secara semula jadi? Saya bercadang untuk memulakan dengan minyak zaitun Olivie Plus. Apa pandangan doktor?”. Waalaikumussalam. Untuk individu warga emas yang belum memulakan ubat tekanan darah tinggi, pendekatan semula jadi adalah digalakkan – dengan syarat tekanan darah masih dalam tahap terkawal dan dipantau secara konsisten. ✅ Minyak Zaitun Extra Virgin (EVOO – contoh: Olivie Plus) Kaya dengan polifenol dan antioksidan. 👉 Kajian menunjukkan EVOO dapat menurunkan tekanan darah …
Read More »PERLU SUPLEMEN UNTUK ATASI KESAN UBAT SINTETIK?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya. Jika seseorang mengambil ubat Metformin, Perindopril dan Statin, apakah suplemen harian yang disarankan untuk membantu mengurangkan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut? Terima kasih, Dr.” Waalaikumussalam. Kesan sampingan ubat sintetik akan terasa apabila seseorang mula mengambil ubat tersebut dalam dos maksima dan dalam jangkamasa yang lama. Antara kesan sampingan yang utama untuk pengambilan Metformin adalah : ✅ Kekurangan vitamin B12 yang menyebabkan anemia, rasa kebas dan keletihan. ✅Ketidakseimbangan mikrobiota (kuman baik) dalam usus yang menyebabkab masalah perut dan usus seperti cirit-birit, kembung. ✅ Gangguan penyerapan nutrien terutama folat dan coenzim Q10. …
Read More »KERAP KENCING BILA AMBIL UBAT DAPAGLIFLOZIN
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Sejak mula mengambil ubat dapagliflozin, saya perasan kerap buang air kecil. Adakah ini kesan biasa ubat tersebut atau merupakan kesan sampingan yang perlu dibimbangkan? Terima kasih”. ******** Waalaikumussalam. Ya, kerap buang air kecil selepas mengambil dapagliflozin adalah biasa dan merupakan kesan farmakologi utama ubat tersebut, bukan sekadar kesan sampingan. Dapagliflozin ialah ubat dalam kumpulan SGLT2 inhibitor (sodium-glucose co-transporter 2 inhibitor). Ubat ini digunakan untuk: ✅ Mengawal paras gula dalam darah pesakit diabetes jenis 2. ✅ Digunakan juga untuk pesakit gagal jantung dan masalah buah pinggang kronik. Dapagliflozin bertindak menyekat protein SGLT2 dalam buah pinggang. …
Read More »APA ITU AUTO-BREWERY SYNDROME?
“Bila perut jadi kilang alkohol tanpa kita sedar…” Bayangkan seorang ibu muda di Toronto, sedang menyediakan makan tengah hari untuk anak-anaknya. Tiba-tiba dia rasa pening, lemah, dan akhirnya pengsan. Lebih pelik, nafasnya berbau alkohol – walaupun dia tidak minum setitis pun! Selama dua tahun, pelbagai doktor menolaknya. Mereka menuduhnya meminum alkohol secara diam-diam. Namun si ibu tetap teguh dengan kata hatinya – “Aku tak pernah minum” Selepas tujuh kali masuk ke unit kecemasan, barulah seorang doktor mencadangkan satu diagnosis pelik tetapi benar: Auto-Brewery Syndrome (ABS). — Apa Itu Auto-Brewery Syndrome? ABS adalah satu kondisi sangat jarang berlaku di mana mikroorganisma …
Read More »SAKIT DI BELAKANG LUTUT
“Assalamualaikum doktor. Saya nak tanya — setiap kali rukuk, saya rasa sakit di bahagian belakang lutut dan belakang peha. Ubat apa yang sesuai saya ambil? Terima kasih.” Waalaikumussalam, terima kasih atas soalan. Sakit di belakang lutut dan belakang peha semasa rukuk selalunya berpunca daripada salah satu perkara berikut: 1. Ketegangan otot hamstring (otot besar di belakang peha) 2. Keradangan atau ketegangan ligamen di belakang lutut 3. Masalah saraf sciatica ringan (jika sakit menjalar dari pinggang ke kaki) 4. Kurang regangan otot akibat posisi duduk lama atau kurang bersenam Saya mencadangkan, untuk sementara (jika rasa betul-betul sakit). …
Read More »HOMOCYSTEIN TINGGI
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berumur 40 tahun. Bacaan homocystein saya agak tinggi dalam pemeriksaan lepas. Selain itu saya obes 108kg tinggi 165 dan merokok. Bagaimana cara untuk menurunkan bacaan homosystein? Saya dimaklumkan bahawa salah satu caranya adalah dengan mengambil suplemen B kompleks. Adakah terdapat nasihat lain yang boleh diamalkan? Bagaimana pula dengan pengambilan vitamin E dan co-enzim Q10? Terima kasih.” Saya sertakan juga bacaan lipid profile saya. Total kolestrol: 6.4LDL: 4.6HDL: 1.2 NON-HDL: 5.1TG:1.4 Homocystrine : 25Hb1Ac: 5.2BP : 138/86 Waalaikumusalam. Analisa keputusan ujian profile lipid anda. Total Kolesterol: 6.4 mmol/L (Tinggi – Sasaran <5.2) LDL : 4.6 …
Read More »MEMBUANG SETIAP HARI TANDA USUS SIHAT?
“Assalamualaikum, Dr, betulkah jika seseorang membuang air besar setiap hari, itu menandakan ususnya sihat. Terima kasih?” Waalaikumussalam. Tidak semestinya. Kekerapan membuang air besar yang normal berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar sekali sehari, ada yang dua kali sehari, dan ada juga yang selang sehari. Tanda-tanda usus yang benar-benar sihat bukan hanya bergantung kepada kekerapan buang air besar. Ia bergantung kepada : 1. Tekstur najis yang normal – Tidak terlalu keras (sembelit) atau terlalu cair (cirit-birit). Najis yang sihat biasanya berbentuk seperti sosej dan mudah keluar. 2. Tiada rasa sakit atau ketidakselesaan – …
Read More »BERBAHAYAKAH ASPIRIN?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ada ambil aspirin 100mg. Adakah itu dos tinggi? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Aspirin 100mg sehari adalah dos rendah dan biasanya digunakan untuk mencegah serangan jantung dan strok pada individu yang berisiko tinggi, termasuk pesakit: ✔ Penyakit jantung koronari (contohnya, selepas serangan jantung atau pemasangan stent) ✔ Hipertensi & kolesterol tinggi (jika ada risiko penyakit jantung) ✔ Diabetes dengan faktor risiko kardiovaskular ✔ Sejarah strok ringan (TIA – transient ischemic attack) Dos tinggi aspirin biasanya bermula dari 325mg ke atas, dan lebih kerap digunakan untuk: ❌ Merawat sakit atau keradangan akut ❌ Merawat penyakit autoimun seperti artritis reumatoid …
Read More »BAGAIMANA MINYAK ZAITUN OLIVIE 30 PLUS MEMBANTU MENGAWAL PENYAKIT 3 SERANGKAI?
Penyakit tiga serangkai merujuk kepada diabetes, hipertensi (tekanan darah tinggi), dan dislipidemia (kolesterol tinggi), yang merupakan faktor utama penyakit jantung. Minyak zaitun, khususnya extra virgin olive oil (EVOO), mengandungi asid lemak tak tepu (MUFA), polifenol, dan antioksidan yang membantu mengawal ketiga-tiga penyakit ini secara semula jadi. 1. Minyak Zaitun & Diabetes ✅ Meningkatkan sensitiviti insulin – Kajian menunjukkan bahawa MUFA dalam minyak zaitun membantu sel menggunakan insulin dengan lebih efisien, mengurangkan rintangan insulin. ✅ Mengawal paras gula darah – Minyak zaitun memperlahankan penyerapan glukosa dari makanan, mengelakkan lonjakan gula darah selepas makan. ✅ Mengurangkan risiko diabetes jenis …
Read More »BERAPA BANYAK AIR TEBU YANG BOLEH DIAMBIL KETIKA BERBUKA PUASA
Air tebu adalah sumber gula semula jadi yang cepat diserap oleh badan kerana ia mengandungi sukrosa, fruktosa, dan glukosa tanpa serat yang memperlahankan penyerapannya. Oleh itu, jumlah pengambilan air tebu semasa berbuka perlu dikawal, bergantung kepada tahap aktiviti seseorang. Apa maksud aktif? Aktif bermaksud seseorang banyak menggunakan tenaga dalam sehari, sama ada melalui kerja fizikal atau senaman. Contohnya: ✔ Senaman berkala – Berjalan kaki lebih 10,000 langkah sehari, berjoging, berbasikal, berenang. ✔ Kerja fizikal – Pekerja buruh, petani, penghantar makanan, atlet. ✔ Latihan intensiti tinggi – Angkat berat, HIIT, sukan kompetitif. Sebaliknya, tidak aktif bermaksud seseorang …
Read More »SAKIT TEKAK. BOLEH AMBIL MINYAK ZAITUN OLIVIE?
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Puan U. Nak tanya, kalau tonsil sedang bengkak, adakah pengambilan minyak zaitun akan memberi kesan? Perlukah saya berhenti seketika, sebab bila telan minyak zaitun, terasa perit di tekak? Atau ada cara lain untuk mengambilnya, terutama ketika berpuasa? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Apabila tonsil sedang bengkak, tekak menjadi lebih sensitif dan mudah terasa sakit, terutama apabila menelan sesuatu yang bertekstur berminyak atau berasid. Minyak zaitun sebenarnya mempunyai sifat anti-radang dan boleh membantu mengurangkan keradangan, tetapi jika ia menyebabkan ketidakselesaan atau rasa perit, saya mencadangkan beberapa alternatif: 1. Ambil dalam jumlah kecil – Cuba ambil minyak …
Read More »TELINGA BERDESING
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Apakah punca telinga berdesing? Adakah ia disebabkan oleh ubat yang diambil, kesan sampingan lain, atau faktor lain? Bagaimana cara untuk mengatasinya? Terima kasih.” Waalaikumussalam. Telinga berdesing, atau tinnitus, adalah keadaan di mana seseorang mendengar bunyi seperti dengungan, siulan, atau desingan walaupun tiada bunyi luaran yang nyata. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah telinga dan boleh bersifat sementara atau berterusan. Antara punca telinga berdesing adalah: 1. Pendedahan kepada bunyi kuat Bunyi kuat dari muzik, mesin, atau letupan boleh merosakkan sel rambut halus dalam koklea (bahagian dalam telinga) dan menyebabkan tinnitus. …
Read More »APAKAH ALTERNATIF BAGI UBAT KEMURUNGAN?
Biasanya pesakit kemurungan akan diberikan ubat seperti Escitalopram 10mg dan Quetiapine 50mg. Kedua-dua ubat sintetik ini aadalah ubat yang digunakan untuk merawat masalah kesihatan mental, tetapi kedua-duanya mempunyai mekanisme tindakan yang berbeza. 1. Escitalopram 10mg Kegunaan: Merawat kemurungan (Major Depressive Disorder – MDD) dan gangguan kebimbangan (Generalized Anxiety Disorder – GAD). Kelas Ubat: SSRI (Selective Serotonin Reuptake Inhibitor). Cara Berfungsi: Meningkatkan tahap serotonin dalam otak, yang membantu meningkatkan mood dan mengurangkan kebimbangan. Selain ubat ini, doktor mungkin menggantikan dengan ubat seperti: ✅Sertraline (Zoloft) ✅Fluoxetine (Prozac) ✅Paroxetine (Paxil) ✅Venlafaxine (Effexor XR) – SNRI, boleh digunakan jika SSRI …
Read More »BOLEHKAN PESAKIT CKD AMBIL KURMA?
Bila bercakap pasal kurma ramai yang bimbang untuk mengambilnya terutama pesakit ginjal (CKD tahap 3, 4 dan 5) kerana kurma mempunyai tahap potassium yang lebih tinggi dari buah yang lain. Namun begitu, kita sebagai pencinta sunnah ingin mendapat barakah dari pemakanan kurma. Terdapat beberapa hadis yang menyebut tentang kelebihan berbuka dengan kurma dan pengambilan kurma ketika sahur, termasuk amalan Rasulullah SAW. 1. Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata: > كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتَمَرَاتٌ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَمَرَاتٌ، حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ “Rasulullah ﷺ biasa …
Read More »YOGURT UNTUK PESAKIT PERUT BERANGIN?
“Salam, Dr. Saya ingin bertanya mengenai Greek yogurt. 1. Bilakah waktu yang sesuai untuk mengambilnya? 2. Bolehkah ia diambil bersama kurma? 3. Adakah Greek yogurt sesuai untuk individu yang mengalami masalah angin ? Terima kasih, Dr.” Waalaikumussalam. 1. Greek yogurt boleh diambil pada bila-bila masa, tetapi waktu terbaik bergantung pada tujuan pengambilannya: ✅ Pagi (semasa sarapan atau sahur): Memberikan sumber protein yang baik dan membantu kenyang lebih lama. ✅ Selepas makan tengah hari: Bagus untuk pencernaan kerana kandungan probiotik nya. ✅ Sebagai snek sebelum tidur: Memberi protein kasein yang membantu pemulihan otot semasa tidur. ✅ Selepas bersenam: Baik untuk …
Read More »KURMA UNTUK PESAKIT GASTRITIS ATAU GERD
“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, semasa sahur, bilakah waktu yang sesuai untuk mengambil minyak zaitun—sebelum atau selepas makan? Adakah ia boleh dicampurkan dengan buah kurma bagi pesakit gastrik atau GERD? Terima kasih, doc.” Waalaikumussalam. Minyak zaitun boleh diambil sebelum atau selepas makan ketika sahur, bergantung kepada tujuan penggunaannya: Sebelum makan: Membantu melapisi perut dan mengurangkan keradangan bagi pesakit gastrik atau GERD. Selepas makan: Membantu dalam penyerapan nutrien daripada makanan yang diambil. Bolehkah dicampur dengan buah kurma? Ya, minyak zaitun boleh dicampurkan dengan kurma. Malah, ini adalah kombinasi yang baik kerana: 1. Kurma bersifat …
Read More »APA YANG DILEPASKAN DARI OTOT JANTUNG JIKA BERLAKU SERANGAN JANTUNG?
Enzim yang dilepaskan oleh otot jantung yang rosak selepas serangan jantung dipanggil Troponin (Troponin I dan Troponin T). Selain itu, terdapat juga enzim lain yang boleh digunakan untuk mengesan kerosakan jantung, seperti Creatine Kinase-MB (CK-MB) dan Lactate Dehydrogenase (LDH), tetapi troponin adalah penanda yang paling spesifik dan sensitif. 1. Troponin (Troponin I dan Troponin T) Troponin adalah protein yang terdapat dalam otot jantung dan dilepaskan ke dalam darah apabila sel jantung mengalami kerosakan, seperti dalam kes serangan jantung (myocardial infarction). Ujian troponin adalah ujian darah utama untuk mengesan serangan jantung kerana ia sangat spesifik kepada jantung. Paras …
Read More »PEMAKANAN DAN RAWATAN UNTUK PESAKIT DEMENSIA
Ada beberapa pendekatan yang boleh membantu individu yang mengalami nyanyuk (demensia), termasuk pemakanan, suplemen, dan rawatan. ✅ Pemakanan yang baik boleh memperlahankan kemerosotan kognitif dan menyokong fungsi otak. Pemakanan yang disarankan termasuk: ✔️Kaya dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan, ikan berlemak (seperti salmon, tuna), minyak zaitun, dan kacang-kacangan. ✔️Makanan tinggi antioksidan – Contoh: beri biru, brokoli, bayam, dan teh hijau untuk mengurangkan keradangan otak. ✔️Asid lemak Omega-3 – Dari ikan berlemak, biji chia, dan minyak ikan untuk melindungi sel otak. ❎ Kurangkan gula dan makanan proses – Mengawal gula dalam darah boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. ✔️ Vitamin B12 …
Read More »GARAM BERIODIN ATAU TIDAK BERIODIN?
“Assalamualaikum, Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, garam mana yang lebih baik—beriodin atau tanpa iodin? Saya agak keliru. Terima kasih.” Waalaikumussalam. Pilihan antara garam beriodin dan tanpa iodin bergantung pada keperluan kesihatan anda. Garam beriodin membantu fungsi kelenjar tiroid, mengelakkan goiter (bengkak tiroid) dan masalah hormon. Ia juga penting untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak. Jadi ia disyorkan untuk mereka yang kurang sumber iodin dalam diet seperti ikan laut, makanan laut, dan produk tenusu. Jika ada masalah hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif), perlu kawal pengambilan iodin. Bagi mereka yang sudah cukup iodin …
Read More »PERLUKAH SAYA AMBIL UBAT KOLESTEROL
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, adakah saya perlu mengambil ubat kolesterol jika jumlah kolesterol saya adalah 6.1 mmol/L? Saya telah menjalani pemeriksaan kesihatan, dan semua keputusan lain adalah normal, kecuali kolesterol. Saya juga tidak mempunyai masalah darah tinggi atau diabetes. Terima kasih, doktor”. Waalaikumussalam. Berdasarkan bacaan kolesterol 6.1 mmol/L, keputusan untuk mengambil ubat kolesterol bergantung kepada faktor risiko lain. Oleh kerana tahap tekanan darah dan gula puan normal, serta keputusan lain juga baik, puan mungkin tidak perlu terus mengambil ubat kolesterol. Namun, berikut adalah beberapa faktor tambahan yang perlu puan dipertimbangkan: Pertama, jenis kolesterol. …
Read More »USUS SIHAT, EMOSI POSITIF
Ramai yang tidak tahu bahawa usus yang sihat memberikan impak emosi yang positif. Ketidakseimbangan mikrobiome (bakteria baik dan bakteria jahat) dalam usus besar boleh memberi kesan langsung kepada emosi, terutama kebimbangan (anxiety). Usus dan otak dihubungkan melalui saraf vagus serta sistem imun dan hormon. Ketidakseimbangan mikrobiome boleh mengubah komunikasi ini, menyebabkan peningkatan kebimbangan dan stres. Bakteria baik dalam usus membantu menghasilkan neurotransmitter penting seperti serotonin dan GABA, yang berperanan menenangkan minda. Apabila mikrobiome terganggu, paras serotonin menurun, meningkatkan risiko kebimbangan dan kemurungan. Ketidakseimbangan mikrobiome juga boleh menyebabkan keradangan sistemik, yang dikaitkan dengan gangguan mental seperti kebimbangan …
Read More »BILA PEMBEDAHAN JANTUNG DILAKUKAN?
Secara umum, pembedahan (stenting atau CABG) biasanya dipertimbangkan apabila terdapat penyumbatan yang signifikan, iaitu lebih daripada 70% pada arteri utama atau lebih daripada 50% jika melibatkan arteri utama kiri (Left Main Coronary Artery, LMCA). Namun, keputusan untuk menjalani prosedur bergantung kepada lokasi, simptom, dan risiko pesakit. Untuk tahap penyumbatan kurang dari 50%, tidak memerlukan prosedur invasif. Rawatan utama yang diberikan adalah perubahan gaya hidup dan ubat seperti statin, aspirin, dan ubat tekanan darah. Namun jika ada gejala serius seperti angina tidak terkawal, ujian lanjut mungkin diperlukan. Bagi penyumbatan antara 50% hingga 70%, rawatan ubat-ubatan selalu diberikan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
