Tag Archives: zat besi

BILA MASA SESUAI MAKAN PIL TAMBAH DARAH

  Assalamualaikum doktor. Ingin pencerahan dan nasihat. Saya sedang mengandung 5 bulan dan Hb saya ialah 10.4, bacaan yang agak rendah. Bulan rejab akan tiba rabu ini. Dan saya ingin berpuasa. Saya musykil kerana, pil itu perlu dimakan semasa perut kosong utk mendapat penyerapan yg baik. Sebelum ini, saya makan pil iron sebelum tidur.  Terima kasih. WAALAIKUMMUSSALAM Pil zat besi (iron) sering diberikan kepada pesakit atau wanita hamil yang mempunyai bilangan sel darah merah yang rendah. Selalunya ia dikesan apabila seseorang individu menjalani pemeriksaan darah dan didapati bacaan tahap Hb (hemoglabin) rendah. Masa yang terbaik bagi pesakit untuk mengambil pil …

Read More »

Darah Nifas Bermula Selepas Proses Kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar …

Read More »

Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?

BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT? “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT. Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis …

Read More »

KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?

“Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi. Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau …

Read More »

BAYI BERAK DALAM RAHEM

Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.   Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).   Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.   Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. …

Read More »

Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?

Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg …

Read More »

Demam selepas rawatan chemotherapy

DEMAM SETELAH RAWATAN CHEMOTHERAPY   “Salam doctor. Anak saya mengalami penyakit kanser dan baru menghabiskan rawatan satu kitaran dari empat pusingan chemo. Result darah anak saya FBC anak saya menunjukkan peningkatan di mana WBC-9.6, Hb-10.6, Platelat -315. Sekarang ini anak saya berada di rumah sementara menunggu rawatan seterusnya minggu depan. Sepanjang di rumah, saya dapati suhu badannya tidak menentu. Saya mohon Dr Zubaidi boleh berikan pendapat dan jika boleh beritahu apa patut saya lakukan utk pastikan anak saya tidak demam sepanjang di rumah?  Terima kasih atas masa dan perhatian Dr.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kanser secara …

Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP   “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi …

Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, …

Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada …

Read More »

Kesan jangka panjang onani, melancap dan masturbasi

KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI   “Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.   Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.   Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana …

Read More »

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA   “Salam doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”   WALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, …

Read More »

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN     Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan …

Read More »

Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang

BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT DAN UBAT TENANG   “Assalamualaikum Doktor, saya ingin ajukan soalan berkaitan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur. Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya mengalami gangguan. Pada awalnya, beliau menunjukkan sikap yang aneh dan tidak seperti keadaan normal iaitu kerap berzikir dengan suara yg kuat, tidak tidur malam, dan tidak makan. Keluarga saya telah pun membawanya ke hospital dan dirujuk ke bahagian psikiatri. Beliau juga diberikan ubat penenang dan ubat tidur. Selain rawatan moden, kami juga ikhtiar dengan rawatan islam, dan alternatif. Namun masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Doktor juga mengatur temujanji untuk melakukan …

Read More »

Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

 AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU   “Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan.  Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua,  apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA …

Read More »

Tunggu sejam UPT ada jalur halus

UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS   “”Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah jam, baru timbul jalur haus itu. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian UPT seharusnya dibaca dalam masa 5 min selepas contoh air kencing telah dititiskan. Jika UPT positif, bermakna ada dua jalur. Jika UPT negatif hanya ada satu jalur di bahagian C sahaja.   UPT tidak harus …

Read More »

Anak Tidak Mahu Menyusu Badan Lagi Sebab Puting Kecil

ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL “ Assalammualaikum Dr. Zubaidi,  saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy. Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit  kekuningan (jaundice). Oleh kerana  kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan. Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang …

Read More »

Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat

SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT    “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb …

Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan …

Read More »

Isteri belum hamil, tidak datang haid 3 bulan

ISTERI BELUM HAMIL, TIDAK DATANG HAID 3 BULAN “Assalamualaikum Dr. Zubaidi. Selamat menyambut Romadhon Al-Mubarok. Dr. Saya baru berkahwin awal tahun ini. Sebelum berkahwin isteri saya pernah mengalami period tidak normal yang mana dia tidak datang bulan sebanyak 3 kali. Ketika ini, Isteri saya sudah 3 bulan lebih tidak datang bulan.Dia telah membuat pemeriksaan UPT sebanyak 4 kali (3 kali buat di rumah, dan sekali dibuat di klinik swasta). Agak menyedihkan, keempat-empat ujian tersebut adalah negative. Saya telah membuat appointment lain dengan klinik tersebut untuk membuat scanning pada isteri saya. Di sini ada beberapa soalan ya Dr.: 1. Jika scanning …

Read More »

Suntikan perancang haid tidak datang lebih 6 bulan

KESAN SUNTIKAN PERANCANG KELUARGA “as salam dr.. saya nak tanya.. saya ada bayi sekarang berumur 13 bulan.. masih breastfeed walau pun x sepenuhnya.. selepas 2 bulan melahirkan, saya ada mengambil suntikan depo sebanyak 2 kali bagi tempoh 2 bulan sekali. selepas itu saya sudah menghentikan pengambilan suntikan depo.. masalahnya, hingga ke hari ini saya masih x period…adakah itu normal dr ?saya sudah 6 bulan stop injeksion depo tu dr..” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara kesan sampingan injeksion perancang tersebut adalah kitaran haid yang tidak menentu. Kesan ini selalunya bersifat sementara, dan paling lama ia berlangsung selama enam bulan. Saya mencadangkan …

Read More »

Sedikit pendarahan pada 8 minggu kehamilan

 PENDARAHAN PADA MINGGU KE LAPAN KEHAMILAN   “salam doc.. sori ,meganggu. ada 1 soalan kecemasan ni. sy pregnant 2 1/2 bulan. ms kandungan 8 minggu ada sedikit bleeding & warded lps tu ok. skg keluar pulak lendir coklat yg terlalut pekat. coklat kehitaman. blh tlg jelaskan tak apa yg berlaku? Tq”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa, terutamanya dalam masa tiga bulan pertama kehamilan, kadang kala ia tidak membahayakan bayi dalam rahem. Pendarahan ini akan berhenti dalam masa dua atau tiga hari. Punca pendarahan seperti ini disebabkan oleh: Pendarahan implantasi, yang mungkin berlaku apabila …

Read More »

Keguguran akibat makan ikan pari

KEGUGURAN AKIBAT MAKAN IKAN PARI   “Assalamualaikum doktor dan selamat berpuasa.  Sy baru mengalami keguguran pd usia kandungan 3 bulan..dan sy ingin bertanya adakah memakan ikan pari sewaktu kehamilan boleh menyebabkan keguguran. Ini kerana sy ada mkn ikan pari sewaktu hamil dan selepas beberapa hari ada bleeding. Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab persoalan sy ini”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang puan alami. Semoga ALLAH  mnggantikan kehilangan yang puan alami dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan mengalami keguguran pada usia kehamilan 3 bulan iaitu lebih kurang 12 minggu. Sebenarnya banyak punca keguguran …

Read More »

SELAMATKAH UBAT UNTUK ANAK ANDA?

Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka. Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak. Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan. Cara …

Read More »

Bacaan pemeriksaan darah untuk fungsi hati tidak normal

BACAAN PEMERIKSAAN DARAH UNTUK FUNGSI HATI TIDAK NORMAL   “Salam Dr. Baru-baru nie saya ada p buat blood test.. pastu bahagian liver ada menunjukkan peningkatan.. antara part yg meningkat ialah total protein, globulin n SGOT/AST dan A/G Ratio x smpi 1.0 pun,, adakah ini menunjukkan saya mengalami penyakit kritikal… perlu ka saya mendapat rawatan hospital”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (liver function test) kadang kala menunjukkan bacaan yang tidak normal terutamanya pada parameter SGOT dan AST . Namun jika bacaan itu tidak melebihi dua kali ganda dari bacaan normal, selalunya ia hanya menunjukkan hati …

Read More »

Rahem jatuh

RAHEM JATUH   “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen …

Read More »

Luka Faraj Lambat Sembuh

LUKA FARAJ BELUM SEMBUH     “Assalamualaikum doctor Zubaidi.  Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina.   Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula?   Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif …

Read More »

Selalu mengalami bengkakan tiroid

SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID       “Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya.  Saya ada pergi ke  klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor  menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap …

Read More »

Susu Formula Tidak Serasi Menyebabkan Sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT   “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi …

Read More »

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

  “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”    Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin …

Read More »

Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?   “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vaksin pneumococcal ada dua jenis.   1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.     2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak …

Read More »

Ibu mempunyai fibroid. Perlukah pembedahan?

IBU MEMPUNYAI FIBROID. PERLUKAN PEMBEDAHAN? “Salam sejahtera doktor zubaidi. Maaf menggangu, Saya ingin bertanyakan soalan. Macam ni..emak sy setelah di scan oleh doktor didapati terdapat fibroid yang sudah membesar  di dalam rahimnya, Mohon pencerahan.  Terima kasih atas keprihatinan tuan. Sekian.” SALAM SEJAHTERA. Ia bergantung kepada umur ibu puan dan saiz fibroid dalam rahem. Jika saiz fibroid terlalu besar sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak ketika haid, atau mengganggu rutin seharian yang lain, mungkin akan mencadangkan pembuangan rahem, kerana secara biologinya fungsi rahem sudah tidak digunakan lagi (kerana fungsi rahem adalah untuk hamil). Ia lebih bermanfaat. Tetapi jika saiz fibroid itu sederhana, …

Read More »

HAMIL DAN MENGALAMI SEDIKIT PENDARAHAN 

“Assalamualaikum doktor. Maaf mengganggu sekarang ni saya sedang hamil anak ke 4 usia kehamilan 32minggu. Saya mahu bertanya doktor dalam 2 hari kebelakangan ini saya mengalami darah coklat cair yang keluar dari faraj. Apakah puncanya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jika pendarahan yang sedikit tanpa rasa ada rasa sakit perut di bahagian bawah pusat (tanda kontraksi mahu lahirkan anak) dan pergerakan bayi dalam rahem seperti biasa, ia tidak perlu dirisaukan.   Biasanya berlakunya “engorgement “(pengembangan salur darah) sekitar faraj menyebabkan sedikit darah keluar dari saluran darah. Ini kerana bayi yang bersaiz semakin besar dan menjadi …

Read More »

Haid Berpanjangan dan Belum Hamil

HAID BERPANJANGAN DAN BELUM HAMIL “Salam. Saya hendak tanya. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan ingin menimang cahaya mata. Pertanyaan saya ialah:  1. Saya sudah mengalami darah haid selama 3 bulan, dan tidak menunjukkan sebarang tanda haid saya akan berhenti. Dalam waktu period, darah ketul sebesar ibu jari sering kali keluar setiap kali sya membuang air kecil.  2. Ada yang mencadangkan supaya saya mengambil suplemen GLA kompleks dan Asid Folic untuk utk betulkan haid. Ada juga mengatakan yang rahim saya panas dan susah hendak hamil. Saya mohon sangat supaya doktor dapat membantu. Terima kasih” Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM …

Read More »

Hamil bersama fibroid dan mengalami pendarahan

“Salam doktor, saya berumur 26thn dan sudah genap setahun kahwin . Sekarang  asay sedang hamil anak pertama berusia 14 minggu. Masalah saya sekarang adalah saya ada fibroid berukuran 13x11cm yang berada dalam rahem bahagian atas. Baru-baru ini, saya  ada mengalami pendarahan yang berwarna coklat. Saya sudah pergi buat pemeriksaan di hospital. Doktor telah melakukan scan, dan mendapati bayi saya  dalam rahem alhamdulillah sihat dan degupan jantung juga baik. Tetapi  saya risau kenapa masih ada pendarahan untuk beberapa hari sampai sekarang, tambah lagi kalau saya bergerak lebih sikit. Mujur sekarang saya adalah suri rumah, jadi saya  kena bed rest je sepanjang …

Read More »

Punca Strok dan Bolehkah Ia Berulang?

APA YANG MENYEBABKAN SAYA DISERANG STROK DAN BOLEH IA BERULANG?   “Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami stroke. Doktor mengesahkannya apabila saya mengalami lemah badan, muka saya yang senget sebelah kaki dan tangan sebelah kiri tidak dapat digerakkan. Doktor membuat CTscan dan mendapati saya mengalami pendarahan kecil di bahagian otak tetapi terkawal. Dengan ubat yang diberikan dan physiotherapy Alhamdulillah keadaan saya semakin bertambah baik. Apa yang menyebabkan saya diserang stroke atau angina ahmar? Bolehkah saya mengalami serangan stroke kali kedua? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lapan puluh peratus daripada semua pesakit yang diserang penyakit angin …

Read More »
error: Content is protected !!