Berapa Cepat Saya Boleh Menguji Kehamilan dengan UPT?

BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT?

“Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT.

Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis dan jenama ujian kehamilan yang puan gunakan. Semua ujian kehamilan UPT akan mengukur jumlah hormon chorionic gonadotrophin manusia (hCG), hormon yang dikeluarkan ketika hamil dan dikeluarkan dari tubuh melalui air kencing.

Ada beberapa jenis dan jenama UPT yang lebih sensitif daripada yang lain. UPT jenis ini dapat mengesan tahap hormon hCG yang rendah seawal empat hari sebelum hari sepatutnya haid atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Kepekaan ujian kehamilan dapat dilihat pada kotak bungkusan sebagai “unit mili-International per mililiter” mIU/ml. Kebiasaannya ujian UPT mempunyai kadar kepekaan antara 10mIU / ml hingga 40 mlU / ml. Semakin rendah nombor, semakin sensitif ujian itu, dan semakin awal ia dapat mengesan kehamilan.

Jika puan menguji terlalu awal, jumlah hormon hCG dalam air kencing anda mungkin tidak cukup tinggi untuk dikesan. Ini menyebabkan ujian puan menjadi negatif, walaupun sebenarnya puan hamil.

Kebanyakan ujian UPT akan memberikan keputusan yang tepat jika dilakukan selepas dua minggu berlakunya ovulasi.

Saya mencadangkan agar ujian UPT ini dilakukan dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid, bagi memastikan kepekatan hormon hCG betul-betul tinggi dalam darah dan air kencing.

Jika puan mendapat keputusan negatif, tetapi masih tidak datang haid, saya mencadangkan agar ujian dilakukan semula selepas seminggu, bagi memastikan paras hormon hCG betul-betul tinggi dalam darah dan air kencing.

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!