Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas.
Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik.
Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil.
Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil.
Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban.
Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh:
1. Berat bayi kira-kira 3.3kg
2. Uri kira-kira 0.7 kg
3. Cecair ketuban 0.8 kg
Dua pertiga daripada penambahan berat badan ini adalah disebabkan oleh :
1. Pembentukan lapisan otot rahem yang membesar kira-kira 1.0.kg
2. Penambahan isipadu darah kira-kira 1.2kg.
3. Penambahan ceceair dalam badan kira-kira 1.2kg
4. Penambahan berat payudara 0.5kg
5. Penambahan lemak untuk memberikan tenaga semasa penyusuan kira-kira 4 kg
PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL
Tiada garis panduan yang sah menunjukkan penambahan berat badan yang normal. Namun sebagai panduan am, bolehlah saya tulis sebagai berikut.
1. Penambahan berat badan akan ketara selepas kehamilan berusia 20 minggu
2. Bagi wanita yang mempunyai BMI yang kurang 18.5, penambahan berat badan sepanjang kehamilan antara 13kg hingga 18kg, dengan kadar penambahan antara 0.5- 0.6kg seminggu selepas 20 minggu.
3. Bagi wanita yang mempunyai BMI yang normal, antara 18.5 hingga 24.9, penambahan berat badan sepanjang kehamilan antara 11.5-16 kg, dengan penambahan 0.4kg ke 0.5kg seminggu selepas 20 minggu.
4. Bagi wanita yang agak berat badan berlebihan, BMI antara 25-29,9, penambahan berat badan antara 7-11.5kg, dengan penambahan 0.2 ke 0.3kg seminggu selepas 20 minggu.
Penambahan berat badan yang mendadak ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi ketika hamil, seperti :
1. tekanan darah tinggi ketika hamil
2. kencing manis ketika hamil
3. Bayi yang bersaiz besar (macrosomia)
4. Terpaksa menjalani pembedahan caesarean
Jadi kita mempunyai berat badan yang tidak normal ketika hamil, berbincanglah dengan doktor atau bidan terlatih.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:
![[KLIK]](https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/ekf1.jpg?resize=300%2C225&ssl=1)