KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI
“Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.
Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.
Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana faktor wanita itu sendiri memang lambat mendapat kepuasan seksual dan faktor khitan yang keterlaluan di mana ada wanita yang dibuang keseluruhan clitorisnya.
Masalah ini berlaku apabila mereka yang melakukan onani ini biasa dengan melakukan sentuhan kasar pada alat kelamin mereka.
Selalunya masalah ini bermula selepas 5-10 tahun. Jika mereka mula melakukan perbuatan ini semasa remaja, maka selalunya apabila berumur akhir 20an atau awal 30an, tanda-tanda awal bermula iaitu zakar sukar keras, keras yang tidak maksima atau lambat pancutan. Bagi wanita pula mungkin rasa tidak puas ini lebih awal, malah ada yang merasakannya di awal perkahwinan.
Kesan ini akan cepat dirasai bergantung pada faktor jangkamasa ia melakukan perbuatan itu. Jika ia melakukan di awal usia remaja, semakin cepatlah ia mengalaminya. Faktor kedua ialah kekerapan. Semakin kerap melakukan onani semakin cepat ia mendapat kesan buruk onani.
Ramai bertanya, bagaimana jika melakukannya sesekali?
Dari segi perubatannya melakukan onani sesekali tidak memudaratkan. Dari segi syarie, ia adalah suatu dosa. Namun selalunya perbuatan onani ini mendatangkan ketagihan. Ibarat remaja yang merokok, mulanya sesekali, lama kelamaan semakin kerap dan semakin banyak rokok yang dihisap. Jarang orang yang melakukan onani ini tidak mengalami ketagihan.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini saya mencadangkan mengambil beberapa suplemen seperti Vit C dan vitamin E.
Jika lelaki boleh mencari pil mutiviatamin yang mengandungi Vit C , Vit E, Selenium dan Zinc, disamping suplemen Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM. Bagi wanita boleh gunakan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:
![[KLIK]](https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/ekf1.jpg?resize=300%2C225&ssl=1)
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/