Tag Archives: ultraungu

Tidak Obese Tetapi Haid Tidak Menentu

TIDAK OBESE TAPI HAID TIDAK MENENTU “Salam Dr, saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur yang saya tidak pasti apa penyebabnya. Saya juga bimbang kerana saya tahu bahawa kitaran haid yang tidak teratur ini akan mengganggu kesuburan. Saya berusia 27tahun, masih belum berkahwin, BMI ideal. Apakah yang perlu saya lakukan bagi mendapatkan kitaran haid yg normal. Adakah saya perlu menjalani sebarang check up utk mengenalpasti masalah yg saya hadapi ni. Mohon pencerahan. Terima Kasih Dr.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Masalah kitaran haid yang tidak menentu sering berlaku pada wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Namun adakalanya ia juga boleh …

Read More »

Immunisasi vaksin lima serangkai elak diphtheria

IMMUNISASI VAKSIN LIMA SERANGKAI ELAK DIPHTHERIA Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B. “Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. “Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila …

Read More »

Kulit kering dan Bergaris halus tanda penuaan

KULIT KERING DAN BERGARIS HALUS DISEBABKAN OLEH PENUAAN Berat badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an. Antara simptom penuaan ialah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik hendak tidur dan mudah sangat tidur. Perubahan pada wajah juga agak ketara. Pada peringkat awal terdapat garis-garis halus pada kulit muka, sebelum ia menjadi lebih teruk apabila berlakunya kulit muka yang berkedut dan tidak lagi menegang.   Berada lama di bawah matahari, merokok, diet, …

Read More »

Awas Bahaya Suntikan oleh staf bukan doktor untuk Cantik

BAHAYA SUNTIKAN OLEH STAF BUKAN DOKTOR UNTUK CANTIK  SEJAK kebelakangan ini semakin ramai orang kelihatan semakin cantik, putih, gebu dan muda dengan mendapatkan pelbagai bentuk rawatan kecantikan tetapi ada antaranya tidak mengikut cara yang betul. Pada mulanya mereka mengambil produk yang terdapat di pasaran tetapi apabila hasil yang didapati tidak memuaskan mereka mula mendapatkan produk yang lebih berbahaya dengan harapan mendapat hasil lebih pantas. Antaranya melalui kaedah suntikan untuk kecantikan. Baru-baru ini ada kes seorang bekas jururawat telah ditahan kerana memiliki produk yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan. Dia turut menjalankan aktiviti suntikan di rumah sendiri yang boleh mengundang bahaya kepada …

Read More »

Manfaat buah delima dalam SAKANJABEEN

MANFAAT BUAH DELIMA DALAM SAKANJABEEN   Buah delima atau dalam bahasa Inggeris ‘pomegranate’ mempunyai nama botani “Punica granatum”. Perahan buah delima dalam bentuk jus mempunyai rasa masam manis. Rasa manis adalah disebabkan kandungan fruktosa, sementara rasa masam disebabkan oleh bahan tannins. Sementara warna merah buah delima mengandungi banyak bahan anthocyanin yang banyak manfaatnya. Molekul tannin dalam beberapa kajian makmal menunjukkan penurunan mutagenic akitiviti yang menyebabkan berlakunya kansel pada sel. Ini kerana tannins adalah antioksida yang baik, yang melindungi sel dari aktiviti kerosakan oksidatif. Tannin juga menghalang pembiakan kuman, termasuk fungus, yis, bakteria dan virus. Ini berlaku apabila terdapat proses hidrolisis …

Read More »

Omega 3 dan Minyak Kelapa Elak Nyanyuk

OMEGA 3 DAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK ELAK NYANYUK  Pada tahun lalu, direkodkan bahawa Malaysia mempunyai sebanyak 2.8 juta warga emas (berusia 60 tahun dan ke atas) daripada keseluruhan populasi seramai 31 juta orang. Diramalkan, menjelang tahun 2050, negara dijangka mempunyai 40.7 juta penduduk dengan 23.5 peratus daripada populasi itu terdiri daripada warga emas. Pada masa sekarang, 1.4 daripada 10 orang dewasa di Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas mengalami masalah dementia atau nyanyuk. Insiden akibat gejala tersebut juga meningkat kepada 22.7 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 75 tahun dan ke atas. Dementia adalah masalah yang berkaitan dengan simptom …

Read More »

Khasiat sakanjabeen yang mengandungi cuka kurma

KHASIAT SAKANJABEEN YANG MENGANDUNGI CUKA KURMA   Salah satu bahan yang terdapat pada SAKANJABEEN adalah cuka kurma. Cuka kurma adalah diperbuat daripada proses penapaian buah kurma sehingga menghasilkan bahan asid acetik dan beberapa nutrisi yang lain. Antaranya ialah: Vitamin C Vitamin E Vitamin B1 Vitamin B6 Beta-karotena Bioflavonoid Potassium Serat Cuka kurma sudah berkurun digunakan sebagai satu makanan dan perubatan di Timur Tengah. Berikut adalah beberapa khasiat cuku kurma adalah di bawah: 1. Menurunkan Berat Badan Dengan mengamalkan SAKANJABEEN yang mengandungi cuka kurma, ia boleh mengurangkan rasa lapar dan mencepatkan anda berasa kenyang. . Dengan itu, mengurangkan pengambilan makanan, secara …

Read More »

BERHATI-HATI DENGAN PENGGUNAAN UBAT BATUK DAN SELSEMA DALAM MERAWAT KANAK-KANAK

Pada lazimnya, masalah batuk dan selesema adalah berpunca daripada jangkitan virus yang mana badan kita secara semulajadi mempunyai mekanisme pertahanan diri untuk melawan jangkitan tersebut. Simptom awal selesema yang dialami pesakit adalah seperti sakit kerongkong, lemah-lemah badan dan diikuti dengan hidung berair dan tersumbat, batuk dan juga sakit kepala. Batuk dan selesema tidak memerlukan rawatan yang spesifik untuk sembuh. Kebiasaannya badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan simptom akan beransur pulih dalam tempoh tertentu. Rawatan yang diberi adalah lebih kepada untuk melegakan simptom, mencegah komplikasi serta mengelakkan penyebaran jangkitan tersebut. Ubat yang biasa diberikan adalah dari jenis antihistamin (seperti chlorpheniramine), …

Read More »

Puasa sebagai bonus untuk kesihatan

  Kebanyakan pakar bukan beragama Islam mencadangkan orang lain agar berpuasa kerana mendapati puasa menyumbang pelbagai manfaat kepada kesihatan. Sebab itulah terdapat pelbagai jenis puasa untuk kesihatan seperti makan malam awal dan tidak mengambil sarapan atau berpuasa tetapi dibenarkan mengambil jus tertentu.  Puasa yang mereka cadangkan ialah antara 14-16 jam sehari dan paling lewat hingga mencecah 36 jam. Kajian dan pemerhatian mendapati puasa bermanfaat kepada kesihatan. Antara lain puasa Ramadan yang dilakukan setiap hari didapati membantu mengharmonikan paras insulin dan merendahkan paras gula darah bagi penghidap diabetes. Dengan berpuasa selama sebulan penghidap diabetes misalnya dikatakan berupaya merendahkan paras gula kepada …

Read More »

Mencari ubat hati

MENCARI UBAT HATI   Hari ini untuk pertama kalinya aku pergi ke klinik untuk melakukan medical check up “kerohanian”. Ternyata aku mengidap beberapa jenis penyakit yang serius.. Berikut ialah keputusan check up nya: Ketika tekanan darah diukur, ternyata aku memiliki kelembutan hati yang rendah. Ketika suhu tubuh diukur, termometernya menunjukkan darjah kegelisahan aku hampir mencapai 40 celsius. Ketika jantung ku diperiksa, ternyata saluran arterinya tersumbat oleh berbagai kekecewaan, kesedihan, kesepian, kemarahan dan dendam. Aku juga diberitahu bahawa tulang-tulang banyak yang retak kerana tersandung oleh rasa cemburu dan iri. Ini menyebabkan aku tidak dapat berjalan di sisi saudara saudaraku dengan rasa …

Read More »

Mufti: Islam haruskan guna vaksin bahan terlarang

MUFTI: ISLAM HARUSKAN GUNA VAKSIN BAHAN TERLARANG Islam mengharuskan penggunaan vaksin walaupun ia mengandungi bahan terlarang jika tiada pilihan ubat-ubatan yang lebih baik, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Beliau berkata Islam menekankan penganutnya untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta, dan suntikan vaksin merupakan satu daripada cabang yang dibenarkan untuk menjaga kesihatan. “Vaksin ini memang diharuskan oleh Islam kerana ia merupakan satu daripada ‘al-Wiqoyah’ iaitu satu (kaedah) penjagaan (kesihatan) dalam Islam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program wacana pendidikan fatwa yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mazlan Abdullah …

Read More »

BAYI 5 BULAN DIBERIKAN NASI EMPIT

“Salam Dr. Saya ada sorang ank yg raya ni baru 5 bulan..tp fmly n fmly in law dah nak buatkan nasi empit lembik lah..bubur lah..sedangkan sy dah bgtau 6 bulan keatas baru blh mkn..itu pon puree…tp bila sy ckp akan dibgtau..dulu boleh je minum glukos makan bubor umo 2 3 bulan..hidup je smpi skrg? doc ade x penrangan tntang effect bg bby 6m kebawah makan bubur or ape2 slain susu ibu? Thanks doc.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi yang berumur enam bulan ke atas saja yang sesuai diberikan makanan separuh pejal. Ini kerana usus dan sistem penghadaman bayi …

Read More »

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?   “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu …

Read More »

Penyakit Tibi berjangkit?

PENYAKIT TB BOLEH BERJANGKIT DENGAN SENTUHAN? “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai penyakit tibi. Minggu lepas kakak saya disahkan menghidap penyakit tibi dan dikuanrintin kan selama seminggu di hospital. Sekrang sudah kluar dan telah dibawa ke kg untuk mak saya jaga…jadi slma dia berada dgn kami perlukah ahli keluarga yg lain menjalani ujian darah untuk semakan samada kami skluarga turut berjangkit atau tidak. Dan satu lagi adakah dengan bersalam/bersentuhan dan dekati dia dgn rapat akan ada keberangkalian penyakit tibi tu merebak ke kita walaupun dia pakai mask. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit …

Read More »

KITARAN UMUR

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata. Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. …

Read More »

Perlukah makan ubat cirit-birit?

PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT?   “Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar ? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita …

Read More »

Keletihan yang melampau

KELETIHAN YANG MELAMPAU   “Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah …

Read More »

Kesan sampingan ubat theophylline

THEOPHYLLINE UNTUK ASMA     “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “   Wa alaikum mus salam.   Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).   Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan …

Read More »

Punca sumbatan pada saluran fallopian

SUMBATAN PADA SALURAN FALLOPIAN      Kira-kira 20 % wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil berpunca dari masalah saluran fallopian yang tersumbat. Antara puncanya ialah: 1. Jangkitan kuman yg bermula dari faraj , masuk kedalam rahim dan akhirnya menjangkiti saluran fallopian. Jangkitan kuman ini menyebbakan keradangan, lekatan dan parut yang akhirnya menyebabkan sumbatan. Jangkitan kuman sering berlaku tanpa disedari. Ia boleh berlaku lepas bersalin, keguguran, atau selepas prosedur pakai iucd. Jangkitan kuman ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya setakat keputihan saja. Ia munkin berlaku sejak remaja dan berterusan sehingga selepas berkahwin. 2. Penyakit-penyakit seperti endometrioisis, fibroids, ovarian …

Read More »

Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetes

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES?   Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan …

Read More »

Saya perlu minuman manis untuk tenaga

RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN”     Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka …

Read More »

Sukar buang air kecil setelah melahirkan anak

SUKAR MEMBUANG AIR KECIL SETELAH MELAHIRKAN ANAK Pada keluaran kali ini, saya menjawab soalan rakan di facebook saya. Semoga ia membantu wanita yang mengalami masalah yang sama. “Assalamualaikum doktor. Saya telah melahirkan anak pada hujung tahun 2015 dan mengalami masalah sukar kencing. Doctor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengalami “urine tertention”, dan disarankan menggunakan catheter. Saya menggunakan catheter selama 9 hari. Selain itu saya juga mengalami hemorroid selepas melahirkan. Soalan saya, adakah hemorroid tersebut yg menyebabkan “retention urine” dan adakah masalah tersebut akan berlaku lagi sekiranya saya melahirkan anak pada masa akan datang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS …

Read More »

Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin

MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal.  Saya tidak …

Read More »

CoQ10 Meningkatkan Tenaga

  SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA    Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna …

Read More »

SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN 

    SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN    Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Bagaimana nutrient ini membantu pesakit jantung? “Salam doctor. Saya mudah mengalami keletihan dan mudah mengantuk. Rasa macam tiada bertenaga. Saya sudah buat pemeriksaan doctor, dan doctor mengesahkan tekanan darah saya normal, saya tidak mengalami diabetis dan tahap kolestrol juga normal. Pemeriksaan ECG juga normal. Cuma degupan jantung saya agak perlahan walaupun doctor kata ia normal.  Nadi saya antara 60-70 beat/minit. Doktor mencadangkan agar saya mengambil suplemen CoQ10. Cuma dia tidak menerangkan bagaimana saya dapat manfaat dari …

Read More »

Salah faham mengenai sembelit

SALAH FAHAM MENGENAI SEMBELIT     “Doktor, saya mempunyai tabiat untuk membuang air besar seminggu sekali. Adakah ini normal?”   “Kebiasaannya, berapa kali sehari kamu ke bilik air untuk membuang air besar?”  tanya saya.   “Saya memang dari kecil membuang air, seminggu sekali”   “Najis kamu keras? Ada sukar hendak membuang atau terpaksa meneran?” Saya bertanya lagi.   “Tiada. Najis saya lembut dan saya tidak menran. Cuma saya buang seminggu sekali?”   “Oh kalau begitu, tabiat buang air besar kamu normal. Kamu tidak mengalami sembelit” Saya menerangkan.   Ramai yang salah faham dan menyangka bahawa jika tidak buang air besar …

Read More »

Mencegah demam dan selsema tanpa ubat

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak.  Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan. Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah: KUNYIT–Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur. MADU –Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik). HALIA –Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan. BAWANG PUTIH–bawang putih dikatakan …

Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM . Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk …

Read More »

Telur untuk bayi berumur kurang setahun

“Salam doc kalau nak bg baby 6 bulan lebih telur rebus, kita perlu cuba bg yg mana dulu ye kuning dulu ke putih dulu ya. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tidak dapat dinafikan bahawa telur (putih telur atau kuning) mempunyai nutrien yang banyak dan memberi manfaat pada orang yang mengambilnya. Namun nilai nutrien ini tidak menyamai nilai nutrien yang ada pada susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi yang berumur setahun ke bawah dan digalakkan untuk meneruskannya sehingga berumur dua tahun. Maknanya jangan gantikan susu ibu dengan mana-mana makanan termasuk telur. Wallahu a’lam

Read More »

MAHU HAMIL SEMULA

  Salam doktor. Saya dan suami telah berkahwin pada usia 29 dan mempunyai seoramg anak setahun selepas ini dan lahir dengan cara pembedahan caeser. Skrg ini anak kami dah hampir berusia 4 thn dan kami sedang berusaha untuk mendapat anak ke dua.  Sy pernah ajak suami saya jumpa pakar kedlsuburan tp dia tidak mahu kerana katanya kami telah pun sudah mempunyai seorang anak.  Tp sy risau sbb suami sy ni gemar mkn maggi, minum air asam dan air berkarbonat. Dia juga tidak suka mkn sayur. Sy puas nasihat tp tetap tidak mahu. Satu hari sy baca artikel di laman blog Dr …

Read More »

Mahu hamil semula selepas dua kali keguguran

” Salam doktor. Saya XXX berumur 29 tahun. 58kg/159cm. Saya pernah mengalami 2 kali keguguran pada tahun 2014& 2015. Incomplete dan complete miscarriage. Keguguran pertama-7w6d. Keguguran ke dua-12w2d. Saya ingin hamil semula . Tempoh perkahwinan 2 tahun 8 bulan. Boleh doktor cadangkan supplement untuk saya dan suami.Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Bagi wanita yang pernah hamil, kehamilan seterusnya lebih mudah dari mereka yang tidak pernah hamil. Dalam kes puan, kedua-dua keguguran ini ini berlaku pada awal kehamilan. Selalunya berpunca dari “masalah janin yang tidak kuat” atau masalah “rahem yang tidak kuat”. Masalah janin yang tidak kuat berpunca dari percampuran sperma …

Read More »

Misoprostol sebagai ubat pengguran janin

MISOPROSTOL SEBAGAI UBAT PENGGURAN JANIN     Cytotec adalah nama pasaran yang digunakan oleh ubat yang mengandungi bahan aktif misoprostol. Ia keluarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer. Tujuan  adalah untuk membantu pesakit mengatasi masalah gastrik yang kronik. Ia adalah ubat terakhir yang diberikan oleh doctor kepada pesakit yang telah menjalani pelbagai rawatan gastric tetapi gagal. Ia dijual dalam dos  200µgram setiap tablet.   Namun begitu ia juga digunakan oleh pihak hospital bagi membantu memulakan proses kelahiran, terutama wanita hamil tidak merasakan akan memulakan proses kelahiran walaupun telah mencapai tarikh yang dianggar untuk kelahiran.   Malangnya ia disalahgunakan untuk melakukan pengguguran janin.  …

Read More »

MANFAAT BIJI LABU

Semasa kecil, ibu saya selalu menggoreng biji labu. Beliau tidak membuangkan biji labu apabila memasak buah labu itu untuk dijadikan lauk untuk dimakan. Bila jadi doktor dan mengkaji tentang nutrien dalam pemakanan, rupanya baru saya tahu biji labu mengandungi banyak asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan manusia, seperti asid oleik dan asid alfa-linolenik. ASID OLEIC diklasifikasikan sebagai asid lemak mono-taktepu omega-9. Ia dapat menurunkan “kolestrole jahat” LDL dan meningkatkan tahap “kolestrol baik” HDL.  Ia juga bertanggungjawab untuk menurunkan tekanan darah. Rujuk: Teres, S.; Barcelo-Coblijn, G.; Benet, M.; Alvarez, R.; Bressani, R.; Halver, J. E.; Escriba, P. V. (2008). “Oleic acid content …

Read More »

BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?

 “Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui. Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh …

Read More »

PERLUKAH HENTIKAN PENGAMBILAN UBAT STATIN?

“Assalamualaikum Dr, Saya sudah 5 tahun lebih kurang ambil simvastatin 20mg. Pemeriksaan darah akhir saya bulan oktober 2015 bacaan cholesterol 5.3. Bolehkah saya terus berhenti ambil simvastatin ni dan gantikan dengan sakanjabeen. Tak bahaya? Terimakasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Simvastatin perlu diambil dalam jangka masa yang pendek kerana kesan sampingannya yang agak kuat. Ia tidak seharusnya diambil dalam jangka masa yang panjang atau untuk seumur hidup. Pengambilan simvastatin untuk jangka masa yang panjang hanya sesuai jika pesakit pernah mengalami sumbatan pada saluran darah koronari di jantung, atau pernah diserang sakit jantung; dalam masa yang sama mempunyai bacaan HDL yang rendah dan …

Read More »

Ekstrak Bawang Putih untuk turunkan kolestrole

EKSTRAK BAWANG PUTIH UNTUK TURUNKAN KOLESTROL   Kesan bawang putih pada metabolisme lipid telah dikaji dalam eksperimen yang menggunakan beberapa ekor tikus jantan yang diberikan makan diet yang mengandungi  15% lemak haiwan.  Ekstrak bawang putih telah ditambah pada kadar 2% daripada diet. Plasma glukosa  tidak diubah dalam kajian ini.   Setelah empat bulan, tikus yang diberi makan diet yang mengandungi  lemak haiwan didapati menunjukkan peningkatan tahap jumlah keseluruhan kolesterol (total cholestrole) dan peningkatan  tahap kolestrol jahat, (trigliceride) berbanding dengan tikus yang diberikan ekstrak bawang putih, walaupun mengambil diet yang sama.   Tikus yang diberikan ekstrak bawang putih didapati mengalami penurunan tahap …

Read More »
error: Content is protected !!