“Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang …
Read More »Tag Archives: faraj
Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang
Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg. Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik. Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan. Inilah tanda kebesaran ALLAH. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …
Read More »Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun
“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013 dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …
Read More »Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim
“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor” Wa alaikum mus salam. Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga. Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang …
Read More »Lendiran bercampur darah selepas hubungan intim
“Assalamualaikum doktor. Saya berumur berumur 36 tahun. Masalah saya ialah apabila selesai saya bersama suami saya (mengadakan hubungan intim), saya perasan ada lendiran bercampur darah cair. Perlukah saya berjumpa doctor?” Wa alaikum mus salam. Pendarahan selepas melakukan hubungan intim dengan suami adalah suatu yang tidak normal. Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan Pap smear bagi mengetahui masalah sebenar punca pendarahan itu. Punca-punca pendarahan seperti ini ialah: 1. Kanser pangkal rahem (Cervical cancer) 2. radang pada pangkal rahem (Cervical dysplasia dan Cervicitis) 3. Luka lelasan pada faraj akibat perlakuan seks yang ganas 4. Kurang lendiran syahwat …
Read More »Pelembap penting untuk kulit eczema
“Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema. Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya. Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …
Read More »Hubungan intim selepas pembedahan ceserean
“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor” Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. …
Read More »SAKIT PADA LUKA LAMA
“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya , saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar, tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?” Wa alaikum mus salam. Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan. Antara punca-puncanya ialah : 1. Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti …
Read More »Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan
“Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?” Walaikum mus salam. Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit. Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser …
Read More »Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean
“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”. Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …
Read More »Kesan Mengambil Pil Perancang Kehamilan
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Jawapan: Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang …
Read More »MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …
Read More »KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI
“ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj. Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans. Lendiran …
Read More »Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?
Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …
Read More »Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?
“Assalamu alaikum, doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..” Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi. Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan doctor. Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan. Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia …
Read More »Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi
Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …
Read More »Lendiran kental dari kemaluan
Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur. Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan.. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum …
Read More »Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?
“Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?” Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter. Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama . Secara …
Read More »Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami
“Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?” “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?” “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.” “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?” “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.” “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..” “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara …
Read More »Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..” Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook. Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran …
Read More »Pilih waktu subur
Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?” Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya …
Read More »Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS
“ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?” Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83). Bagaimana diagnose PCOS diberikan …
Read More »Ubat Zyrtec dan Kehamilan
“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama. Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …
Read More »Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak
Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …
Read More »‘Hanya nampak kantung’ saja…
“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…” “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …
Read More »Darah Nifas
Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar …
Read More »Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?
As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »Manfaat tidur tengah hari
Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …
Read More »Pecah Tuban Sebelum Waktunya
Selepas solat Subuh, telefon saya berdering. Malas rasanya mahu menjawab panggilan itu di pagi hari. Saya fikir tentu staff saya di pusat kesihatan yang mahu mengingatkan saya tentang temujanji dengan pesakit pagi ini. Namun deringan itu bertalu-talu. Akhirnya saya jawab juga. “Doc, isteri saya sudah pecah tubannya. Kain batiknya sudah basah..!” “Itu tanda mahu melahirkan…” “Betul ke? Isteri saya baru masuk 30 minggu. Hairannya dia tak rasa sakit..” “Kalau begitu, bawa saja ke hospital untuk pemeriksaan..” Saya menyandarkan diri dan berdoa agar isteri rakan saya tidak melahirkan anaknya pada masa ini kerana masih terlalu awal. “Abah, air tuban tu apa?” …
Read More »Pemindahan rahem dari ibu kepada anak
Pada 14 Jun, 2011 dunia perubatan dikejutkan dengan berita dari Sweden di mana seorang bernama Sara Ottoson berumur 25 tahun bersedia untuk menerima rahem ibunya, Eva Ottoson yang berumur 56 tahun. Pembedahan pemindahan itu dijadualkan dilakukan pada hujung tahun 2012. Pemindahan ini dicadangkan oleh sekumpulan pakar bedah dari Sweden kerana Sara dilahirkan dengan masalah penyakit genetic yang jarang berlaku iaitu Mayer Rokitanksy Kuster Hauser Syndrome, yang menyebabkan pesakit tidak mempunyai faraj (vagina) yang normal atau tiada vagina langsung bersama dengan masalah tiada rahem (uterus) langsung. Selalunya penyakit ini dapat didiagnosakan apabila remaja wanita berumur 16 tahun …
Read More »Menjaga Luka Episiotomi
“Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?” “Maksud puan, episiotomi kah?” “Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?” “Puan rasa sakitkah?” “Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?” Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara …
Read More »Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil
Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …
Read More »Nenas boleh Sebabkan Keguguran?
“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …
Read More »Hikmah Larangan Jimak ketika Haids
Setiap dari kita mempunyai nafsu dan akal yang bertujuan untuk menimbangkan antara yang baik dan yang buruk. Nafsu dan akal juga membantu kita membuat pertimbangan agar dapat menyalurkan syahwat ke arah kebaikan, iaitu melalui perkahwinan yang sah. Dengan berkahwin, hubungan jimak yang halal dibenarkan asalkan mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh syarak. Malah melakukan hubungan ini secara halal antara suami dan isteri, dikira sebagai ibadah dan diberikan pahala. Perkara ini dijelaskan oleh rasulullah s.a.w di dalam satu riwayat hadis. “Sahabat-sahabat Nabi bertanya, ‘Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, …
Read More »Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?
Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang …
Read More »Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?
Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
