Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Pilih waktu subur

Pilih waktu subur

masa-subur1

 

Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?

 

 

Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya ALLAH puan akan hamil dengan izin Allah, jika terus berusaha dan banyakkan berdoa.

 

Mengira waktu subur adalah penting bagi wanita. Pada kebiasaannya peluang untuk hamil adalah dalam 80 hingga 90 peratus pada tahun pertama perkahwinan bagi wanita yang tidak mengamalkan kaedah perancang keluarga.

 

Semasa hubungan intim bersama suami, setelah pancutan berlaku, sperma (benih lelaki) akan bergerak sendiri ke saluran fallopian. Lendiran mukus yang keluar semasa waktu subur, akan membantu pergerakan sperma.

 

Posisi semasa hubungan seks tidaklah penting asalkan zakar berada di dalam faraj. Air mani yang keluar semula dari faraj selepas persetubuhan adalah suatu perkara biasa dan tidak mempengaruhi peluang untuk hamil kerana sperma telah bergerak ke dalam rahem.

 

Wanita tidak perlu berbaring selepas hubungan seks dilakukan. Persenyawaan terjadi apabila sperma sampai ke salur Fallopio. Kehamilan berlaku daripada hubungan seks dalam pelbagai posisi.

 

Pergerakan sperma tidak bergantung kepada posisi-posisi tertentu yang harus dikekalkan oleh wanita. Jadi, tidak perlulah untuk berbaring di atas katil atau berehat seketika setelah melakukan hubungan seks. Petua orang-orang tua yang meletakkan bantal di bawah punggung atau menaikkan kaki sebenarnya tidak membantu dalam proses persenyawaan.

 

 

Jika hubungan seks ini berlaku pada waktu subur, peluang mereka untuk hamil sangat cerah. Waktu subur dapat dikira dari jarak masa kitaran haid yang sebelumnya, carta suhu, atau perubahan kelikatan mukus (lendiran) serviks.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: