Artikel Terkini

ADAKAH SELSEMA DISEBABKAN VIRUS BERBAHAYA UNTUK WANITA HAMIL?

Ya, selsema yang disebabkan oleh virus sangat berbahaya kepada wanita hamil kerana mereka mempunyai sistem daya tahan melawan penyakit yang rendah semasa hamil. Jika tidak dirawat dengan baik dan sempurna, mereka mungkin boleh mengalami jangkitan kuman pada paru-paru yang serius. Mereka juga boleh mengalami kelahiran pramatang. Walaupun kebanyakan wanita yang hamil  yang mengalami selsema akibat jangkitan virus  tidak mempunyai komplikasi semasa hamil, namun tiada yang dapat menjamin risiko untuk mendapat jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia). Jadi jika selsema pastikan ia bukan jangkitan virus. Harap ia hanya alahan pada habuk dan cuaca sejuk. #HealthDrZubaidi

Read More »

APA ITU VERTIGO?

APA ITU VERTIGO? Jika kita pernah mengalami diri berada di awangan dan ruang sekeliling berpusing-pusing, itulah yang dikatakan sebagai vertigo. Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada tanda (simptom) berlaku jika kita mengalami masalah keseimbangan tubuh. Terdapat dua jenis vertigo, iaitu vertiga disebabkan oleh masalah dalam otak (central vertigo) dan vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak (periphery vertigo). Vertigo yang disebabkan oleh masalah dalam otak, lebih berbahaya. Antaranya adalah penyakit multiple sclerosis, serangan strok dan tumor dalam otak. Vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak berpunca dari masalah di bahagian organ yang menjaga keseimbangan tubuh yang berada …

Read More »

TIDAK PERLU SUNTIKAN INSULIN LAGI

TIDAK PERLU SUNTIKAN INSULIN LAGI Pagi ini saya bersyukur kerana ada pesakit saya yang sudah dihentikan pengambilan suntikan insulin kerana tahap gulanya semakin baik. Doktor yg merawat hanya teruskan ubat pil dalam dos yang sederhana. Sebelum ini tahap gula yang melonjak. FBS 15, HbA1c 9.5%. Semenjak tiga bulan lepas sudah mula melakukan Diet Intermittent Fasting dan terus bersambung puasa Ramadhan. Bacaan FBS sudah 8, dsn HbA1c sudah 6.5%. Beberapa minggu lepas beliau seringkali mengalami keadaan hipoglisemia, sehingga doktor merawat mengambil keputusan untuk menghentikan suntikan insulin. Antara faktor keadaannya yang menyebabkan gula bertambah baik adalah pengamalan penjarakan makanan (dengan berpuasa syarie …

Read More »
error: Content is protected !!