Doktor Menjawab

Bahaya Darah Tinggi ketika Hamil

“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?” Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil atau semasa hamil dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing dan memantau tekanan darah mereka, ketika berjumpa doctor di klinik ibu dan anak. Ini kerana pemeriksaan berkala begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu …

Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”. Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan. Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil. Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Sakit Dada dan Susah Nafas

“As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung. Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya …

Read More »

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

 “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.” Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension. Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke. Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi. Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu …

Read More »

Bahayakah Thalassaemia?

“As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?” Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan. Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan. Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah. Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat. Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah …

Read More »

Perlukah Mengambil suplemen dan vitamin

“Saya ingin bertanyakan apakah kesan buruk kepada kesihatan tubuh melalui penggambilan dietary supplement cnth vitamin yang banyak dijual di farmasi?” Wa alaikum mus salam Mengambil suplemen di saat tubuh memerlukan vitamin tambahan, tidak merosakkan tubuh, kecuali diambil dengan dos yang besar. Mengambil suplemen di saat tubuh sihat, mungkin merosakkan dompet dan menghabiskan wang. Tetapi jika ada risiko kesihatan, insya ALLAH bermanfaat. Seperti seorang yang sering dan mudah dijangkiti kuman menyebabkan batuk dan selsema, mungkin suplemen membantu mereka. Tidak ada larangan menggunakan suplemen asalkan tahu mengimbangi antara keperluan dan pembaziran. [IKLAN] Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Non Acidic Vitamin …

Read More »

Mahu cantik dengan pil hormon

  “Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?” Jawapan: Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan saudari. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan rasa “self-esteem” pada diri seorang wanita apabila berhadapan dengan suaminya. Namun begitu tidak semua wanita diberikan bentuk badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan. Antaranya disebabkan oleh factor keturunan. Jika saudari dilahirkan dari keluarga yang bertubuh rendah, berkemungkinan saudari …

Read More »

Kencing sakit minum caffeine

“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau.  Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.” …

Read More »

Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

  “Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.   Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing …

Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

“As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain …

Read More »

Apa punca hormon FSH saya tinggi?

  “Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha.   Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama.   Rawatan …

Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah

As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.   Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat …

Read More »

Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf

“Assalamu alaikum, saya ingin bertanya. Bapa saya adalah pesakit diabetes dan sekarang menggunakan suntikan insulin. Saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi beliau. Beliau selalu mengadu bahawa tangan dan kakinya sesekali berasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Ada kalanya beliau tidak mampu menggenggam gelas yang dipegang dan melepaskan gelas itu lalu pecah. Jika kesakitan itu datang, beliau tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Mohon pendapat doctor”   Wa alaikum mus salam. Masalah yang dialami oleh bapa puan adalah disebabkan oleh kesan jangka panjang penyakit diabetes. Selalunya pesakit yang mengalami penyakit diabetes melebihi 15 tahun dan tidak dikawal dengan baik akan …

Read More »

Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda

  “Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.    Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin …

Read More »

Keguguran Tanpa Disedari

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.   Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang …

Read More »

Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil

“Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang …

Read More »

Mengelak batu karang berulang

“Assalamu alaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri. Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia …

Read More »

Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan

  “As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”     Wa alaikum mus salam.   Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang.   Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc.   Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi …

Read More »

Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang

“Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kerosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis” Wa alaikum mus salam. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai …

Read More »

Ketulan Fibroadenoma pada payudara

“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah  ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya …

Read More »

Makan sop sarang burung ketika hamil

  “As salamu alaikum, Dr Zubaidi. Saya hamil pada usia kehamilan 23 minggu. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan saya makan sop sarang burung supaya anak yang akan lahir tidak mengalami masalah kekuningan dan kulitnya menjadi cantik. Bolehkah saya memakan sop sarang burung. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Sop sarang burung adalah makanan tradisi masyarakat Cina dan telah dimakan semenjak zaman Distinasi Tang. Dalam sop ini banyak gelatin putih air liur burung layang-layang, yang dianggap mempunyai banyak nutrisi terdiri dari bahan antioksidan, kollagen dan amino acid.   Oleh itu, sarang burung dikatakan mempunyai kebolehan sebagai anti penuaan dan dapat …

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

“Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah. Tekanan darah akan …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …

Read More »

Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor”   Wa alaikum mus salam.   Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga.   Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang …

Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, …

Read More »

Adakah Saya Hamil?

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera.  Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda. Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil. Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan …

Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. …

Read More »

Mengesan Punca Paru-paru Berair

“As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?” Wa alaikum mus salam. Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada. Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan …

Read More »

Panduan Untuk Wanita Hamil yang Berkerja

  “Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya  duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?”   Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan  keselamatan di tempat kerja.   Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka.   Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan …

Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji. Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair …

Read More »

SAKIT PADA LUKA LAMA

“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya ,  saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah  masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar,  tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?”   Wa alaikum mus salam.   Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut  puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan.   Antara punca-puncanya ialah :   Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti diabetes …

Read More »

Lebam selepas suntikan

“Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya” Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikumussalam. Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit. Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit. Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan …

Read More »

Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan

  “Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?”     Walaikum mus salam.   Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit.   Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser …

Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan …

Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”   Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …

Read More »
error: Content is protected !!