“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”. Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …
Read More »Doktor Menjawab
Kesan Mengambil Pil Perancang Kehamilan
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Jawapan: Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang …
Read More »Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?
“Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.” Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan. Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid. Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi …
Read More »PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN
“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”. Waalaikumussalam. Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius. Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini. Antara puncanya ialah: 1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an …
Read More »Pengalaman seorang pesakit SLE
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik. Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja. Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat …
Read More »MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …
Read More »KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI
“ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj. Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans. Lendiran …
Read More »LENDIR MELEKAT DI TEKAK
“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya, saya mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah. saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung? Doktor sudah berikan makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya? Harap doktor dapat …
Read More »Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur
As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara. Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja. Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur. Apakah saya mengalami …
Read More »Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?
Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …
Read More »Pendarahan Pada Puting Payudara
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor” Wa alaikum mus salam. Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman. Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. …
Read More »Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat
“Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?” Wa alaikum mus salam. Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan. Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol. Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi …
Read More »Membaca al Quran untuk merawat Gastrik
“Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu. Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik. Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. …
Read More »Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?
“Assalamu alaikum, doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..” Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi. Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan doctor. Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan. Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia …
Read More »Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?
“Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat. Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen. Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini. Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer. Inhaler dan …
Read More »Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?
“Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?” Wa alaikum mus salam. Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal. Jika puan tiada masalah lain, puan tidak …
Read More »Merancang anak lelaki pada haribulan genap
“Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?” Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan. Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang …
Read More »Amalan mencuci faraj (Douching)
“Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?” Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini. Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’. Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka …
Read More »Bolehkah saya memberikan garam pada bayi saya?
“Assalamu alaikum, baru-baru ini ibu saya mencadangkan kepada saya agar memberikan sedikit ‘garam bukit’ kepada bayi saya yang berumur satu tahun kerana katanya ia adalah cara untuk mengelakkan gangguan jin dan memberikan tenaga untuk bayi saya. Saya keliru, bolehkan bayi saya diberikan sedikit garam pada bayi saya?” Wa alaikum mus salam. Saya berpendapat bahawa memberikan sebarang jenis garam pada bayi, terutama berumur satu tahun ke bawah boleh membahayakan kesihatan malah nyawa bayi puan. Ini kerana bayi puan masih yang kecil. Organ penghadaman mereka masih tidak matang dan masih tidak berfungsi dengan sempurna. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang kecil …
Read More »Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?
“Salam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut. Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu yang khas untuk beliau? Apa nasihat doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya memahami keresahan puan. Saya juga sering menerima pesakit (bayi) yang dibawa oleh ibubapa kerana mengalami muntah. Masalah ini sangat membimbangkan ibubapa. Apa yang perlu diketahui sama ada masalah muntah ini adalah sesuatu yang serius dan perlu tindakan …
Read More »Meningkatkan Berat Badan Bayi
“Salam doctor, saya mempunyai seorang bayi baru berumur 3 bulan. Masalanya bayi saya mengalami berat badan. Semasa dilahirkan berat bayi saya hanya 2.84kg, selepas berumur sebulan beratnya naik 3.8kg, kemudian ketika berumur 2 bulan, berat bayi saya meningkat kepada 4.1kg saja. Hanya meningkat 300gm saja. Sekarang bayi saya berumur 3 bulan dan beratnya hanyar 4.4 kg saja. Mohon pendapat doctor untuk penambahan berat badan anak saya” Wa alaikum mus salam. Untuk pengetahuan puan, kebiasaannya bayi akan mengalami pengurangan berat badan pada beberapa hari selepas dilahirkan. Kemudian bayi akan mengalami penambahan berat badan yang secara perlahan-lahan. Secara pengiraan mudah, berat …
Read More »Vitamin Tambahan untuk Bayi dan Kanak-kanak
“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak. Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna. Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli …
Read More »Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu
“Assalamu alaikum, saya berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.” Wa alaikum mus salam. Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal. Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. …
Read More »Kesan menggunakan Pil Pelangsing
“Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan. Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini. Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit …
Read More »Doktor, betul ke anak saya juling?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya mempunyai seorang anak yang berumur 4 bulan dan dilahirkan secara pramatang pada usia kehamilan 34 minggu. Ketika usianya mencecah 3 bulan, saya mendapat pandangan matanya tidak selari. Adakah anak saya juling?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya. Saya menasihati puan agar jangan risau terhadap pemandangan mata anak puan yang tidak selari itu, kecuali jika anak puan telah berusia 6 bulan. Masalah penglihatan yang tidak selari ini tiada kena mengena dengan kelahiran pramatang. Ia berlaku hampir pada semua bayi yang lahir berumur 6 bulan ke bawah, sama ada cukup tempuh hamil atau lahir pra-matang. Ketika …
Read More »Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?
“Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?” Wa alaikum mus salam. Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus …
Read More »Mengapa Anak Saya Batuk waktu Malam?
“Assalamualaikum, doktor. Saya mempunyai anak berusia 5 tahun yang sering mengalami batuk yang kuat terutama malam dan subuh. Dia telah membuat pemeriksaan di klinik dan doctor memberitahu memberikan rawatan nebulizer untuk mengurangkan batuknya tetapi masih tidak lagi sembuh. Mohon pencerahan doctor.” Wa alaikum mus salam. Ibubapa selalu membawa anak mereka ke klinik kerana anak mereka mengalami batuk. Adakalanya batuk mereka tidak disertai dengan demam, hanya batuk kering yang berterusan sebaik saja batuk bermula. Batuk berlaku sebagai satu tindak balas apabila ada bendasing sama ada kahak, habuk dan sebagainya yang memasuki saluran pernafasan. Dengan cara ini, paru-paru kita …
Read More »‘Baby Walker’ tidak membantu bayi berjalan
“Assalamu alaikum, saya nak bertanya apa pendapat doktor tentang penggunaan ‘baby walker’ untuk bayi yang berumur kurang setahun. Adakah ia selamat ?” Para ibu yang berkerjaya dan mempunyai anak kecil menghadapi satu cabaran yang besar, terutama yang tiada pembantu rumah. Apabila mereka pulang dari kerja dan kepenatan, anak kecil pula meminta perhatian dan merengek minta didukung. Untuk seketika mendukung anak kecil memberikan keseronokan kepada ibu untuk melepaskan rindu. Akhirnya tangan yang letih akan menyebabkan ibu tadi meletakkan semula anaknya. Namun tangisan anak kebosanan bermain di lantai, membuat para ibu memikirkan bagaimana cara untuk mengalihkan perhatian anak dan dalam masa yang …
Read More »Adakah sudah terlambat ambil vaksin ?
“Salam anak saya sudah berusia 20 bulan dan belum pernah divaksin kecuali BCG dan Hep B selepas dilahirkan. Ini kerana saya ragu-ragu dengan kesan sampingan vaksin. Baru-baru ini saya mendapat tahun anak saudara saya teruk diserang measles kerana tidak pernah disuntik vaksin dan telah dimasukkan dalam hospital beberapa hari. Doktor telah mengatakan ada jangkitan kuman pada paru-paru beliau. Saya menjadi risau ingin memberikan semula vaksin pada anak saya. Bolehkah saya melakukannya sekarang ?” Imunisasi adalah langkah pencegahan yang sangat penting untuk kanak-kanak, kerana dapat melindungi mereka daripada penyakit-penyakit berjangkit yang bahaya. Ramai kanak-kanak yang tidak diberi vaksin …
Read More »Doktor, kenapa anak saya tak mahu makan?
” Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan.Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.” Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun. Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka …
Read More »Pendarahan selepas haid
“Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”. Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?” Wa alaikum mus salam. Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil. Darah yang keluar sebenarnya adalah darah …
Read More »Lendiran kental dari kemaluan
Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur. Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan.. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum …
Read More »Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran
“ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran kali kedua pada tahun ini. Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu. Masa keguguran saya kali ini, darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas? 2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu …
Read More »Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia
“Salam doktor. Saya melahirkan nak pada awal Februari lalu secara pembedahan Ceserean kerana extended breech presentation. Saya telah dibius secara spinal. Masalah saya adalah sehingga kini saya masih alami sakit belakang yang agak teruk. Ia menggangu tidur dan saya terpaksa meminta bantuan suami untuk duduk dari posisi baring. Ia berlaku sesekali. Saya harap dapat penjelasan doktor doctor. Terima kasih” Ramai wanita yang telah melahirkan anak secara ceserean dan diberikan bius spinal, mengadu mengalami masalah yang sama seperti yang dicerita oleh wanita di atas. Terasa sakit menyucuk-cucuk pada tempat yang disuntik dengan jarum bius spinal, hingga kadang …
Read More »Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami
“Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?” “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?” “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.” “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?” “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.” “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..” “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara …
Read More »Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?
Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri. Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..” Saya agak keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
