Tag Archives: hamil

Bengkakan di ketiak “raective lymphadenitis”

BENGKAKAN DI KETIAK  “REACTIVE LYMPHADENITIS” “Salam doktor. Boleh saya tahu adakah bengkak di ketiak kanan saya perlu di bedah? Saya pernah jumpa ke klinik dan doktor kata bengkak saya hanya “reactive lymphadenitis”. Adakah ia merbahaya? Ada tidak cara lain selain pembedahan? mohon sangat doktor dapat menjawab soalan saya ini,saya ada google tapi tidak ada banyak maklumat yang saya perolehi. Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Bengkakan di ketiak disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah disebabkan oleh kelenjar susu yang berlebihan. Puan boleh rujuk untuk pembacaan di artikel saya https://drzubaidi.com/blog/?p=2270. Bagi menjawab soalan puan, saya menumpukan kepada soalan apa dia …

Read More »

Haid yang panjang dan banyak darah keluar

HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR   “Salam doktor, saya berusia 28 tahun dan masih belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid yang panjang beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari dan ada kalanya sehingga sebulan. Pendarahan haid sangat banyak pada beberapa hari pertama dan diikuti dengan sedikit lendiran berwarna coklat. Saya ingin berkahwin pada pertengahan tahun hadapan. Adakah ini mengganggu kesuburan saya nanti? Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga …

Read More »

Tip Menjaga Kebersihan Faraj

TIPS MENJAGA KEBERSIHAN FARAJ  1. Selepas buang air kecil atau air besar, pastikan menggunakan air yang secukupnya. Selepas membersihkan keduanya pastikan  membersihkan bahagian luar faraj kerana kuman dari dubur dan saluran air kencing boleh menjangkiti faraj jika tidak dibersihkan dengan sempurna. 2. Tukar tuala wanita dengan kerap  pada hari-hari yang banyak darah. Darah adalah tempat yang sesuai bagi pembiakan kuman. 3. Elakkan dari sering mengamalkan douching iatu memasukkan jari atau pancutan ke dalam faraj atau apa-apa jamu yang tidak diketahui ramuannya. Perbuatan ini akan membunuh bakteria lactobacili dari yang baik untuk faraj. Tanpa bakteria laktobicilis ini, jangkitan kuman pada faraj mudah berlaku. …

Read More »

BILANGAN PLATELET RENDAH DALAM DARAH

“Salam doktor. Boleh doctor  terangkan mengapa platelet darah boleh rendah. Sebelum ini anak saya berusia 1thn mengalami demam panas suhu antara38-39°c. Bila buat pemeriksaan demam denggi adalah -tive. Bacaan platelet awal 174 dan hr ke3 menjadi 129. Demam sudah tiada tp tanda demam campak kelihatan. Bagaimana saya hendak menaikkan bacaan platelet darah anak saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Jmlah platelet dalam darah yang rendah dinamakan “Thrombocytopenia”.  Platelet adalah sel darah yang penting dalam pembekuan darah. Bacaan platelet yang normal antara 150,000 hingga 450,000 per mikroliter.  Jika kurang dari 150 000, bermakna pesakit mengalami thrombocytopenia. Jika bilangannya berkurangan, dikhuatiri akan menyebabkan …

Read More »

KEPUTIHAN NORMAL VS KEPTUTIHAN BERPENYAKIT

“Doktor bagaimana mengetahui bahawa keputihan yang dialami bukanlah keputihan berpenyakit? Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang mengalami keputihan pada faraj seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit.   Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, sedang subur dan semasa hamil.   Ia berwarna jernih, tidak berbau dan gatal.   Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin.   Sekiranya …

Read More »

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL

“Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil  beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Hampir  kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan  banyak tenaga yang dihabiskan …

Read More »

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ

  “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman? Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tandanya ialah seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau yang busuk dan …

Read More »

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID

“Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan. Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin. Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat …

Read More »

beza jangkitan kuman dengan bakteria

BEZA JANGKITAN KUMAN VIRUS DENGAN BAKTERIA “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengalami demam dan doctor telah memberikan ubat antibiotic yang mahal. Perlukah saya menggunakan ubat antibiotic itu sedangkan demam saya tahap sederhana? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu demam, ada dua kemungkinan yang biasa berlaku sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman bakteria atau  jangkitan virus.   Kedua-dua jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan demam, menggigil, rasa seram sejuk dan keletihan. Oleh itu sukar untuk membezakan jika seorang yang demam itu mengalami jankitan viral atau bakteria.   Kedua-dua jenis jangkitan ini harus dibezakan …

Read More »

ubat senggugut

UBAT SENGGUGUT     “Assalamualaikum, saya mengalami senggugut yang agak kuat, sehingga tidak dapat bekerja. Saya belum berkahwin. Apakah rawatan bagi senggugut ini? Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita ketika  datang haid. Ia sering kali menjadi masalah sehingga menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.   Senggugut juga dikenali sebagai “dysmenorrhoea”.   Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan wanita, tanpa sebab. Maknanya tiada masalah kesihatan atau penyakit.   Namun ada beberapa wanita yang mengalami senggugut disebabkan oleh masalah penyakit. Antaranya:   Endometriosis. Cyst Ovari …

Read More »

Bahaya kencing tidak lawas

BAHAYA KENCING TIDAK LAWAS “Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai kencing tidak lawas. Saya ada mengalami ini beberapa bulan yang lalu dan sehingga kini saya masih mengalaminya. Adakah ia berbahaya? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit tetapi merupakan gejanla atau tanda penyakit yang lebih serius terutama jika dihadapi oleh kaum lelaki.   Oleh itu apa yang penting ialah mencari puncanya dan dengan itu ia boleh dirawat dengan sempurna.   Ada pelbagai jenis kencing yang tidak lawas bergantung kepada puncan-puncanya.   1.Air kencing keluar dengan sendiri walaupun tak keinginan untuk membuang air kecil.   …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …

Read More »

Air dapat merawat migraine

AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE “salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif  terhadap cahaya dan bunyi bising. Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang. …

Read More »

Lendiran Dari Faraj Tanda Subur

LENDIRAN DARI FARAJ TANDA SUBUR “Salam doctor, saya ada soalan yang agak segan saya Tanya kepada mana-mana doctor. Masalah saya ialah beberapa hari selepas haid saya kering, terdapat banyak lendiran faraj keluar. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Adakah ia menandakan suatu penyakit. Untuk pengetahuan doctor saya berusia 22 tahun dan masih belum berkahwin. Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran faraj yang banyak keluar, tidak bermakna ia suatu penyakit. Ia adalah normal dan mungkin suatu tanda saudari seorang yang subur. Selalunya apabila beberapa hari selepas haid kering, akan keluar lendiran dari faraj, bentuknya seperti putih telur yang …

Read More »

Mengira Hari Subur Bagi Mengelakkan Hamil

MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL “Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender.   Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur.   …

Read More »

Guttate psoriasis

  Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit.   Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas jangkit.   Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik.   Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha.   Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang berlaku pada seseorang …

Read More »

Keratoacanthoma

KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan  (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia  gigitan serangga atau jangkitan kuman.    

Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah …

Read More »

Bolehkah Bidan Kampung Mendiagnosa Fibroid

“Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja.   Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan …

Read More »

Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI   “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .   Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan …

Read More »

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA

  “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik …

Read More »

GEJALA JANGKITAN KUMAN PADA GINJAL KETIKA HAMIL

  “Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil.   Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem.   Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah : 1. Demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh) 2. …

Read More »

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?

  “Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa …

Read More »

Bahana MSG

Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. “ Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya …

Read More »

KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”  WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, …

Read More »

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?

“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin …

Read More »

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)

“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia. Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik. PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi …

Read More »

Luka Diabetes

LUKA DIABETES   “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik. Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis. Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif. Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, …

Read More »

Kitaran Haid 40-60 Hari

KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila …

Read More »

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:   1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak. 2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih. 3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok . 4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama. 5. Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat. 6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak …

Read More »

SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH

“Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk.   Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah. …

Read More »

NAJIS ANAK ADA DARAH

“salam doktor.  Anak saya berumur kurang 2 bulan. Semasa pantang, najisnya mempunyai darah (seperti sehelai bulu mata), saya ingatkan ianya disebabkan pemakanan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan pedas dan monitor najis anak saya. Namun selepas pantang, kejadian sama berulang lagi sebanyak 2kali. Kali terakhir, darah lebih banyak berbanding biasa. Adakah ini disebabkan masalah usus. Mohon pencerahan doktor dan apakah yang patut dilakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Langkah pertama yang puan lakukan ialah pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal. Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah. Saya mencadangkan …

Read More »

BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN

“Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya pendapt  tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya  telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir  ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada  8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila  doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa  yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu  kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada  keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap …

Read More »

anak kurang berat badan

ANAK BERAT KURANG “Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?” WA ALAIKUM MUS SALAM Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya. Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi …

Read More »

berhati-hati menggunakan shampu anti kutu

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN SHAMPOO ANTI KUTU “as salam dr zubaidi, saya nak tanya. bolehkah wanita mengandung (8 bln) menggunakan ubat kutu? terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM Sebelum menggunakan sebarang shampoo anti-kutu, sentiasalah baca arahan pada pek atau risalah yang diletakkan di dalam kotak shampoo tersebut. Shampoo anti kutu haruslah digunakan berhati-hati oleh: 1. bayi yang berusia di bawah usia enam bulan 2. wanita hamil dan menyusukan anak 3. individu yang mengalami asma atau mudah mendapat alahan Jika anda masih tidak pasti, dapatkan nasihat daripada pegawai farmasi di tempat shampoo itu dijual. Walau bagaimana pun terdapat shampoo anti-kutu yang …

Read More »

Adakah proses induksi kelahiran selamat?

PROSES INDUKSI KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT? “Salam doktor, saya sedang hamil 39 minggu. Menurut doktor jika tiada rasa sakit untuk hamil, berkemungkinan saya akan diinduksi proses kelahiran. Adakah ia selamat. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu olrh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiaran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. Tujuan proses …

Read More »
error: Content is protected !!