1. Amalan beranak dirumah atau ‘home birth’ pada zaman dahulu merupakan adat kebiasaan masyarakat yang lazim berdasarkan kemahiran semasa mereka seperti perbuatan bertani, bercucuk-tanam dan seumpamanya. Hukumnya ialah harus pada zaman dahulu kerana ia termasuk dalam perkara yang disebut dalam hadith Rafi’ bin Khadij al-Ansori RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ”Kamu lebih mengetahui tentang urusan dunia kamu semua.” [Riwayat Muslim] Justeru untung-rugi adalah berdasarkan rezeki Allah yang ber’asbab’kan kepada kemahiran dan teknologi zaman tersebut. Oleh itu risiko kematian ibu bersalin, bayi lemas memang tidak dapat dielakkan pada zaman tersebut dan diterima sebagai takdir Allah seperti penyakit taun, tibi, …
Read More »Rubella dan Kehamilan
Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella. Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini. Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah …
Read More »Radiasi di pantai Pasir Hitam dan pantai Batu Feringhi
Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengukur kepekatan radionuklid semulajadi dalam pasir hitam di pantai-pantai Pasir Hitam (Pulau Langkawi) dan Batu Feringhi (Pulau Pinang) di Malaysia. Pasir hitam telah didapati lebih pekat di pantai Pasir Hitam berbanding dengan pantai Batu Feringhi dimana ia terjadi dalam bentuk tompokan sahaja. Analisis sampel telah dijalankan dengan spektrometer gama. Kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pasir hitam di pantai Pasir Hitam dan beberapa sampel dari pantai Batu Feringhi mengandungi kepekatan radionuklid semuljadi dari siri-siri uranium dan thorium yang tinggi. Purata kepekatan min bagi radium-226 and radium-228 dalam pasir …
Read More »Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?
“Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.” Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension. Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi 140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke. Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi. Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu …
Read More »Bahayakah Thalassaemia?
“As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”. Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan. Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan. Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah. Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat. Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, …
Read More »Risau Anak Tidak Buang Air Besar
“Assalamu alaikum doctor.Bayi saya baru berusia 20 hari dan diberikan susu ibu sepenuhnya. Masalahnya dia tidak membuang air besar selama 10 hari. Saya perhatikan tiada masalah kembung, menangis atau kelihatan meneran. Bayi saya buang air kecil (kencing) dan kentut setiap hari. Saya susah hati kerana dia tidak buang air besar. Mohon pencerahan” Dr Zubaidi Hj Ahmad : Wa alaikum mus salam. Puan tidak perlu dirisaukan atau memaksa bayi puan untuk membuang air besar dengan memberikan apa-apa ubat. Jika anak puan semasa di wad bersalin telah pun membuang air besar, atau sudah membuang angin (kentut) bermakna tiada masalah di saluran najis …
Read More »Bagaimana Meningkatkan Berat Badan Bayi Saya?
“As salam mu alaikum doctor. Saya ingin bertanya bagaimana untuk meningkatkan berat badan bayi saya berusia 11 bulan. Beratnya hanya 6.8kg. Saya sudah beri dia makan bubur nasi. Dia masih masih menyusu badan dan campur susu formula. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan perasaan risau puan alami. Sememangnya pada umur 11 bulan dan mempunyai berat 6.8 kg, agak sedikit ketinggalan. Namun puan masih berpeluang untuk meningkatkan berat bayi puan. Peningkatan berat bayi mengikut berat yang sepatutnya amat penting bagi bayi kerana pertumbuhan otak berlaku dengan hebatnya sehingga anak puan berumur 3 tahun. Banyak kajian menunjukkan bayi yang …
Read More »Bolehkah pesakit jantung makan telur ayam?
“Salam doctor. Saya seorang pesakit jantung, dan telah melakukan prosedur stenting kerana salah satu saluran darah saya tersumbat. Saya keliru kerana ada yang mengatakan saya tidak boleh makan telur ayam dan ada yang mengatakan saya boleh makan telur ayam. Adakah telur ayam akan meningkatkan tahap kolestrol saya? Mohon penerangan” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya telur ayam mengandungi banyak kolestrol, yang keseluruhannya terdapat dalam telur kuning. Oleh itu bukan saja memakan telur goreng atau telur rebus, malah semua pemakanan yang mengandungi sumber telur yang banyak boleh menyebabkan tahap kolestrol yang tinggi. …
Read More »Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?
Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti. Apabila hidung anda berdarah: Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut. Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual. …
Read More »Perlukah Mengambil suplemen dan vitamin
“Saya ingin bertanyakan apakah kesan buruk kepada kesihatan tubuh melalui penggambilan dietary supplement cnth vitamin yang banyak dijual di farmasi?” Wa alaikum mus salam Mengambil suplemen di saat tubuh memerlukan vitamin tambahan, tidak merosakkan tubuh, kecuali diambil dengan dos yang besar. Mengambil suplemen di saat tubuh sihat, mungkin merosakkan dompet dan menghabiskan wang. Tetapi jika ada risiko kesihatan, insya ALLAH bermanfaat. Seperti seorang yang sering dan mudah dijangkiti kuman menyebabkan batuk dan selsema, mungkin suplemen membantu mereka. Tidak ada larangan menggunakan suplemen asalkan tahu mengimbangi antara keperluan dan pembaziran. [IKLAN] Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Non Acidic Vitamin …
Read More »Mahu cantik dengan pil hormon
“Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?” Jawapan: Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan saudari. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan rasa “self-esteem” pada diri seorang wanita apabila berhadapan dengan suaminya. Namun begitu tidak semua wanita diberikan bentuk badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan. Antaranya disebabkan oleh factor keturunan. Jika saudari dilahirkan dari keluarga yang bertubuh rendah, berkemungkinan saudari …
Read More »Bayi yang mengalami masalah Pierre Robin Syndrome mudah tercekik
Pierre Robin syndrome adalah keadaan di mana bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas. Ia adalah masalah genetik, dan tidak perlu diubat. Ia bukan kecacatan seumur hidup. Selepas berumur setahun, selalunya tulang rahang bawah akan membesar dengan lebih cepat. Oleh itu ibubapa yang mempunyai anak seperti ini harus memerhatikan anak mereka kerana bayi seperti ini mudah mengalami ‘choking’ dan sukar bernafas ketika berbaring. Wa allahu a’lam.
Read More »Kencing sakit minum caffeine
“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau. Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.” …
Read More »Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik
“Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing. Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu …
Read More »Mengapa Isteri Suka Dipeluk
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh …
Read More »Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat
“As salam mua alaikum, doktor. Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius. Antaranya ialah penyakit lymphoma. Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang. Selain …
Read More »Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”
Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam
Read More »Doktors di Brazil melakukan pembedahan Caesarean pada wanita yang tidak hamil
Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja. Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih. Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan. Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu. Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan …
Read More »Impetigo
Impetigo adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria, yang menyebabkan terbentuknya lepuhan-lepuhan kecil yang berisi nanah. Walaupun Impetigo biasanya berlaku pada muka, tetapi boleh di mana-mana bahagian kulit. Impetigo sering menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak. Kuman yang biasa menyebabkan jangkitan itu ialah Staphylococcus aureus dan streptococci. Ia mudah dijangkiti dengan menyentuh bahagian kulit atau barang-barang yang dijangkiti seperti pakaian, dan permainan. Tanda jangkitan ini adalah bila ada lepuhan berisi nanah. Apabila pecah, ia menjadi luka dan akhirnya meninggalkan warna merah, dan kuping. Wallahu a’lam.
Read More »Urutan mengurangkan rasa lenguh dan kebas
Mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri kita. Rasa kebas perlu dberikan perhatian dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf atau pergerakan darah yang perlahan. Urutan yang baik dapat melancarkan kembali pergerakan darah dan menhidupkan semula sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga. Insya ALLAH.
Read More »Apa punca hormon FSH saya tinggi?
“Assalamulaikum doctor, saya wanita berusia 36 tahun dan sudah berkahwin 3 tahun. Saya belum pernah hamil dan pemeriksaan kesuburan baru-baru ini mendapati bahawa saya mengalami tahap hormone FSH yang tinggi. Doktor memberitahu bahawa ia adalah punca masalah saya tidak dapat hamil. Mohon penjelasan doctor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Semoga puan bersabar dan terus berusaha. Bagi wanita yang berusia melebihi 35 tahun, saya memang menasihatkan agar segera mendapatkan rawatan kesuburan sekiranya telah berkahwin 6 bulan tetapi masih belum hamil dan suami pula tinggal sekali bersama. Rawatan …
Read More »Tangan putus akan disambungkan
Seorang lelaki yang putus tangan kanan ketika berlaku kemalangan di tempat kerja, berjaya disambung semula. Sebelum itu doktor menyambung tangan kanan yang putus pada pergelangan kaki selama sebulan . Pesakit itu, Xiao Wei menjalani pembedahan mikro di Changsha, di wilayah Hunan, China. Mulanya doctor memberitahu bahawa tangannya yang putus tidak lagi dapat disambungkan. Beliau kemudiannya dirujukkan ke sebuah hospital yang lebih besar. Tujuan penyambungan itu untuk memastikan sel-sel pada tangan kanannya yang putus terus hidup, sementara menunggu lengan di mana tangan kanannya yang putus itu dirawat. Dengan teknologi dan kemahiran yang baru, …
Read More »Peringkat Endometriosis dan Kesuburan
PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh. Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami. Untuk …
Read More »Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah
As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu. Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat …
Read More »Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean
“Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean. 1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal. 2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas? Mohon dengan pencerahan doctor. Wa ‘alaikum mus salam. Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan …
Read More »Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf
“Assalamu alaikum, saya ingin bertanya. Bapa saya adalah pesakit diabetes dan sekarang menggunakan suntikan insulin. Saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi beliau. Beliau selalu mengadu bahawa tangan dan kakinya sesekali berasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Ada kalanya beliau tidak mampu menggenggam gelas yang dipegang dan melepaskan gelas itu lalu pecah. Jika kesakitan itu datang, beliau tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Mohon pendapat doctor” Wa alaikum mus salam. Masalah yang dialami oleh bapa puan adalah disebabkan oleh kesan jangka panjang penyakit diabetes. Selalunya pesakit yang mengalami penyakit diabetes melebihi 15 tahun dan tidak dikawal dengan baik akan …
Read More »Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak
“Assalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas. Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan belakang kepala terhentak. Pemeriksaan doctor hanya ada kesan bengkak sedikit akibat jatuh. Saya ingin bertanyakan doktor apakah kaedah pemeriksaan yang perlu saya lakukan. Saya rasa tidak sanggup berterusan menahan kesakitan ini. Doktor di klinik dan hospital hanya memberitahu saya hanya sakit kepala biasa. Saya pernah membuat pemeriksaan keseluruhan …
Read More »Makan sup ikan jerung tidak dapat mengelakkan kanser
Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser. Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Fish Diseases pada Nov 2013. Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser. Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser. Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya. …
Read More »ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.
“Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.” Wa alaikumsalam. Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.” Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang …
Read More »Cutaneous horn vukan tanda dajjal akhir zaman
Cutaneous horn ( cornu cutaneum ) selalu disalahanggap oleh kebanyakan orang terutama masyarakat Melayu kita yang keterlaluan menuduh. Walaupun ia berbentuk seperti tanduk pada kepala pesakit, ia sebenarnya berasal dari ketuat pada kulit kepala yang tidak dirawat dengan baik, sehingga ia bertambah besar. Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk menyebabkan ketuat seperti ini berbentuk panjang, keras dan menjulur seperti tanduk. Cara terbaik ialah dengan memotong ketuat ini sehingga ke peringkat ‘akar’nya ialah ke lapisan dermis kulit. Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital. Wallahu a’lam.
Read More »Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda
“Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama. Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin …
Read More »ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN
Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka tidak mengetahui. Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis. Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil. Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini. Namun apabila …
Read More »Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda
Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung. Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas. Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya. “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?” Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga. “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor …
Read More »Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil
Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya. Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi. Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya. Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV. Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim. Soalan yang beliau tanyakan ialah “apakah kesan penyakit kelamin terhadap kehamilan dan …
Read More »Livedo Reticularis
Keadaan ini dikenali sebagai Livedo reticularis di mana kulit menjadi seperti corak mosaic berwarna ungu apabila saluran darah kapilari tersumbat oleh darah beku. (rujuk: Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby) Sebenarnya yang lebih penting ialah corak kulit seperti ini menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami penyakit yang lebih serius dan tersembunyi. Pesakit kulit seperti ini harus melakukan pemeriksaan yang lebih teliti bagi emngetahui punca sebanr penyakitnya. Corak mosaic pada kulit ini menjadi lebih jelas apabila di musim sejuk atau hujan. Ubat sapuan selalunya tidak memberikan kesan positif yang berpanjangan. Antara …
Read More »Jangkitan Herpes Simplex pada bibir
Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata. Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa. Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh. Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku. Virus …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
