Artikel Terkini

AJARKAN ANAK MAKANAN YANG SIHAT DAN SEDERHANA

Sistem pemakanan kita semakin tersasar. Cuba kita perhatikan. Kita ajarkan (tanpa kita sedari) anak-anak kita makanan yang mempunyai tinggi nilai karbohidrat ringkas, lemak trans (transfat) dan tiada sayur (dan buah). Ada yang membeli makanan di restoran segera setiap hari tanpa rasa bersalah. Sepatutnya kita berikan makanan yang bernutrisi pada anak-anak. Kita patut belajar sikit untuk kebaikan kesihatan anak-anak. Jika kita memberikan mereka makan sebegini setiap hari mungkin, anak kita akan mengalami masalah penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, tinggi kolesterol jahat dan tinggi asid urik (gout) selepas 10-15 tahun. Selepas 5-10 tahun mengalami masalah metabolik, mereka mungkin pula mengalami komplikasi serangan …

Read More »

KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL

  KEKAL SIHAT SEPANJANG SYAWAL Selepas sebulan kita menjauhkan diri dari makan dan minum, kita selalunya makan makanan yang lebih besar pada minggu pertama Hari Raya. Tidak ada salahnya menikmati juadah Hari Raya selagi ia dilakukan secara sederhana. Masalah kita apabila kita makan tanpa berhenti. Bila kita tidak lagi lapar, tinggalkan meja makan apabila selesai  makan. Duduk di ruang tamu dan cuba makan kudapan dalam bentuk buah-buahan dan kekacang. Minum air kosong. Cuba tukar mentaliti dari “mahu kenyang” kepada “tidak lapar”. Bagi pesakit kencing manis, perlu mengambil langkah tambahan untuk memantau tahap glukosa darah mereka. Mereka mungkin mengalami gejala hiperglisemia …

Read More »

HATI BERLEMAK NON-ALCOHOLIC

Hati berlemak NON-ALCOHOLIC berlaku akibat pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam organ hati akibat dari pemakanan yang tidak sihat. Ia adalah masalah yang biasa terjadi dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan komplikasi. Walau bagaimanapun, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa kepada kerosakan hati dan kanser hati. Selalunya hati berlemak datang bersama dengan masalah berikut: 1. Tahap kolesterol tinggi dalam darah terutamanya triglyceride. 2. Obesiti samada BMI melebihi 30 kg/m2 atau ukur lilit pinggang berlebihan (Perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm) 3. Penyakit metabolik seperti Diabetes Mellitus dan Hipertensi Bagaimana …

Read More »
error: Content is protected !!