“Assalamu alaikum doctor.Bayi saya baru berusia 20 hari dan diberikan susu ibu sepenuhnya. Masalahnya dia tidak membuang air besar selama 10 hari. Saya perhatikan tiada masalah kembung, menangis atau kelihatan meneran. Bayi saya buang air kecil (kencing) dan kentut setiap hari. Saya susah hati kerana dia tidak buang air besar. Mohon pencerahan”
Dr Zubaidi Hj Ahmad : Wa alaikum mus salam.
Puan tidak perlu dirisaukan atau memaksa bayi puan untuk membuang air besar dengan memberikan apa-apa ubat.
Jika anak puan semasa di wad bersalin telah pun membuang air besar, atau sudah membuang angin (kentut) bermakna tiada masalah di saluran najis beliau.
Apatah lagi anak puan berkeadaan selesa, tidak meragam dan meneran untuk buang air besar.
Makanan yang puan berikan ialah susu ibu (cecair), bukan pepejal. Jadi ada kalanya mengambil masa yang lama untuk membentuk najis separuh pepejal.
Walau bagaimana pun jika anak puan langsung tidak kentut (membuang angin) dan mengalami kembung perut, elok juga puan membawa anak untuk pemeriksaan doktor.
Wallahu a’lam.