Artikel Terkini

Adakah Suntikan Vaksin Memberikan Kesan Sampingan?

(Sumber : Persatuan Pediatrik Malaysia) S: “Saya telah difahamkan bahawa sesetengah vaksin seperti vaksin untuk polio boleh menyebabkan penyakit tersebut dan bukan mencegahnya. Bagaimanakah boleh saya mengetahui jika anak saya berisiko untuk mendapat penyakit tersebut? Adakah lebih selamat jika anak saya langsung tidak mendapat sebarang vaksin?” Hampir semua kanak-kanak di negara ini telah menerima vaksinasi terhadap beberapa penyakit yang berbahaya. Dahulu, sebelum terdapatnya vaksin, beribu-ribu kanak-kanak telah menjadi lumpuh setiap tahun akibat polio. Rubella pula menjadi punca kecacatan kelahiran pada bayi baru lahir dan akhirnya menyebabkan kecacatan mental pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, dahulu difteria merupakan punca utama kematian …

Read More »

Anak Lahir Tiada Tempurung Kepala – Petanda bagi Neural tube defects (NTD)

“Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w“. Doa di atas adalah doa yang sering dianjurkan untuk dibaca selalu oleh ibu-ibu yang hamil. Tiada kekuatan dan daya usaha yang boleh mengatasi qadar Allah kecuali doa kerana Allah sajalah yang mampu melakukan apa saja untuk kebaikan bayi yang dikandung. Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab kita telah cuba mengusahakan yang terbaik untuk anak-anak. Namun siapa yang dapat menjamin, bayi yang bakal dilahirkan nanti …

Read More »

Pembedahan Menyelamatkan Tangan MI LING

Bila membaca akhbar NST semalam (20 nov 2010), saya rasa kanak-kanak perempuan bernama Mi Ling yang yang berada di China, amat beruntung. Walaupun tangan kirinya cedera teruk dan terputus, dengan izin Allah, tangannya dapat disambung semula. Lima belas tahun  lalu ketika saya bekerja di wad pembedahan di hospital awam di Johor Bahru, seorang pekerja buruh warga Indonesia datang ke hospital kerana tiga jarinya terputus. Beliau telah pergi ke salah sebuah hospital swasta, namun tidak dapat disambung kerana  ketika itu tiada pakar microsurgery. Malang sungguh nasib pesakit itu kerana bila sampai ke hospital awam tempat saya bekerja, tidak dapat disambungkan jari-jari …

Read More »
error: Content is protected !!