Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami …
Read More »Artikel Terkini
Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?
Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. ”Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?” Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”. ”Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!” Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu. Satu hadis bermaksud, ” Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut …
Read More »Ada Dara atau Tidak?
Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki. Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ …
Read More »-
PERLUKAH AMBIL UBAT STATIN?
PERLUKAH AMBIL UBAT STATIN? “Assalamualaikum. Boleh doktor komen dan beri cadangan keputusan darah saya. Perlukah saya ambil ubat statin untuk menurunkan tahap kolesterol saya. Saya berusia 46 tahun. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Saya telah semak laporan terbaru yang puan hantar. 1. Fasting/Serum Lipids (Profil Lemak Puasa): ✅ Total Cholesterol: 6.1 mmol/L (Tinggi, rujukan <5.2) ✅ Triglyceride: 0.7 mmol/L (Normal, rujukan <2.3) ✅ HDL-Cholesterol : 1.6 …
Read More » -
Mempercepatkan proses kelahiran bayi
-
KERAP SENDAWA. APAKAH PUNCANYA?
-
Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?
-
Wanita Hamil dan Kafeine
-
Wanita Rebah dan Koma Selepas Warnakan Rambut
-
Adakah haids saya normal?
-
KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA DALAM KERETA
-
BUAH NAGA UNTUK BAYI
-
Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah
-
KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?
-
APAKAH PENYAKIT TB?
-
TINGGI POTASSIUM DALAM AIR KENCING
-
GANGGUAN SINUS DI KALANGAN KANAK-KANAK
-
Kematian bayi berpunca dari makanan tambahan
-
APA MAKNANYA JIKA MENGALAMI KENCING BERBUIH?
-
Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)
-
Ubat Dusphaton merawat masalah kewanitaan
-
EPILEPSI (SAWAN)
-
MINYAK ZAITUN BAIK UNTUK PENYAKIT JANTUNG
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman