Artikel Terkini

Selesema Yang Membawa Maut

  Tarikh 16 Februari adalah tarikh saya dilahirkan. Namun saya bukan mengingati tarikh ini sebagai tarikh kelahiran saya semata-mata. Tarikh itu merupakah tarikh kesedihan saya mengingati pemergian Maliki, rakan sekolah yang pernah menjadi teman karib saya dahulu. Kami sama-sama berkumpul, bergurau dan bermain bola di padang sekolah. Ketika berumur 15 tahun, tentulah banyak yang dibualkan termasuklah perancangan masa depan. ”Zubaidi, agaknya bila kau dah berkahwin nanti, berapa orang anak yang kau mahu?” ”Dua orang cukup kot… Aku kan nak jadi doktor, mesti sibuk. Mana ada masa nak jaga anak ramai”, saya masih mengingati dialog itu. ”Ooo..apasal sikit sangat. Aku nak tiga …

Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) …

Read More »

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL

Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak. Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing …

Read More »
error: Content is protected !!