Artikel Terkini

Jangkitan Fungal di Mulut Bayi

Saya pernah didatangi oleh sepasang suami isteri yang mengadu anak mereka mengalami keputihan di dalam mulut. Bayi yang berumur 3 bulan itu menangis ketika saya memeriksanya. Mulut dan bibirnya agak kering. Bila dia menjerit, saya mengambil kesempatan untuk melihat keadaan di dalam mulutnya. Keputihan itu seakan-akan kepingan ’susu basi’ melekat di lidah, bahagian dalam mulut dan lelangit. Bahagian mulutnya telah menjadi kering dan kemerah-merahan. Sungguh menyedihkan. Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi? Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi …

Read More »

Perlukah Suntikan Anti Tetanus Ketika Hamil?

Klinik FB saya sekali lagi memilih soalan yang berkaitan dengan kehamilan. Suntikan vaksin Tetanus selalu diberikan kepada ibu yang hamil. Memandangkan jangkitan tetanus semakin berkurangan, adakah suntikan itu masih relevan? ”Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya sekarang ini hamil 7 bulan. Saya menjalani pemeriksaan antenatal di klinik kerajaan dan ada kalanya di hospital swasta. Minggu ini, jururawat di klinik kerajaan telah memberiksan saya suntikan anti-tetanus. Satu lagi suntikan akan diberikan pada bulan depan. Saya menjadi keliru bila doktor di hospital swasta berkata saya tidak memerlukan suntikan itu. Perlukah saya menerima suntikan kedua pada bulan depan?” Suntikan tetanus adalah vaksin yang …

Read More »

Kematian di Jalan Raya Bagaikan Mangsa Perang Palestine

Saban tahun saya akan mengira purata kematian di jalan raya. Saya bukannya sudah tidak siuman mencatit jumlah kematian setiap tahun. Tiada kegembiraan di hati saya. Saya cuma menduga-duga, bahawa kematian rakyat Malaysia di jalan raya memang sesuatu yang tidak berbaloi. Saya membuat pengiraan kematian rakyat Malaysia setiap tahun secara puratanya 15 orang sehari di jalanraya. Di hospital kerajaan di tempat saya bekerja dulu pun tidak kurang 3 hingga 5 orang  mangsa yang meninggal dunia di Jabatan Kecemasan. (Semasa saya bekerja di hospital dahulu, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru adalah hospital yang menerima rujukan kes-kes berat dari bahagian selatan. Banyak kes-kes …

Read More »
error: Content is protected !!