Artikel Terkini

Airmata Darah: Fenomena Luar Biasa

Saya khuatir dengan sikap segelintir orang Melayu yang jahil dalam akidah, begitu mudah mempercayai khurafat. Pantang saja ada keganjilan berlaku, berbondong-bondong orang kita pergi melawat dengan penuh ketakjuban. Apa yang lebih bahaya apabila hati mula mempercayai kononnya orang itu wali kerana keajaibannya dan meminta pelbagai permintaan kerana percaya orang itu boleh menunaikan permintaan mereka dengan ‘kuasa’ yang dia ada. Tahun 2011 ini, saya mendapati ada beberapa keganjilan berlaku di beberapa tempat di dunia. Seharunya dijadikan iktibar supaya jika ianya berlaku di Malaysia, kita tidaklah mengikuti orang-orang jahil. Dua kejadian ganjil berlaku di India apabila kedua-dua wanita mengeluarkan airmata bercampur darah. …

Read More »

Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya?

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik.   Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi.   Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka.   Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang …

Read More »

Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?

“Doktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.” Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. ”Kami baru bernikah tahun lepas. Kebetulan suami saya dinaikkan pangkat terpaksa bertugas di Putrajaya, sementara saya pula ditukarkan di front office. Stress saya menghadapi kerenah pelanggan” Saya mengangguk-angguk. ”Kami sedang stress, doktor..” saya melihat ada titisan air mata bergenang di kelopak mata. “Mertua saya pula banyak memberi tekanan agar saya cepat …

Read More »
error: Content is protected !!