ADAKAH SAKIT DADA (ANGINA) BERBAHAYA?

 

Apa itu angina? Bagaimana mengesahkannya sebagai serangan jantung?

Angina adalah rasa sakit dada yang terjadi apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Ini biasanya disebabkan oleh penyempitan atau penyumbatan pada saluran darah arteri di permukaan dinding jantung.

 


Tanda-tanda angina :

– Rasa sakit dada pada sebelah kiri yang terasa seperti ditekan, terbakar.

– Rasa sesak nafas.

– Rasa sakit boleh menjalar ke lengan, bahu, belakang, leher, dan rahang.

– Berpeluh berlebihan, mual, keletihan, dan pening.

 


Jenis Angina:

1. Angina Stabil: Berlaku semasa aktiviti berat atau tekanan emosi, biasanya hilang dengan rehat.

2. Angina Tidak Stabil: Lebih berbahaya, boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak hilang dengan rehat. Ini boleh menjadi tanda awal serangan jantung.

3. Angina Prinzmetal: Disebabkan oleh kekejangan pada arteri jantung, biasanya berlaku semasa rehat.


Serangan sakit jantung pula berlaku apabila terdapat sumbatan yang lengkap (melebihi 90%). Gejalanya boleh mirip dengan angina tetapi lebih teruk dan tidak hilang dengan rehat atau ubat-ubatan.

 


Cara Mengesahkan Serangan Jantung:

1. Elektrokardiogram (ECG): Mengukur aktiviti elektrik jantung untuk mengesan kerosakan otot jantung.

2. Ujian darah: Mengesan enzim yang dilepaskan oleh otot jantung yang rosak.

3. Angiogram: Ia menggunakan pewarna khas dan sinar-X untuk melihat penyumbatan di arteri jantung.

 

Jika anda mengalami rasa sakit dada yang tidak biasa, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang cepat.


Semoga bermanfaat.

 

#healthdrzubaidi
#angina
#seranganjantung


Anda ada banyak soalan? Dapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi melalui Live Zoom, boleh daftar di link https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!