Artikel Terkini

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

Deodorant Menyebabkan Kanser Payudara?

Kontroversi Saya tidak menyangka bahawa ramai di antara rakan-rakan FB belum pernah mendengar khabar angin yang beredaran di internet tentang penggunaan deodorant atau antiperspirant di ketiak akan menyebabkan kanser payudara. Padahal khabar angin ini telah beredar bertahun-tahun lamanya. Saya menganggap khabar-khabar angin telah terjawab kerana saya mengambil pendirian pakar-pakar Oncologist dari serata dunia. Saya sendiri pernah menerima email dari rakan-rakan yang memetik kontroversi itu di sebuah jurnal terkenal, Journal of the National Cancer Institute. Jadi elok juga saya mengupas isu ini dengan lebih lanjut. Ramai pakar oncologist tidak berpendapat bahawa deodorant/antiperspirant boleh menyebabkan kanser payudara. Tetapi ramai saintis yang bekerja …

Read More »

RASA KEBAS TANGAN SEMASA HAMIL

Seorang wanita hamil datang berjumpa saya pagi itu. Dari jauh saya dapat mengagak bahawa dia sedang hamil walaupun dia berjaya menyembunyikan abdomennya dengan baju yang besar kerana muka dan tangannya nampak tembam. Itu tanda-tanda kehamilan. Dia seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang setiap hari bekerja menulis laporan-laporan syarikat. Jari dan tangannya mengalami kesakitan dan mengganggu tidurnya. “Doktor, mengapa saya mengalami rasa kebas, seperti menyucuk-nyucuk pada tangan saya. Saya tidak boleh tidur kerana ia sungguh tidak selesa.” Saya kasihan mendengarkan ceritanya. Sudahlah terpaksa bekerja membantu suami mendapatkan rezeki, hamil pula dan kini mengalami kesakitan di pergelangan kedua-dua belah tangannya. Bagaimana …

Read More »
error: Content is protected !!