Artikel Terkini

Komplikasi Rawatan Gigitan Lintah

“Doktor, saya nak marah ini. Kenapa leher anak saya berdarah tak berhenti-henti. Saya nak samanlah..” Saya terpaku apabila mendengar perkataan saman. “Masa buat rawatan, sudah diberitahu tentang risiko?” “Manalah diberitahu. Dia cuma kata boleh keluarkan darah kotor. Ini darah bersih pun keluar. Sudah tiga hari tidak berhenti…” Sama ada percaya atau tidak, saya pernah merawat seorang gadis yang datang ke pusat kesihatan di tempat saya bertugas kerana dia mahu menghentikan pendarahannya di leher. Ia bermula tiga hari sebelum itu apabila gadis ini bersama ibunya cuba mendapatkan rawatan alternatif lintah kerana selalu menghidap sakit kepala. Perawat yang hanya berkelulusan SPM itu, …

Read More »

Mengapa Selalu Mengantuk Di Siang Hari

Saya menegur seorang rakan yang memesan secawan lagi Nescaffe setelah baru menghabiskan secawan. Saya cuba menduganya. “Dalam satu hari berapa cawan minum nes ?” “Saya tidak merokok doktor. Jadi saya minum nescaffe ini untuk hilangkan rasa mengantuk” “Teruk sangat ke rasa mengantuk?” “Mana tak teruk, doktor. Kadangkala rasa berat je kelopak mata ini. Tak boleh buka mata langsung. Pernah sekali hampir berlaku kemalangan jalan raya kerana terlalu mengantuk. Satu ketika pula, saya tertidur bila berhenti di simpang lampu isyarat. Saya terjaga bila terdengar bunyi hon kuat dari kereta di belakang” Saya mengangguk-angguk kepala. Saya percaya bahawa keadaan rakan saya ini …

Read More »

MENGAPA RAWATAN KESUBURAN SERING GAGAL

Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain ‘letih’ memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari.   Rawatan kesuburan memang mengambil masa yang panjang di samping memerlukan wang yang banyak dan kesungguhan diri. Ia benar-benar menguji hati kita, sama ada ‘kita betul-betul berusaha semaksima yang mungkin’ sebelum menyerahkannya kepada takdir Allah atau kita berpuas hati dengan apa saja ketentuan yang Allah berikan tanpa berusaha.   Rawatan kesuburan bukan seperti rawatan …

Read More »
error: Content is protected !!