Artikel Terkini

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana …

Read More »

Bahan Merkuri dalam Produk Kosmetik

Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak mengetahui kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang. Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun. Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu. Produk kosmetik ini telah dijual di negara Afrika, Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak, antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm). …

Read More »

Melatih Anak Hindari Tabiat Kencing Malam

Tabiat kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing yang tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil bagi kanak-kanak yang berumur 5 – 6 tahun. Oleh itu jika kanak-kanak itu berumur kurang dari 5 tahun, tabiat kencing malam masih boleh diterima. Ini adalah kerana apabila pundi kencing mereka mengumpulkan air kencing di waktu malam, otak mereka belum dilatih untuk memproses rangsangan itu bagi mengejutkan kanak-kanak itu untuk bangun dan membuangnya di bilik air. Malah ada kanak-kanak yang berjaya melatih diri mereka pada umur yang lebih awal. Ia adalah sebahagian dari proses pembesaran kanak-kanak itu, maka janganlah disalahkan kanak-kanak itu. Apabila kanak-kanak …

Read More »
error: Content is protected !!