Tekanan darah rendah, atau hipotensi, adalah keadaan di mana tekanan darah seseorang berada di bawah 90/60 mmHg.
Ini bermakna aliran darah ke organ-organ utama seperti otak dan buah pinggang mungkin tidak mencukupi, yang boleh menyebabkan pelbagai simptom.
Antara puncanya adalah dehidrasi, iaitu kehilangan air yang berlebihan dari badan, seperti melalui peluh, muntah, atau cirit-birit.
Ia mungkin disebabkan oleh masalah jantung. Penyakit jantung boleh mengganggu kemampuan jantung untuk mengepam darah dengan efektif. Keadaan ini amat serius dan perlu rawatan segera dari doktor di hospital.
Selain itu mungkin disebabkan oleh faktor kekurangan nutrisi: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Ubat-ubatan yang diberikan juga mungkin memberikan kesan sampingan menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Beberapa ubat boleh menyebabkan tekanan darah menurun, termasuk diuretik (menyebabkan lebih banyak air kencing) dan ubat untuk tekanan darah tinggi (akibat dos berlebihan).
Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti diabetes dan gangguan hormon juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Masalah tekanan darah rendah kadang kala dialami oleh sebahagian orang tanpa menyedarinya.
Namun jika ia berlaku bersama simptom di bawah, buatlah pemeriksaan lengkap terutama berkaitan dengan pemeriksaan jantung.
Antara simptom yang berbahaya pada pesakit tekanan darah tinggi adalah:
- Pening kepala atau rasa hendak pengsan
- Pandangan kabur
- Keletihan
- Muka pucat
- Sesak nafas
- Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur.
Jadi segeralah mendapatkan rawatan.
Selain itu saya mencadangkan agar melakukan beberapa langkah :
Pertama, minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Carilah air mineral kerana sodium akan menyimpan air dalam tubuh dan seterusnya meningkatkan tekanan darah.
Kedua, ambillah diet sihat dan seimbang. Pastikan diet anda mengandungi cukup garam dan nutrisi penting seperti vitamin B12, asid folik dan lemak sihat.
Ketiga, bagi mereka yang kerap pening akibat tekanan darah tinggi, ubah posisi perlahan-lahan. Elakkan bangun terlalu cepat dari posisi duduk atau berbaring untuk mengurangkan risiko terjatuh.
Keempat, periksa semula ubat-ubatan yang diterima dari klinik atau hospital yang mungkin menyebabkan tekanan darah menjadi rendah. Doktor mungkin akan menyesuaikan dos atau menukar ubat.
Kelima, jika anda ada masalah kesihatan yang lain, pastikan anda menguruskan penyakit yang dihadapi dengan lebih baik terutama penyakit seperti diabetes atau gangguan hormon boleh membantu mengawal tekanan darah.
Keenam, boleh ambil suplemen co-enzyme Q10 bagi menguatkan otot jantung.
Boleh dapatkan co-enzyme Q10 di :
https://www.needsvenue.com.my/products/coq10-50mg-60-s
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
#CoQ10