Artikel Terkini

UBAT ‘SAKIT GASTRIK’ UNTUK WANITA HAMIL

“Doktor, saya tak tahan dengan pedih perut dan rasa mahu muntah.. Teruk sangat pembawakan budak kali ini. Ada tak, ubat untuk hilangkan rasa pedih perut, loya dan muntah? ” “Untuk hilangkan rasa loya dan muntah memang tidak ada, tapi kalau untuk kurangkan rasa loya dan muntah, saya boleh berikan ubatnya. Selagi berada di peringkat awal kehamilan, selagi itulah akan rasa loya dan muntah” (Pening kepala dan tidak faham dengan dialog di atas? Cubalah bezakan perkataan “hilangkan” dan “kurangkan”.) Rasa loya dan muntah disebabkan oleh peningkatan hormon hCG yang dikeluarkan oleh uri (placenta). Keadaan ini biasanya akan berlaku pada usia kehamilan di …

Read More »

Kegemukan Suami dan Kesuburannya

Saya masih teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang agak montel, menjerit-jerit ketika dikhatankan. Saya dan pembantu bersusah payah dalam usaha melakukannya. Apa tidaknya, tidak ubah seperti mahu menyembelih seekor kambing. Pembantu saya memegang tangan. Bapanya memegang peha agar punggungnya tetap di atas katil, sementara seorang rakan bapanya menekan dada budak itu agar tidak bergerak. Lima orang sedang ‘bergelut’ di bilik yang kecil, menyebabkan kesemua kami berpeluh. Lolongan dan teriakan budak tadi akhirnya berakhir setelah saya menyempurnakan tugas itu dengan kepayahan dan mengambil masa sejam. Bapanya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. “Sebelum ini dah lima kali saya ke klinik, semua doktor menolaknya. Terima kasihlah doktor kerana …

Read More »

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Tahun lepas saya dan isteri singgah di sebuah gerai di bandar Kota Baru. Oleh kerana waktu tengah hari sudah tiba, saya memesan sup tulang bersama dengan nasi putih. “Emm..sedapnya sup tulang ni. Boleh minta resepi untuk kita cuba di JB..” Saya menghirup baki sup di mangkuk. Ketika membayar, saya memanggil isteri saya dan memintanya mengenalpasti bahan-bahan masakan di dalam mangkuk-mangkuk yang tersedia sebelum ia ditambahkan dengan sup panas. “Padanlah sedap, dia sudah sediakan sesudu MSG bagi setiap mangkuk..” Cerita MSG tidak berhenti di situ saja. Baru-baru ini saya ditemui seorang wanita hamil di pusat kesihatan. “Saya amat bimbang dengan makanan …

Read More »
error: Content is protected !!