SUSU KAMBING: SESUAI ATAU TIDAK UNTUK GERD & BATU HEMPEDU?

SUSU KAMBING: SESUAI ATAU TIDAK UNTUK GERD & BATU HEMPEDU?

 


Susu kambing boleh diminum dalam keadaan tertentu bagi pesakit yang mengalami GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) atau batu hempedu.

Tetapi ia bukanlah rawatan utama bagi pesakit GERD dan batu hempedu.


1. SUSU KAMBING UNTUK GERD

👉Boleh membantu, tetapi perlu dipilih jenis yang betul.

👉Kebaikan:

✅Alkalin semula jadi – membantu meneutralkan asid perut.

✅Mudah dihadam – berbanding susu lembu kerana saiz globul lemak lebih kecil.

✅Mengandungi anti-radang semula jadi.


👉Risiko:

✅Elakkan susu kambing penuh lemak jika ia menyebabkan rasa sebu atau perut penuh.

✅Susu kambing segar panas suam lebih baik dari versi sejuk atau berais.


👉Cadangan:

✅Ambil dalam kuantiti kecil (½ cawan) selepas makan.

✅Pilih susu kambing tanpa gula tambahan atau perisa.


2. SUSU KAMBING UNTUK BATU HEMPEDU

Bergantung pada kandungan lemak.

👉Kebaikan:

✅Lemak susu kambing lebih mudah diemulsikan.

✅Kandungan MCT (medium chain triglyceride) lebih tinggi, membantu metabolisme lemak.


👉Risiko:

✅Jika ambil dalam kuantiti banyak atau versi tinggi lemak, boleh merangsang pundi hempedu dan mencetuskan serangan sakit batu hempedu.

✅ Bagi pesakit dengan batu hempedu besar atau simptom aktif, elakkan minum semasa perut kosong.


👉Cadangan:

✅Minum dalam jumlah kecil selepas makan utama.

✅Pilih susu kambing yang rendah lemak (low-fat) jika pernah alami colic batu hempedu. Lemak tinggi menyebabkan rasa sakit pada sebelah kanan abdomen.

 

Kesimpulan:

1. Susu kambing boleh diambil, tetapi pastikan versi asli, tidak sejuk, dan diambil selepas makan.

2. Elakkan ambil semasa perut kosong atau ketika serangan aktif GERD atau kolik hempedu.

3. Jika ada keraguan, uji dengan sukatan kecil terlebih dahulu.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!