Artikel Terkini

Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan

Banyak berita yang mewar-warkan keperluan pendermaan darah. Setiap hospital awam di seluruh negara menggesa masyarakat setempat mendermakan darah bagi menampung keperluan rawatan yang semakin berkurang. Darah diperlukan untuk menggantikan darah mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan, atau pesakit-pesakit kronik yang memerlukan darah seperti leukemia atau thalassemia. Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan ‘Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya’. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Menderma darah hukumnya harus. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada …

Read More »

Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?

Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah  anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya.   Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini menyebabkan hujung lidah tidak boleh diangkat ke lelangit dan tidak boleh digerak ke kanan dan ke kiri dengan mudah. Apabila saya memintanya menjelir, lidahnya tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya dan terdapat lekukan pada hujung lidah.   Keadaan ini dinamakan “tongue-tie”, atau dinamakan “ankyloglossia” di mana lidah tidak dapat digerakkan sebebasnya …

Read More »

Mengapa Prosedur IUI Kadangkala Tidak Berjaya

  Pengalaman saya bekerja di Jabatan Gynaecology dan Obstetric di sebuah hospital awam di selatan tanah air membantu saya memahami perasaan ramai wanita yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Saya tidak pasti sama ada masalah ini telah diselesaikan dengan baik atau tidak. Namun lima tahun dahulu ketika saya bekerja di sana, masalah komunikasi antara doktor yang merawat dan pesakit amat lemah. Pesakit yang amat berharap agar doktor dapat membantu mereka memahami mengapa mereka masih belum dikurniakan anak, dilihat dengan pandangan sepi terhadap tuntutan emosi mereka. Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang berputus asa dari mendapat rawatan …

Read More »
error: Content is protected !!